Wednesday, October 9

KENA TEMBAK, LEPAS NIE SALAHKAN @PDRMsia PULAK @KBAB51


Tidak sempat lari jauh, sekumpulan tiga lelaki yang sebelum ini merompak seorang wanita di Klang Selatan ditembak mati oleh polis di LebuhRaya Duke, Sentul dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, ketiga-tiga penjenayah dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditembak ketika cuba melarikan daripada polis.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa di Klang selepas memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi tadi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.  Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang,” katanya .

Beliau berkata, polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal. Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.


Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka

1 comment:

  1. Tahniah pihak polis yang telah menjalankan tugas dengan begitu tepat dan tegas. Rakyat harap pihak polis akan terus tingkatkan kecekapan di dalam menjalankan tugas. Polis tidak perlu intimidasi dari mana-mana pihak terutama sekali politik songsang.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.