Monday, November 11

KAK IJAT COME-ON LAH CERDIK SIKIT..........?


Kak Ijat sebelum nie dok sinting lengan lepas nie mungkin dah londeh kain pulak. Semua nie bagi peluru pada pembangkang untuk tembak dimana saja. Ibarat perlawanan bola tanpa penjaga gol. MKP agak musykil dengan keputusan yang telah dibuat bukan apa setelah bertungkus lumus menafikan. Hari nie tarik balik. Mungkin masa depan didalam Wanita UMNO dah ada sepenggal lagi.


Depa dah mula langkah tembak kak ijat.


Mungkin Kak Ijat lupa bukan hanya dia saja terpalit dengan lembu malah semua wanita UMNO jugak terkena lumpurnya.

Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.



4 comments:

  1. biar p la kat depa...semua poyo !

    ReplyDelete
  2. Pemimpin sebegini yang membuat orang melayu hilang kepercayaan kepada UMNO. Bukan Sharizat malah mereka2 seperti Nazri Aziz, Shahidan Kasim, Noh Omar, Tengku Adnan dan beberapa lagi pemimpin diperingkat negari dan bahagian. Sekiranya UMNO mahu mendapat kembali sokongan dari orang melayu maka pemimpin2 yang tidak jujur dan mengunakan kuasa untuk mepentingan sendiri harus berundur dari kepempinan UMNO.

    ReplyDelete
  3. Bukannya apa kak ijat rasa mampu ke si rafizi dgn zuraida tu bayar saman itu je....

    ReplyDelete
  4. Apa lah Kak Ijat ni.....hang bikin malu nama UMNO saja. Janganlah ikut perangai Bang Non tu ...saman juta-juta lepas tu tarik balik. Kalau hang tarik balik saman tu, buat apa saman in the first place??? Bila hang tarik saman, aku dah anggap apa yang Rafizi Lombu dan MaK Lampir cakap tu ada benar dia. Kalau hang konfirm hang kena anyaya, saman lah terus...biaq mahkamah yang menentukan. Jadi lopas ni kalau ada orang panggil hang Kak Ijat Lombu, jangan lah pulak hang nak saman hamba allah tu....

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.