Saturday, September 28
WOiii!!! @MukhrizMahathir ELOK JAGA KAIN PELIKAT SENDIRI DULU.........
Mukhriz pastinya paling sibuk pada minggu depan. Mana nak kempen untuk Naib Presiden dan PRK Sungai Limau yang bakal menjelang. Bagi MKP lebih baik Mukhriz nie jaga elok-elok Kedah tue dari dok sibuk bertanding Naib Presiden. Dulu lawan dengan Khairy pun kena tinggal banyak tiang. Nanti yang ada tercicir yang dok hambat terbang melayang..
Menarik dalam PRK Sungai Limau nanti, Pengerusi Perhubungan BN Kedah yang baru, merangkap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir akan turut memimpin BN buat pertama kalinya sebagai Jeneral dalam kempen pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu nanti.
BN sudah pasti mahu melengkapkan penguasaan di Parlimen Jerai dengan merampas DUN Sungai Limau dari PAS setelah kawasan parlimen itu sendiri berjaya dirampas melalui calonnya Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam PRU13 yang lepas, selain BN berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN yang lain (Gurun dan Guar Cempedak).
Kejayaan ataupun kegagalan BN dalam kempen tersebut nanti, pasti memberi kesan kepada peluang Mukhriz dalam persaingannya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan bulan depan.
Ini adalah hakikat yang tidak boleh dielak kerana, walaupun dilantik sebagai Menteri Besar sebaik BN diumumkan berjaya kembali berkuasa di Kedah Mei lepas, Mukhriz bukanlah yang mengetuai jentera kempen BN di Kedah pada waktu itu, sebaliknya Pengerusi Perhubungan BN sebelum beliau, Datuk Ahmad Bashah.
Walaupun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan faktor pencalonan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sebelum itu, turut memainkan peranan yang tidak kurang besar dalam mencapai kejayaan tersebut.
Tapi kali ini situasinya jelas berbeza,mahu tidak mahu Mukhriz perlu menerima hakikat bahawa corak pentadbirannya berbanding dengan yang lama sudah boleh dilihat dan dinilai rakyat Kedah amnya dan pengundi Sungai Limau khasnya.
Disamping itu, kali ini Mukhriz akan turut berhadapan dengan isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak baru-baru ini yang pasti akan dimanipulasi sehabis mungkin oleh pembangkang, seolah-olahnya kalau PAS berjaya mengekalkan kuasa di DUN Sungai Limau dalam kempen PRK itu nanti, harga minyak akan diturunkan serta merta seperti mana janji Anwar Ibrahim dalam buku Jingga.
Tidak juga, tapi pembangkang peduli apa, yang penting pada mereka ialah menang pilihanraya dan mengekalkan kuasa.
Mungkin kalau ada yang boleh membantu sedikit sebanyak ialah sikap terpuji Mukhriz yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda permusuhan dengan Allahyarham Azizan apabila sering kali kelihatan melawat bekas Menteri Besar tersebut sejak Allahyarham mula jatuh sakit.
Malah pentadbiran Mukhriz juga secara terbuka mengumumkan akan membantu Azizan sepanjang menjalani rawatan, sesuai dengan kedudukkannya sebagai bekas Menteri Besar.
Pendekatan mulia yang dipilih Mukhriz ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kempen BN nanti, disamping faktor calon dan isu-isu nasional yang lain seperti yang dijelaskan di atas.
Justeru, yang nyata PRK Sungai Limau nanti pasti akan menjadi medan tempur politik yang menarik selepas PRU13. Kempen kali ini bukan setakat persaingan mencari pengganti Allahyarham sebagai ADUN, tapi juga untuk Mukhriz membuktikan kebolehannya sebagai pencatur politik yang berjaya dan tidak setakat bergantung kepada populariti bapanya, Tun Mahathir Mohamad semata-mata.
Pendek kata, Mukhriz ada terlalu banyak yang nak dibuktikan, kepada rakyat Kedah dan pengundi Sungai Limau terutamanya, selain ahli-ahli UMNO sendiri.
MKP Ayat Sempoi : Nanti ada yang terbakaq kain pelikat sendiri pasal nak Back-UP Mukhriz...
