Tuesday, October 22
BARISAN NASIONAL BAKAL TUNGGING #PRKSgLimau
MKP hanya menunggu dan melihat gelagat rakan-rakan dari Sungai Limau. Apa saja yang hampa buat pasti ada saja yang memberikan laporan. Tak tau la lepas nie gambaq sapa nak kena terbalik. Tungu dah lihat tak rugi kan....
Memilih anak jati Sungai Limau, kedua-dua parti mempertaruhkan harapan yang besar terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan berikutan kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Razak pada 26 September lalu kerana komplikasi jantung.
BN menamakan bekas pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) , Dr Ahmad Sohaimi Lazim manakala Azam Samat yang merupakan Ketua Pemuda Pas Jerai menjadi pilihan Pas dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang telah lima penggal menjadi milik parti itu.
Kedua-dua calon merupakan anak jati Sungai Limau. Perbezaan ketara antara mereka adalah usia, di mana Dr Ahmad Sohaimi yang berusia 52 tahun dianggap calon matang manakala Azam yang dikenali Ustaz Azam pula pastinya berdarah muda. Latar belakang akademik keddua-dua calon tidak boleh disangkal kehebatannya.
Sebanyak 27,222 pemilih berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung pada 4 September ini. Tentunya, kedua-dua anak jati Sungai Limau menggalas tanggungjawab yang amat besar dalam memastikan misi parti dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Walaupun Pas pemilik kerusi DUN Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut sejak 1995, namun pilihan raya kecil kali ini membawa cabaran berbeza. ini kerana pengalaman yang dilalui Azizan di tahun-tahun akhir perkhidmatannya sebagai menteri besar terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 sedikit sebanyak mendedahkan kemelut kepimpinan parti itu.
Kejayaan BN merampas semula Kedah dari pakatan pembangkang turut menunjukkan kelemahan Pas dan tidak mustahil akan ada kesannya terhadap pilihan raya kecil di Sungai Limau.
Di pihak BN pula, ramai percaya bahawa tiada ruang kemenangan untuk parti itu malah ada pihak mencadangkan BN tidak perlu membuang masa meletakkan calon untuk pilihan raya kecil tersebut. Namun tidak semudah itu BN mahu memberikan kemenangan percuma kepada Pas, apatah lagi dalam keadaan sentimen kemenangan parti itu memiliki Kedah masih panas.
PRK Sungai Limau bakal menjadi penanda aras pertama sokongan penduduk tempatan terhadap kedua-dua parti selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu. Ketika itu Azizan terus menjadi hero Sungai Limau apabila menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.
Oleh itu turun naik majoriti yang diperoleh amat penting malah menjadi petunjuk awal kepada BN dan Pas sejauh mana mereka mendapat tempat di hati rakyat. Jika undi kepada Pas meningkat maka BN mesti bersiap sedia meramalkan apa akan terjadi pada PRU-14.
Jika undi Pas merosot maka BN mesti melipat-gandakan usaha untuk terus memenangi hati rakyat. Ini kerana dalam sebuah negara, rakyat adalah raja.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.