Friday, September 6

ANWAR IBRAHIM GADUH DENGAN @Zahid_Hamidi


Anwar buat lawak lagi dengan memaksa DS Zahid Hamidi minta maaf dengan A Samad Said. Ini umpama pencuri masuk rumah kita mencuri barang berharga. Yang pelik bukan pencuri itu dipersalahkan tetapi Tuan Rumah digesa minta maaf pada pencuri... Dey Macha dunia sudah terbalik ke bro.....
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) digesa memohon maaf kepada Pengerusi Bersih ekoran desakan menarik balik anugerah Sasterawan Negara yang dimiliki oleh Datuk A Samad Said. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua pihak berkuasa tersebut sewajarnya tidak memberi layanan sedemikian rupa memandangkan A Samad sudah berumur. 
"Saya kesal dengan tindakan polis kelmarin, boleh panggil soal siasat Pak Samad waktu siang, umur dia pun sudah tua, tetapi kenapa waktu malam juga dipilih. 
"Bahkan adakah seorang Menteri itu tidak memahami bertapa sukarnya Pak Samad hendak hasilkan satu karya tetapi diberi layanan macam itu, jadi saya minta KDN dan polis memohon maaf kepada Pak Samad,"Katanya.
A. Samad Said sepatutnya semakin matang di akhir usia. Sebaliknya akalnya makin pendek, mudah dibodohkan seperti kerbau dicucuk hidung.

Bila tengok kebodohan A. Samad Said bersama bendera puaka, terdetik dalam benak fikiran, mengapa perlu mengibarkan bendera itu lagi? Tidakkah A.Samad Said tahu bahawa negara ini bukan lagi Persekutuan Tanah Melayu atau MALAYA tetapi sebuah negara bernama MALAYSIA hasil gabungan Semenanjung dan Sabah serta Sawarak.

Tindakan A.Samad Said dengan golongan anak muda yang tak habis belajar mengibarkan bendera yang kononnya bernama Sang Saka Malaya jelas menunjukkan satu penghinaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Jika benar Sang Saka Malaya merupakan bendera asal Malaysia yang perakui oleh Pakatan Rakyat, mengapa ianya tidak dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Kenapa kerajaan negeri Selangor masih mengibarkan Jalur Gemilang?

Kesian Pak Samad. Umur dah 78 tahun. Baru sekarang nak perjuangkan bendera puakanya. Kalau dia di pihak yang benar, kenapa tak perjuangkan puluhan tahun yang lepas, kenapa baru sekarang?

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.