Monday, October 21
UNDI DULU ORANG NEGERI KITA PUNAHKAN TRANFOMASI UMNO...... @MukhrizMahadir
Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang berakhir semalam menunjukkan satu pola yang membimbangkan dalam parti itu iaitu kecenderungan memilih pemimpin berdasarkan faktor kenegerian dan bukannya kerana kewibawaan atau kualiti.
Kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden dikatakan kerana beliau gagal mendapat undi dari negeri Johor terutamanya disebabkan faktor kenegerian yang kuat.
Hal itu jelas apabila hanya dua daripada 26 bahagian UMNO di Johor memberi undi kepada Mukhriz iaitu Tebrau dan Johor Bahru seperti yang dilaporkan Bernama semalam.
Seorang ahli UMNO dari Johor mendakwa para perwakilan di negeri itu telah 'diminta' untuk mendahului
'anak tempatan' Johor berbanding memilih calon lain.
Cadangan yang dipercayai berupa 'arahan' itu telah dinyatakan semasa satu majlis anjuran UMNO Johor, yang turut memperkenalkan calon-calon anak negeri tersebut yang bertanding pada pemilihan parti itu kali ini.
Ahli UMNO itu memberitahu 'arahan' berkenaan dibuat secara terbuka dalam majlis berkenaan dengan alasan dan harapan agar kesinambungan nama-nama besar kelahiran Johor terus memimpin UMNO.
Katanya, berdasarkan keputusan kelmarin, nampaknya memang para perwakilan UMNO Johor akur dengan kehendak dan 'arahan' berkenaan.
Lantaran itu tidak hairan mengapa Mukhriz sekadar mendapat undi dari dua bahagian sahaja.
Laporan Bernama menyebut Bahagian Tebrau memberi 397 undi kepada Mukhriz berbanding Datuk Seri
Hishammuddin Hussein (387) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (361).
Di bahagian Johor Baharu, Mukhriz hanya meraih 329 undi berbanding Ahmad Zahid (470) dan Hishammuddin (333).
ahli UMNO itu menambah, meskipun 'arahan' itu dituruti, namun bukan bermakna para perwakilan setuju kerana cakap-cakap belakang tidak puas hati di peringkat akar umbi semakin nyaring dan lantang sebaik sahaja keputusan Naib Presiden diumumkan.
Namun apa boleh buat memandangkan majoriti ahli UMNO masih mengekalkan tradisi dan menjunjung adat Melayu -taat dan setia.
Budaya kenegerian dan beri keutamaan kepada `anak tempatan' yang diamalkan oleh UMNO itu amat berbeza dengan parti lawan terutama Pas, DAP dan PKR yang mana para pemimpin mereka diterima bertanding di mana-mana sahaja.
Keutamaan parti-parti tersebut ialah kemenangan yang membawa keuntungan kepada parti. Sebab itu Lim Guan Eng yang berasal dari Melaka diterima bertanding dan disokong di Pulau Pinang hingga menjadi Ketua Menteri.
Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang tetap diberikan sokongan walaupun dia bertanding Gelang Patah pada pilihan raya umum yang lalu.
Amalan yang sama juga diamalkan oleh Pas di mana pemimpin mereka yang berwibawa dan ada kualiti diterima bertanding di mana-mana sahaja kawasan di Malaysia.
Sebab itu Mohamad Sabu yang berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang menang apabila bertanding di Kubang Krian dan Nilam Puri di Kelantan.
Begitu juga dengan bekas Ketua Pemuda Pas, Salahudin Ayub yang berasal dari Tanjung Piai, Pontian Johor tetapi pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan.
JIka berdasarkan apa yang diperkatakan oleh ahli UMNO dari Johor itu, budaya tersebut berkemungkinan boleh membawa kepada kepupusan pemimpin berkualiti dalam UMNO.
Calon pemimpin yang datang dari negeri yang kecil sudah tentu tidak boleh menang walaupun mereka berwibawa dan berkualiti jika budaya utamakan `orang kita' ini terus menjadi amalan dalam UMNO.
3 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
tu la ...UMNO Johor nie tak ada tokoh lain yang lebih hebat ke...tak ada lansung....dah habis stok ke...hanya si HH ini je yang ada...kalau ada karisma ,aura,keberanian dari Perlis sampai ke Sabah kita boleh sokong....apa taknya...org keliling HH pun kebanyakannya dari luar Johor...apa maksudnya
ReplyDeletePerlis ada Shahidan Kasim
ReplyDeletePenang.Rizal Mariecan
Perak Zahid,Zambry,Nazri,Husni
Selangor..payah sikit (asyik gaduh je)
Wilayah..Syed Ali Alhabshee
N9 KJ
Melaka Idris
Pahang -Najib lakan
Kelantan_Tok Pa
Sabah Shafie dan Rahman Dahlan
Johor...tolong la tonjolkan tokoh lain yg nak ganti Muhyiddin
orang UMNO johor memang dahn lama dibodohkan oleh pemimpin.Kunonya nak jaga keharmonian parti.Tapi yang sebenarnya dah tak ada pelapis yang boleh diharapkan atau nak diketengahkan .Semua sibuk berkerja mana ada masa untuk berparti.Yang masuk UMNO pun kebanyakanya golongan yg tingal kat kampong dan kerja kat kampong .yg kerja diluar kampong malas dan tak ada masa.
ReplyDeleteUMNO johort tidak akan berubah sebab sudah tua........dan semakin tua.Macam mana nak meremajakan UMNO kalau semua orang orang tua belaka?