Tuesday, October 1

@NajibRazak PULAK DIKAITAN DENGAN @MukhrizMahathir


Isu kehadiran Mukhriz sebagai ancaman kepada kedudukan Najib kini bukan saja terpaksa dinafikan oleh tuan punya badan sendiri tetapi turut dilakukan oleh Mahathir juga. Mukhriz, kata Mahathir lagi, tidak mempunyai apa-apa niat buruk terhadap Najib.

Sementara Mukhriz mulai menyedari bahawa kempen-kempen untuk menolaknya daripada memenangi jawatan Naib Presiden Umno mulai mengancam peluangnya, Mahathir pula tentunya terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu anak bongsunya itu kecundang dalam pemilihan kali ini.

Setelah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu kepada Haji Zulkifli dalam pemilihan 2004 dan kemudian kalah juga kepada Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada 2009, Mahathir tentunya tidak rela melihat Mukhriz kalah lagi dalam pendakiannya menuju puncak hireaki dalam Umno dan juga kerajaan.

Walaupun Najib sudah menafikan beliau merestui calon-calon tertentu dan menyerahkan kepada para perwakilan membuat pilihan, namun ia didapati semakin kerap diperkatakan di mana-mana.

Semakin dekat hari pemilihan, dipercayai lagu yang mengatakan Najib mahu Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan, pastinya lebih kerap didendangkan dengan pelbagai irama dan tempo oleh tukang-tukang kempen sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi.

Semakin kuat Mukhriz cuba menyelit dan memastikan kemenangannya, begitu jugalah semakin kuat gerakan yang mahu menolaknya.

Cumanya, bolehkah Mukhriz disingkirkan sedangkan mood dan kehendak perwakilan secara majoritinya lebih memihak kepadanya?

Kemenangan Mukhriz mungkin menjadikan Umno tambah menarik dengan wajah kepimpinan yang dilihat lebih segar dan meyakinkan di mata rakyat tetapi sekiranya Mukhriz kalah, drama-drama dalam Umno selepas itu juga pastinya lebih menarik lagi.

Mahathir tentunya sekali lagi menjadi watak yang paling lantang mengkritik Umno dan Najib tidak akan terlepas daripada sasarannya.

4 comments:

  1. PENGARUH ATAU PENGUASAAN DAP@CINA DI KEDAH TIDAK SETARA MANA PUN LAH! MARI KITA LIHAT STATISTIC KEPUTUSAN PRU13 NEGERI KEDAH:

    DARIPADA 15 KERUSI PARLIMEN:
    BN menang 10, PAS menang 1, PKR menang 4 dan DAP tidak bertanding.
    Bagi 4 kerusi yg PKR menang, 2 adalah Melayu (KKedah & SPetani), 1 India (PSerai) dan 1 Cina (ASetar).
    Rumusannya (Parlimen):
    BN menang 10-5. Daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah, ada 1 kerusi MP Cina (PKR) dimenangi. DAP tidak bertanding satu kerusi pun.

    DARIPADA 36 KERUSI DUN:
    BN menang 20, PAS menang 10, PKR menang 4 dan DAP menang 2.
    Bagi 4 kerusi yg PKR menang, 1 adalah Melayu, 2 Cina dan 1 India.
    Bagi 2 kerusi yg DAP menang, kedua2nya Cina.
    Rumusannya (DUN):
    BN menang 20-16. Daripada 36 kerusi DUN di Kedah, ada 4 kerusi MP Cina (2PKR dan 2 DAP) dimenangi.

    Pengaruh atau penguasaan DAP@Cina di Kedah adalah sedikit cuma tidak mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan Negeri Kedah, tetapi MBnya sengaja perbesar dan perapikan untuk menunjukkan kelebihan 'MELAYUnya' bagi meraih sokongan dan undi PAU nanti. Secara tidak langsung juga ia menempelak PM dan TPM@Menteri Pelajaran yang kononnya terlalu beri muka kpd kaum Cina.
    SERAMPANG DUA MATA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pulak tempelak... bukankah cina terlampau biadap.. bahkan kita semua marah kerajaan selama ini melebihkan cina.. semua org bawah dan blogger mau kerajaan ubah melebihkan cina...

      tak kan kita lupa????? org bawah melayu bumiputera setuju dgn mukhruz..

      selepas pru.. pemimpin umno.. semua org bawah bersemangat cakap melayu.. bla bla bla...

      Delete
  2. apa la takut sgt ke mukhriz tu.. aneh dunia ni.. kadang kadang jadi lawak.. beribu ribu org umno... hanya mukhriz yg dikata akan menjatuhkan najib...

    jiks anda semua dah berkelompok bergeng.. tak kan mukhriz seorg jadi bahan... lihat apa yg telah berlaku sebelum pru... org bawah melihat.. anda yg bertanding melihat kedudukan anda tergugat bukan org bawah..

    mengapa pak lah dimintak turun????
    mengapa kj di persoalkan??? itulah perjalanan umno... kebaikan keburukan kebusukan menjadi satu.. membaur... dr punahsihat sampai boss glc dipersoalkan???? hingga selepas pru.. itu semua dilihat utk bangsa melayu bumiputera bukan KEDUDUKAN.. KERUSI.. PANGKAT.. BISNES.. TENDER..PROJEK..

    apa yg berlaku dr era pak lah.. kj hingga kini... adakah mukhriz seorg yg lakukan???? tidakkah gembira najib bila dia naik jadi pm??!? tidakkah anda semua memberontak.. tdk puas hati melihat pemimpin umno dr era pak lah hingga kini...

    inilah waktu ORG BAWAH mau perubahan.. bukan lagi DIPAKSA MENERIMA SOGOKAN NAMA.. DUIT..

    begitu byk cerita sebelum dan selepas pru 13... kita semua tau... org bawah semua melihat perbuatan org atas..

    SAYA SOKONG ZAHID.. MUKHRIZ... semoga mereka menang...

    saya memohon ketua pemuda tdk lagi dipegang manusia liberal... semoga islam dan melayu tdk lagi dihina... aminnnn...

    ReplyDelete
  3. itulah manusia.... ketika diberi peluang menjadi diatas.. ia lupa yg dibawah.. jika lupa sikit takpe.. tapi lupa byk...

    bila ada yg baru... mula la panas satu badan bukan bontot lagi...

    setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan.. PIIHLAH YG LEBIH BYK KEBAIKAN DR KEBURUKAN..

    sokong zahid dan mukhriz... aminnnn

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.