Monday, November 4

VIDEO : EXCO WANITA MENGADU PADA @MukhrizMahadir DITAMPAR #PRKSgLimau


Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hasnah Salam mendakwa dikasari oleh seorang peraih undi muslimah Pas berhampiran UPU Titi Batu.

Menurutnya, dia ditampar oleh peraih undi terbabit di bahu dengan kuat dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu.

"Semasa saya lalu di kawasan peraih undi dengan PDM Titi Batu, saya diprovokasi oleh dia (peraih undi Pas) yang kata BN Barang Naik! BN Barang Naik.


"Saya secara automatik membalas dengan kata Pas barang turun! Pas barang turun! sebelum dia menuduh saya mencarut dan menampar bahu saya dengan kuat," ujarnya.

Bagaimanapun, Hasnah tidak melawan provokasi itu dan mengambil keputusan terus berjalan ke kawasan UPU UMNO di kawasan berhampiran.

Dalam pada itu, Hasnah sempat menceritakan apa yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang kebetulan melawat UPU yang sama sejam selepas kejadian.

Secara ringkas, Mukhriz kesal dengan apa yang berlaku kerana menganggap proses demokrasi itu wajar diadakan secara damai dan berhemah.

Hasnah dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku kepadanya.

1 comment:

  1. Memalukan kepada bangsa lain. Yang pukul melayu islam dan yang kena pukul pun melayu islam. Orang cina dan india yang beragama buddha kristian dan hindu ketawa terbahak bahak.Yang kena pukul seharusnya berada dirumah bersama suami dan cucu2. Ini tidak berharu hari berkampong ditempat orang. tinggal tanggungjawap sebagai isteri ibu dan nenek hanya untuk berkempen. Jika pun hendak berbakti pada parti agak2 le sama. Jika pergi ketempat orang pandai2 le untuk menghormati akan kampong halaman orang. Jangan terlalu ghairah.Jika berkempen dengan terlalu emosinol maka ini lah akibatnya.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.