“Kami suka sangat dan boleh berkawan baik dengan rombongan Puteri UMNO datang ke tempat kami sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau tapi hati kami tetap akan pilih wakil rakyat daripada parti Pas yang hidup penuh kesederhanaan.”
Itu pengakuan beberapa golongan wanita muda yang bakal keluar mengundi pada PRK Dun Sungai Limau 4 November ini.
Kebanyakan mereka memilih Pas dan menyifatkan pemimpin UMNO lebih gemar mencari kemewahan untuk diri dan keluarga sendiri sebelum diagihkan kepada rakyat.
“Ada pemimpin UMNO yang baru naik jadi Ketua Bahagian tak sampai sebulan sudah tukar kereta mewah. Rumah diubahsuai jadi rumah agam. Itu baru jadi Ketua Bahagian.
“Bukan kita persoalkan di mana mereka dapat duit secepat itu tetapi kenapa perlu tunjuk kemewahan kepada orang lain hingga menjadi perbualan di kalangan ahli UMNO sendiri?” kata Norcahaya Kassim dari kampung Batu Papan di Yan.
Katanya, disebabkan itulah ahli-ahli UMNO dilihat berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan seolah-olah UMNO adalah tiket untuk menjadi kaya sekelip mata.
Norcahaya mendakwa, agenda utama mereka yang masuk UMNO kebanyakannya bukan untuk memperjuangkan nasib bangsa tetapi untuk mencari kekayaan.
“Saya setuju dengan Norcahaya kerana kami melihat sendiri bagaimana Puteri dan Wanita UMNO di sini boleh berbelanja mewah pada pemilihan Umno baru-baru ini.
“Mereka ni kawan-kawan kami juga dan dengan senang hati mereka bercerita dapat duit daripada calon itu calon ini untuk dapatkan undi. Mereka seperti diajar supaya belajar cara hidup bermewah walaupun seketika.
“Itu hak mereka nak terima duit mudah seperti itu, insyaAllah kami tidak akan terpengaruh dengan cara hidup begitu,” ujar Wahida Majid dari Kampung Kundur.
Tambah Wahida lagi, dia boleh berkawan dengan siapa sahaja tanpa mengira fahaman parti asalkan tidak mempunyai maksud lain yang boleh meruntuhkan akidah.
Sementara itu, Fathiha Rasol dari Kampung Pulai berkata, walaupun boleh menerima kedatangan Puteri UMNO ke kampungnya, namun dia tidak rela jika kedatangan itu hanyalah untuk mendapatkan undi semata-mata.
“Saya amat hargai persahabatan yang ikhlas dan bukan bersifat sementara. Janganlah berpura-pura baik untuk rapat dengan pengundi seperti kami. Apa salahnya kita terus berkawan selama-lamanya.
“Ini dok mai sat ja. La ni sangguplah pi mana pun usung kami macam adik beradik. Habis PRK, terus putus hubungan. Awat lagu tu perangai depa? Cek habaq ni pasai dah ada pengalaman dulu. Nak cari yang jujur habaq mai…,” kata Fathihah dalam loghat Kedah sambil tersenyum.
Bagaimanapun katanya lagi, bukan semua Puteri atau Wanita UMNO yang berperangai begitu malah ada juga yang baik dan ikhlas namun jumlahnya hanyalah segelintir terutama yang datang ke Sungai Limau untuk berkempen.
Depa ni memang penyokong kuat PAS sejak dari dulu. Apa orang cakap pun depa tak makan dah. Bila cakap pasai akhidah tu nak kata la sikit. Akhidah orang PAS betul ka? Bila sokong syiah dan LGBT, bila sokong Pakatan Haram sama juga sokong puak tu. Depa tak sedar PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan parti, untuk kemenangan diri calun tu ja. Ingat tu... Nak undi pangkah PAS bila ada masalah jumpa orang UMNO. Ada ka patut...Depa suka sangat dengar kempen fitnah DARI parti PAS sebab tu jaDI LAGU TU...
ReplyDelete