Friday, November 1

KENAPA @MukhrizMahadir SAMPAI MACAM JADINYA..............#PRKSgLimau


Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam bermalam bersama penduduk untuk mengenali lebih dekat isu dan masalah rakyat setempat di Permatang Buluh dalam kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) Sungai Limau. Siapa kata Menteri Besar Kedah nie tak boleh tidur dirumah rakyat? Sememangnya jika hendak mengetahui lebih mendalam masalah rakyat kita kena bersama mereka. 


 Bahari Awang, 50 dan isterinya Fatimah Din, 55, amat teruja menerima Menteri Besar Kedah itu sebagai tetamu bermalam di rumah mereka.

“Kami mula-mula terkejut sebab orang BN minta izin nak bagi menteri besar tidur di rumah. Kami seganlah dengan rumah kami ini, dahlah rumah kampung, tak sesuai untuk orang macam beliau,” kata Bahari.

Bahari, yang mempunyai tujuh orang anak, menetap di Sungai Udang berdekatan pekan Yan, sebelum berpindah ke Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala, Permatang Buluh sejak 26 tahun lepas.

Bahari yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya turun ke laut sekali-sekala berkata beliau membina sendiri rumah itu dan bersyukur dibantu kerajaan membaik pulih rumahnya sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas melalui peruntukan Projek Nadi Kasih.

“Kami rasa lega, sebab tulis surat minta bantuan daripada Datuk Seri Jamil Khir (Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Parlimen Jerai) dan tak sampai berapa lama, dah dapat balik jawapan,” katanya.

Rumah Bahari terletak di dalam kawasan kubu kuat PAS, selain kawasan Selengkoh, Bukit Besar dan Bukit Choras.


2 comments:

  1. best kakak ngan abang tu....

    ReplyDelete
  2. bile ade prk baru la merasa sume ni..kalo x dorg ni tido atas tilam empuk jer

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.