Saturday, November 2
KANTOI !!!!! KENAPA INI JUGAK DICARI @MukhrizMahadir #PRKSgLimau
Tiba-tiba saja terpacul dari mulut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah di bawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir membatalkan lesen pusat hiburan di negeri itu yang diluluskan Pas ketika memerintah selama satu penggal.
Antara persoalan yang timbul adakah cabaran Mahfuz itu bertujuan menunjukkan Mukhriz dan BN tidak berani untuk menegakkan Islam, lalu akan menggunakan isu itu untuk setiap ceramahnya hingga pilihan raya umum akan datang?
Atau mungkin cabaran itu semata-mata untuk memperlekehkan Mukhriz, UMNO dan BN. Selepas modal susu pekat manis tamat tempoh sudah habis, mungkin isu pusat hiburan itu pula akan dijaja dalam kempen.
Bagi Mahfuz sepanjang Pas memerintah mereka tidak ada kuasa di Kedah. Sebab itu apabila Pegawai Daerah meluluskan lesen pusat hiburan itu Mahfuz dan rakan-rakan yang sama-sama memerintah Kedah penggal lalu tidak boleh berbuat apa-apa.
Mereka hanya boleh pandang satu sama lain sebab kuasa melaluskan lesen pusat hiburan itu di tangan Pegawai Daerah.
Jika tidak ada kuasa kenapa Pas bermati-matian mahu bentuk kerajaan? Apa guna Pas jadi kerajaan apabila perkara mungkar yang diluluskan oleh Pegawai Daerah pun tidak boleh dibatalkan?
Jika Pas ketika menjadi kerajaan negeri tidak boleh menghalang tumbuhnya pusat-pusat hiburan itu, tidak perlu lah hendak cabar orang lain dengan harapan orang yang kena cabar itu kelihatan tidak Islam sebab tidak boleh tutup pusat hiburan yang dibuka di zaman Pas.
Sikap Pas cukup senang, baling batu sembunyi tangan. Untuk memastikan kerajaan BN sekarang nampak buruk dan teruk maka mereka buat cabaran. Bila BN pun tidak boleh menutup pusat-pusat hiburan itu tidak mustahil selepas ini Pas akan menuduh BN semua pusat hiburan yang wujud itu adalah angkara BN.
Mahfuz sebagai seorang pemimpin Islam rasanya tidak wajar untuk mengeluarkan cabaran seperti itu. Kenapa selama lima tahun Pas memerintah Kedah, tidak ada satu pun pusat-pusat hiburan ditutup?
Sebaliknya, kenapa dalam tempoh lima tahun itu ada pula lesen pusat hiburan baharu yang dikeluarkan? Jadi, Mahfuz dan para pemimpin Pas terutama di Kedah tidak perlu hendak cabar orang lain untuk hapus itu dan ini atau buat itu dan ini.
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Siapa berak suruh org lain basuh ?
ReplyDelete