Friday, September 20

KATA DEMOKRASI!! TAPI BUAT PERATURAN MACAM PASAR MALAM...........?


Apa motifnya pihak pengurusan UMNO membuat peraturan yang bakal menyusahkan Calon yang bakal bertanding. Bukan nak mengomel tapi pihak pengurusan perlulah menilai serta meniliti kembali. Mugkin ini kali pertama dan semestinya ada ketirisan sana dan sini. Tak salah menegur serta memberikan pendapat.
Tinggal sehari hari lagi, dunia akan melihat bertapa hodohnya perangai bakal pemimpin UMNO di kaca televisyen atau setidak-tidaknya di ruang siber. 
Ini berikutan keputusan pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu. 
Adalah sangat menghairankan dan sukar difahami kenapa keputusan sebegini rupa boleh dibuat. 
Tidak masuk akal sama sekali, pihak pengurusan atau jawatankuasa pemilihan parti tidak boleh menjangka apa yg bakal berlaku tatkala kaunter pendaftaran pencalonan dibuka jam 8.00 pagi 21hb September ini. 
Saya menjangkakan, ramai yang akan sampai seawal jam 7.00 pagi dan semuanya akan berebut sebaik sahaja kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka. 
Peristiwa ini sudah pasti akan dirakam oleh media masadan para blogger, baik dari penyokong kita mahupun pembangkang. 
Saya merayu kepada pucuk pimpinan parti agar dapat mempertimbangkan semula keputusan ini. 
Apa salahnya kita buat pembuangan undi bagi menentukan nombor calon demi memastikan nama baik parti tidak dicemar dengan gelagat yang pasti mengaibkan.
LOKMAN ADAM
#SuaraAkarUmbi

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.