Monday, October 7
@MukhrizMahadir TARIK "HAND-BREAK" ATAU TARIK DIRI...
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengurangkan perjumpaan dengan perwakilan UMNO bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri, Sungai Limau.
Ini kerana DUN berkenaan adalah kubu kuat PAS dan memerlukan gerakan kerja efektif dari jentera Barisan Nasional.
"PRK adalah lebih penting saya terpaksa kurangkan kempen UMNO kerana saya terpaksa beri tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil Sg Limau ada pada 8 hari bulan ini pengenalan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor saya tak dapat pergi kerana berada di Sungai Limau bersama Tan Sri Muhyiddin". Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Pemimpin dengan Tag Line #BeraniBerubah berucap sedemikian apabila sesi pengenalan di Melaka semalam.
Bagi MKP PRK Sungai Limau adalah kayu ukur Kreditbiliti yang perlu diterjemahkan kemenangan memihak pada Barisan Nasional oleh Datuk Mukhriz pada semua perwakilan.
Nampaknya MB Kedah ini lebih mengutamakan Rakyat Kedah dari Berkempen untuk dirinya sendiri, apalah sangat erti kemenangan jika Negeri Kedah perlu diutamakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi PRK DUN Sungai Limau.
Manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Oktober.
PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, 26 September lalu.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.