Aksi posing sakan ini sebenarnya tidak dijangka oleh geng media yang ikut rombongan Wanita UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat rumah-rumah penduduk di Kampung Sungai Dedap Sungai Limau Yan.
Selepas ziarah 'Skuad Sayang' di sebuah rumah di situ , tiba-tiba Shahrizat mengajak rombongannya untuk 'turun bendang' yang kebetulan terletak di belakang rumah.
Apa lagi, posing sakan lah, makcik-makcik kita, orang bandar masuk kampunglah katakan, jarang-jarang jumpa bendang.
Mujur pulak tak ada lintah yang 'geram' tengok aksi Wanita UMNO ini.
Aksi posing ini sekejap sahaja, namun cukup mengambarkan keceriaan kempen Wanita UMNO di Sungai Limau.
Kempen ini Wanita UMNO akan mengerakkan jenteranya untuk mengesan lebih 1000 pengundi Sungai Limau yang tidak keluar mengundi masaPRU13 lalu.
Kata, Shahrizat jentera Wanita kini digerakkan untuk mengesan pengundi-pengundi tersebut.
"Kita hendak tahu apa masalah mereka, dan jika kita boleh selesaikan, kita akan cuba cari jalan bawa mereka keluar mengundi,"katanya dalam sidang media selepas melawat rumah seorang pengundi uzur di Sungai Dedap.
Mengulas mengenai penerimaan kempen yang dijalankan sebelum ini, kata Shahrizat, Wanita menerima sambutan baik dari pengundi walaupun di 'kawasan hitam'.
Kata beliau, sepanjang berkempen, maklum balas yang diperoleh daripada penduduk adalah positif dan kebanyakannya mahu pembangunan direalisasikan di Sungai Limau seperti dijanjikan BN.
"Saya percaya pada kata-kata bijak pandai, tak kenal maka tak cinta, bila kita masuk mula-mula mereka ambik pendekatan berhati-hati, namun selepas kita terangkan niat kita yang murni, maka boleh terima semua penjelasan dan penerangan kita,"ujar beliau.
Menurutnya, ada kejadian jentera Wanita yang dihalang oleh petugas pembangkang.
"Ada beberapa kejadian begitu, namun saya ingin tekankan bukan dilakukan oleh pengundi, sebalikbya oleh petugas parti saja, tak ada kejadian buruk berlaku,"ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.