11 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
jgn dok buang masa dgn sg limau. kubu kuat pas dari dulu kala. aku sokong mukhriz rebut jawatan naib presiden, dari isham ckmm tu
ReplyDeleteSapa hang nak sokong itu adalah hak sebagai pemilih nanti...
Deleteteruskan bang gali lagi gambar gambar lebih dahsyat lagi dan hiasilah dengan cerita cerita yang aib lagi. bila dah puas baru berhenti. kalau boleh paparkan lagi berita berita sensasi agar beliau akan hilang wang depositnya.
ReplyDeletebegitulah al-kesah apabila sudah tertanam perasaan benci akan seseorang. betullah kata pepatah: kalau nak tau akan kebaikan seseorang itu, tanyalah kepada sahabatnya. kiranya nak tau akan keburukan seseorang itu, tanyalah kepada musuhnya. betul tak?
Disebalik cerita nie kena faham.....bukan hentam pun tapi dlm erti kata sokong didalam diam....haaa4
Deletebelum ada apa2 yg progresif mukriz buat di kedah utk rakyat kedah amnya. 1. utc tu kerajaan pusat punya.
ReplyDelete2. insaniah masih dibelenggu masalah dalaman spt pentadbiran & pengurusan.
3. perhubungan umno kedah masih belum ada apa2 perubahan kalau dlm terma "berani berubah", mcmana nk ubah umno amnya.
4. Ada sumber2 blog pro-pembangkang di kedah dah bangkit isu pembalakan. samaada beroperasi haram atau teruskan operasi spt biasa tak taulah. nasib baik sbb media konvesional mahupun baru tak main isu tu.
5. penyelesaian isu pusat hiburan dan rumah2 urut yg beroperasi secara haram spt melepaskan batuk di tangga.
6. exco2 yg beliau lantik masih gagal menyerlah dlm lingkungan "membantu rakyat kedah" secara amnya.
7. politiking dikalangan pegawai2 sekeliling beliau juga semakin menjadi buah mulut perbualan di kalangan org2 umno sendiri.
8. gagal membezakan diantara pembodek & pejuang sebenar dlm umno. bergantung pada laporan pegawai2 beliau semata-mata.
9. gelombang merah dah jadi riak ombak. kekekeh
kesimpulan: mukriz belum menonjol sbg pemimpin sebenar-benarnya yg "berani berubah".
Ramai rakyat kedah suka....hang ada undi tak?
DeleteItu muka baru punya calon
ReplyDeleteProxi wakil dari Mentalon
Cukup kot jadi hero kat Jerlun
Satu Malaysia kot tak terpulun
Bagilah lama sikit bertapak
Barulah kuat kalu nak celapak
Ini dok harapkan aura bapak
Silap langkah kot jatuh lopak
Nak naik atas pun ikutlah hiraki
Bukannya apa kot orang dengki
Yang lebih senior tu ramai lagi
Kalu tidak pun biarlah ahli MT
Kena jaga parti punya martabat
Hancur kalu dah tak ada ubat
Tak apalah kalu betul-betul hebat
Jangan nak buat langkah si Jebat
Di alam cyber mungkin nampak gah
Janganlah pula dok merasa megah
Di luar nun masih banyak bertelagah
Nak menang kena betul-betul gagah
Biaq pi kt depa nak pulun.... kita nie tukang gelak dan sorak saja.
DeleteItu isteri dia ke? Lain lak...
ReplyDeleteKITA PEDULI APA!
ReplyDeleteKita punya impian mesti tercapai
Berkuasa seperti nakhoda kapai
Tok sah bimbang kalu tak pandai
Semua kat ataih daddy dah kawai
Jawatan MB saja mana nak jadi
Takat berkuasa di jelapang padi
Nak naik atas kena berani perjudi
Masa nie la tumpang ada daddy
Dia tu nak naik tak kan nak biaq
Kok mana cagha kita kena ikhtiaq
Pasai UMNO tok sah dok pikiaq
Biaqlah kalau nak kucaq kaciaq
Kenalah cepat potong si polan
Lagi sekali bertanding timbalan
Mana boleh kalu naik pelan-pelan
Tak sempat kot nanti daddy jalan
Kena pulun cepat naik takhta
Tok sah peduli apa orang kata
Ini hal peluang kuasa dan harta
Kepentingan nama family kita
Aku pun x faham pantun nie.........
Delete