Thursday, October 3

VIDEO GEMPAQ : SEJARAH DRAMA VERSI TAMIL TERCIPTA DI PARLIMEN.... @AzeezPutera


Wakil Rakyat atau Ahli Parlimen yang telah diundi oleh geng tegar penjilat Stor kunyit dari PKR,MKP paling kesian adalah pada pengundi yang tertipu dengan helah serta tipu daya pihak PKR. Video berikut mendedahkan sikap serta daya fikiran yang jumud. Sampaikan Datuk Azeez Rahim terpaksa memperli ahli Parlimen ini dengan berbahasa Tamil. Kalau dah cakap melayu tak faham. Kena cakap bahasa ibunda la pulak.

Bagi MKP jelas ini menunjukkan bahawa MP Kapar ini mahu Abu Mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia dan ditanam di Malaysia. Dey Tambi kau nie ada otak atau otak letak dekat lutut. Bayangkan Abu Mayat Chin Peng dibawa masuk kesini sudah tentu kekecohan bakal berlaku dan akan mengakibatkan kacau bilau. Mana tidaknya sudah tentu bekas pesara Polis serta Tentera yang putus tangan atau kaki bakal mengamuk dan membalas dendam terhadap Abu Chin Peng. Mungkin mereka nie nak tengok Malaysia huru-hara kot. Takkan benda macam nie pun nak diperdebatkan, Memang nampak bodoh sangat. Isu pada semalam adalah berkenaan PCA. Jadi bhasa pasal PCA sudahlah apa yang melalut sampai ke KOMUNIS tu pulak.


Pindaan keatas PCA itu dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi pada awal petang Selasa dan dibahaskan sampai 8.30 malam hari itu.Khamis perbahasan disambung dari jam 11.30 pagi.

Akhirnya setelah menempuh hari yang panjang pindaan PCA diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen BN pada jam 12.50 pagi Khamis yakni 50 minit melepasi hari Rabu.

Senario ini mengambarkan betapa panasnya ia diperbahaskan oleh puak pembangkang yang berusaha untuk memperlekeh dan mengagalkan pindaan keatas PCA yang kerajaan anggap penting untuk membendung jenayah di negara ini.

Perkara yang dipertikaikan oleh mereka ialah pindaan itu akan membolehkan penahanan tanpa bicara keatas penjenayah selama tempoh dua tahun  dan boleh disambung dua tahun lagi selepas itu.

Alasan yang dihebohkan ialah ia melanggar hak asasi manusia serta mendakwa ia sama macam ISA.

ebaliknya Zahid berkali-kali menjelaskan pindaan berkenaan cuma melibatkan penjenayah dan tidak melibatkan orang politik seperti ISA.

Beliau menegaskan penahanan seumpama itu perlu kerana terdapat banyak kes dimana sekalipun diketahui seseorang itu penjenayah tetapi tidak cukup bukti untuk diheret ke mahkamah.

Menteri itu mengingatkan kerajaan sangat menentingkan keselamatan dan kenteramaan awam.

Zahid juga turut menjelaskan bahawa perbincangan terperinci telah diadakan antara Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dalam proses menggubal pindaan keatas PCA sebelum dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai rang undang-undang itu.

"Tidak benar tuduhan Peguam Negara tidak berbincang dengan kami. Malah kami adakan seminar dan forum dengan beberapa badan bukan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas.

"Kita sama-sama rundingkan kerana kita tidak melakukan sesuatu secara semberono kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang dibuat untuk menangani permasalahan penjenayah," katanya..

Beliau turut menegaskan pindaan yang dicadangkan itu tidak mempunyai niat tersurat untuk menahan mana-mana pemimpin politik yang mempunyai fahaman atau pandangan berbeza.

Zahid berkata menteri tidak lagi mempunyai kuasa berbanding peruntukan membenarkan kuasa mutlak menteri untuk menandatangani arahan penahanan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang telah dimansuhkan.

"Dalam pindaan ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.

Sikap Ahli Parlimen pembangkang yang kelihatan seolah hendak mempertahankan pembangkang mengunakan alasan hak asasi manusia telah membuatkan kalangan Ahli Parlimen BN bersemangat mematahkan hujah-hujah mereka.

Rabu...bukan sahaja kalangan Ahli Parlimen BN malam menteri,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbahasan.

Malah Najib tunggu hingga menjelang akhir sidang bila pindaan PCA diluluskan.

Tidak kurang menarik Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sendiri telah mempengerusikan sidang secara marathon selama lebih lapan jam.

Ini mendorong Zahid mengucapkan terima kasih banyak pada Pandikar semasa ucapan beliau sejurus pindaan diluluskan.

Selain dari kalangan Ahli Parlimen... drama dan ketegangan perbahasan turut dirasai oleh para wartawan yang membuat liputan.

Ada juga kedengaran mengeluh melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang cuba sedaya upaya nak tonjolkan hujah negatif mengenai pindaan itu dan beri hujah sama berulang-ulang.

Antara yang paling vokal ialah Ahli Parlimen mereka yang kerja sebagai peguam seperti wakil dari PKR-Padang Serai,Kedah N.Surendran, PKR-Subang S Sivarasa dan PAS-Sepang Hanipa Maidin.

Di pihak BN pula Datuk Noh Omar BN-Tanjong Karang,Datuk Azalina Othman Said BN-Pengerang,Datuk Azeez Rahim BN-Baling,Datuk Bung Mokthar Raden BN-Kinabatangan bertindak mematahkan hujah-hujah mereka. KLIK AD

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.