Friday, October 25

BAGI LAGI MUKA PADA PENJAWAT AWAM.......


Pengumuman bonus yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hampir pengakhiran ucapan Bajet 2014 pasti melegakan 1.4 juta orang penjawat awam.
Masakan tidak, Najib ketika menyentuh mengenai penjawat awam dalam ucapan pembentangan Bajet 2014 menyatakan kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan membabitkan peruntukan RM1.6 bilion pada Julai lalu.
Ucapannya itu kemudian diakhiri dengan persetujuan kerajaan untuk menambahbaik 81 sklim perkhidmatan mulai bulan depan dan kemudian membuat pengumuman mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Pada ketika itu, majoriti pendengar pengumuman Bajet 2014 beranggapan tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini dan tanggapan tersebut seolah-olah betul apabila Najib mengumumkan bayaran khas kepada pesara.
Namun, ketika debaran menantikan pengumuman bonus semakin hilang, Najib tiba-tiba membuat kejutan dengan meminta penjawat awam jangan bimbang kerana kerajaan akan memberi bonus sebanyak setengah bulan gaji.
Serentak itu, kedengaran tepukan meja oleh ahli-ahli Parlimen. 

4 comments:

  1. Beri la bonus 10 bulan,pangkah ttp Pas. Semua kemudahan tetap diaorg tapau.

    ReplyDelete
  2. eden selalu bori komen mengonai bayaran bonus ytk Penjawat awam. taip tahun menagih dari korajaan dongan naik gaji lah bonus lah. Jangan jadi peminta lah. buet korjo elok elok. Bukan semuo penjawat awan berdedikasi. eden lihat berberapa tahun yg lopes hanyo Immegresen jo yg meningkat prestasinyo. cubo tengok jabatab tanah baik diselangor maupun diNS tak ado perningkatan lansung. oran awam menunngu lamo utk berurusan.caomano nak bori bonus?

    ReplyDelete
  3. Penjawat Awam di Putrajaya.Bersepah penyokong tegar pembangang.majoriti ore kelate.

    ReplyDelete
  4. Isu meminta-minta bonus dan segala tok nenek kenaikan gaji ini hanya satu lagi retorik kerajaan untuk menjaga hati rakyat..hakikatnya, setiap tahun "RAKYAT" adalah kakitangan awam........menjaga kocek dan kepuk pegawai-pegawai JUSA dan juga Tok-Tok Menteri lebih penting dari menjaga kocek perbendaharaan negara...SAYA SAYANG MALAYSIA!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.