Monday, September 30
TAHNIAH @ZairilKJ #DAHMENANG BUATLAH KEJA........
Jumlah undi untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang merosot manakala Zairil Khir Johari menjadi satu-satunya calon "Melayu" yang berjaya memenangi kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan semula parti itu yang berakhir semalami.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendapat 1,304 undi, berbanding 1,576 undi pada pemilihan CEC Disember lalu.
Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperolehi sebanyak 1,436 pada kali ini berbanding 1,607 sebelum ini.
Pengerusi DAP Karpal Singh yang mendapat jumlah undi tertinggi pada pemilihan lalu, menduduki tempat ketiga kali ini dengan 1,421 undi.
Seramai 1,725 perwakilan membuang undi untuk memilih 20 calon daripada 49 yang menawarkan diri untuk menganggotai badan tertinggi DAP itu.
Prestasi suram untuk calon Melayu dalam DAP berterusan apabila hanya Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Zairil memenangi kerusi CEC dengan memperolehi 1,132 undi untuk menduduki tempat ke-12 dalam senarai 20 anggota CEC.
Status Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera sebagai orang "Melayu" dipertikaikan oleh banyak pihak di dalam dan luar DAP berasaskan latar belakang keluarga beliau.
Calon-calon Melayu yang kalah sekali lagi hari ini termasuk Naib Pengerusinya Ariffin S.M. Omar, Ahmad Ton dari Johor, Zulkifli Mohd Noor (Pulau Pinang) dan ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Ariffin hanya meraih 441 undi, S M Omar, 441, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji 441, Ahmad Ton 351, Zulkifli 220, Solaiman Op Syed Ibrahim 103 dan Roseli Abdul Gani 61.
Kekalahan mereka dijangka akan menguatkan hujah bahawa DAP tidak memberikan tempat kepada kaum Melayu dan lebih bertumpu kepada mengisi agenda membela kepentingan Cina sahaja.
Dakwaan itu kerap dinafikan oleh Guan Eng namun keputusan pemilihan CEC yang kedua dalam tempoh kurang setahun yang meminggirkan calon Melayu dilihat sebagai menempelak penafian Setiausaha Agung parti itu.
Prestasi merosot Guan Eng dan bapanya juga dilihat sebagai mencerminkan rasa tidak puas hati akar umbi terhadap keputusan mereka meletakkan calon-calon-calon "luar" di beberapa negeri pada pilihan raya umum ke 13, khususnya di negeri Johor.
Keadaan itu menyebabkan beberapa pemimpin DAP bertanding sebagai calon bebas dan dipecat oleh parti.
Undi tertinggi pada CEC kali ini diperolehi oleh Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (1,438 undi).
Hanya 1,731 daripada 2,576 perwakilan yang layak hadir pada kongres khas hari ini untuk pemilihan semula CEC.
Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan semula itu susulan keputusan DAP meminda keputusan pemilihan yang 15 Disember lalu.
Pindaan yang direstui oleh Guan Eng itu membolehkan Zairil dilantik sebagai ahli CEC.
Zairil dan semua tujuh calon Melayu lain kalah pada pemilihan itu namun Guan Eng kemudian berkata berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.
Susulan bantahan pelbagai pihak, ROS mengarahkan pemilihan semula CEC diadakan.
Dua hari lalu, ROS memberi amaran DAP tidak mematuhi peruntukan perlembagaan parti yang menetapkan pemberian notis 10 minggu kepada akar umbi DAP sebelum mengadakan pemilihan semula itu.
Bagaimanapun pimpinan DAP memutuskan notis itu tidak perlu kerana parti itu hanya mengadakan kongres khas bagi membolehkan pemilihan semula diadakan.
Berikut adalah keputusan penuh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP :-
1. Liew Chin tong - 1,438 undi
2. Lim Kit Siang - 1,436
3. Karpal Singh - 1,421
4. Gobind Singh Deo - 1,409
5. Lim Guan Eng - 1,304
6. Chong Chieng Jen - 1,294
7. Loke Siew Fook (Anthony) - 1,263
8. Chow Kon Yeow - 1,203
9. Fong Kui Lun - 1,193
10. Teng Chang Kim - 1,164
11. Pua Kiam Wee (Tony) - 1,158
12. Zairil Khir Johari - 1,132
13. Koh Suh Sim (Teresa) - 1,127
14. Chong Eng - 1,111
15. M. Kulasegaran - 1,088
16. Tan Kok Wai - 1,088
17. Teo Nie Ching - 1,081
18. Boo Cheng Hau - 961
19. Nga Kor Ming - 956
20. Ngeh koo Ham - 809
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.