Monday, September 23

MARUAH MELAYU HANYA 5KUPANG..................?


Berapa harga politik seseorang Melayu yang menjadi ahli parti DAP? Tidak tinggi kata beberapa orang Melayu yang menjadi ahli parti itu. Persoalan ini menjadi isu panas menjelang mesyuarat agung luar biasa DAP Ahad depan.

Hiba juga memikirkan apabila ada saki baki ahli Melayu DAP kini yang berani berterus terang mengakui bahawa kehadiran dan penyertaan mereka sebenarnya tiada nilai dalam politik DAP.

Zairil adalah Allahyarham Khir Johari bekas pemimpin Umno. Imej beliau amat diperlukan untuk membayangkan betapa DAP juga adalah wadah yang sesuai untuk perjuangan politik orang Melayu.

Namun helah itu dapat dibaca oleh ahli Melayu DAP lain.

“DAP itu membohong. Mereka kata memperjuangkan 'multi-racial'. Hari-hari dulu telefon saya, wakil CM (Ketua Menteri Pulau Pinang) datang jumpa saya minta tolong masuk DAP.

“Akhirnya hanya Cina sahaja yang kawal. Mereka pergunakan orang Melayu untuk tampal sahaja untuk dapat sokongan. DAP memang parti Cina,” kata Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu ketika demam pilihan raya memuncak.

“DAP hanya retorik, kononnya ada slogan untuk Bumiputera. Saya kecewa dengan DAP Pulau Pinang tiada langsung orang Melayu bertanding atas tiket DAP. Padahal dia laung dan ajak orang Melayu ke hulur hilir, tampal poster sana sini tapi tiada seorang pun. Begitu hina dia pandang orang Melayu. Itu yang saya bosan dan tidak dapat maafkan.

“DAP pandai main politik, mereka nak kuasa politik hingga sanggup belanja besar. Pulau Pinang negeri yang maju, isunya dah bagi MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) dari RM10 juta kepada RM60 juta setahun. DAP bagi semua itu tapi yang penting politik dia mahu kawal. Itu DAP. Saya dah masuk DAP, jadi saya tahu,” tegasnya.

Pemilihan semula CEC ada agenda tersembunyi?

Aspan, seorang pengkritik tegar Umno berkata, hakikat daripada 93 orang MP dan ADUN DAP kini hanya seorang sahaja MP dan ADUN DAP Melayu, adalah dalil terkuat bahawa ia bukan parti berbilang kaum yang dilaungkannya.

Persoalannya, adakah pemimpin DAP hari ini insaf dan akur akan rungutan diskriminasi terhadap ahli Melayunya ini? Adakah pemilihan Ahad depan akan memberi peluang kepada parti pimpinan Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit siang untuk mengubah keadaan.

Atau, adakah DAP tidak ambil peduli dan akan sengaja mendorong menggunakan masalah teknikal untuk memenuhi agenda yang tersirat sehingga mungkin menyebabkan ia diharamkan sebagai sebuah parti politik?

“Dia memang tak takut DAP diharamkan, dia memang suka jikalau DAP diharamkan mengikut undang-undang,” tegas seorang lagi Melayu yang pernah menjadi Naib Pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz.

“Now the reason for this is that kalau diharamkan tidak ada lagilah DAP...bila tidak ada lagi DAP jadi dia perlu buat satu parti lagilah untuk ganti DAP yang diharamkan itu.

“Jadi bila dia buat parti yang baru dia boleh pilih siapa yang akan jadi ahli, macam sekarang ini dia tidak boleh kawal lagi dah melainkan secara tipu menipu di dalam pemilihannya.

“So yang itu sandiwara, yang kata kerana dia sayang partinya tidak mahu parti itu diharamkan oleh kerajaan itu ini itu untuk mendapatkan simpati rakyat kerana selalunya apa yang dia buat tuduhan itu kerajaan ini tidak adil, Umno itu satu parti yang zalim, corrupt dan itu ini,” kata beliau.

Apabila dihimpunkan cetusan rasa Melayu yang pernah satu ketika diberi keyakinan palsu bahawa DAP parti berbilang kaum, amat sukar untuk menafikan rungutan mereka bahawa orang Melayu tiada nilai politik dalam parti - hanya lima sen sahaja.

1 comment:

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.