Sunday, September 22

@NajibRazak DAH CELIK TWITTER, PEMIMPIN UMNO LAIN BILA LAGI......


Lebih 1.7 juta pengikut Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak akan merasai pengalaman membaca tweet beliau yang dihantar sendiri dari Ibu pejabat Twitter di San Francisco, California, pada Isnin.

Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling aktif menghantar tweet.

"CEO asing kagum dengan pengetahuannya mengenai IT...beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan," kata seorang pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan New York dari 22 Sept hingga 29 Sept.

Kementerian Luar dalam kenyataan Sabtu berkata Najib dijadual melakukan lawatan kerja ke San Francisco untuk mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) dari 22 Sept hingga 24 Sept dan selepas itu perdana menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York dari 25 Sept hingga 29 Sept.

Menurut pegawai itu, perdana menteri akan bertemu dengan para pegawai kanan Twitter dan melawat ibu pejabatnya sebelum berlepas ke Hotel Fairmont San Francisco di sini untuk menyaksikan pertukaran dokumen mengenai kerjasama antara syarikat Malaysia dan syarikat di Amerika Syarikat.

Semasa lawatan di San Francisco, Najib akan mempengerusikan mesyuarat ketiga GSIAC dan merasmikan forum peringkat tinggi mengenai Masa Depan Hijau dan Tenaga Hijau yang akan disertai anggota majlis antarabangsa dan kebangsaan yang merupakan pakar-pakar global mengenai sains dan inovasi.

GSIAC diusahakan perdana menteri pada 2010 sebagai sebahagian usaha berterusannya untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui usaha memajukan keupayaan Malaysia dalam sains dan inovasi.

Najib akan juga menghadiri mesyuarat Panel Penasihat BIO-Antarabangsa (BIO-IAP)ke-7 dan melawat Silicon Valley, termasuk mengunjungi ibu pejabat Twitter dan Google.

Beliau akan melawat Google di sini pada Selasa dan berjumpa dengan para pegawai atasannya serta lapan warga Malaysia yang bekerja dengan Google.

Ditanya mengenai kepentingan lawatan pertama Najib ke Silicon Valley sebagai perdana menteri, pegawai itu berkata Najib akan menimba pengalaman ekosistem di Silicon Valley yang akan membantu kerajaan dalam pelaksanaan program transformasinya.

"Kami mahu perdana menteri menimba pengalaman di Silicon Valley kerana beliau perlu tahu bagaimana untuk menggunakan data dan strategi analisis data besar untuk orang tertentu (dalam proses transformasi negara)," katanya.

Beliau berkata Najib akan mengadakan pertemuan dengan para usahawan data besar, seperti Twitter dan Google, dan mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai data besar dan trend masa depan, yang penting untuk gerakan agenda Digital Malaysia yang digalakkan kerajaan.

"Ia sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kerana ia akan membawa kepada perubahan pada masa depan, seperti dalam bidang pendidikan, apabila bahan mengajar boleh disediakan secara dalam talian untuk pelajar dari tahap prasekolah lagi hingga ke peringkat tertinggi secara percuma.

"Ia merupakan kesinambungan agenda Digital Malaysia dan sebahagian daripada program pendigitalan," kata pegawai itu.

Jadual perdana menteri di San Francisco juga termasuk menghadiri jamuan malam yang diraikan Kelab Komanwel California dan menyampaikan ceramah awam di hotel Intercontinental Mark Hopkins.

Kelab itu merupakan forum hal ehwal awam yang tertua dan terbesar yang pernah menjadi hos kepada para pemimpin terkemuka dunia seperti Presiden Ronald Reagan dan Bill Clinton.

Najib akan diiringi beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan di San Francisco.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.