Thursday, November 28

@KhairyKJ Cari Pasal Ngan MB Ganu @dsahmadsaid


Isu yang telah dibangkitkan oleh Khairy Jamaluddin ini tidak patut diluahkan didalam laman media sosial, Sepatutnya berhubung terus serta berbincang secara muzakarah untuk mencapai persafahaman. Kedua-dua pemimpin ini adalah dari Parti yang sama bukan susah jika bertemu lainlah jika berlainan parti seperti Pulau Pinang. Nampak sangat kurang cerdik. Ini berlakon atau nak memang Award. MKP pun keliru pasal pembangkang dari PKR saja suka buat macam nie.

Isu LTdL 2014

Saya terkejut dengan pengumuman Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said, untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat pada perlumbaan itu.

Saya difahamkan pengumuman tersebut dibuat berdasarkan andaian beliau bahawa acara perlumbaan basikal jalan raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsoon juga akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan.

Saya ingin menerangkan bahawa Jemaah Menteri serta Kementerian Belia dan Sukan setakat ini belum menetapkan sebarang keputusan mengenai lokasi atau 'venue' acara-acara untuk Sukan SEA 2017. Walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bagi Malaysia untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya tersebut pada tahun 2017, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan hanya membuat keputusan rasmi pada 10 Disember. Sebarang kenyataan mengenai lokasi atau 'venue' bagi acara-acara adalah hanya cadangan buat masa ini.

Kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan tentang Piala Monsun akan datang. Walaupun perjanjian antara KBS dan bekas penganjur T-Best Events Sdn Bhd untuk mengadakan kejohanan ini di Terengganu sudah tamat pada tahun 2012, masih belum ada apa-apa keputusan muktamad tentang lokasi kejohanan itu untuk tahun depan dan seterusnya.

Saya telahpun menjelaskan mengenai perkara ini kepada Ahli Exco Sukan Terengganu, YB Rozi Mamat, yang juga pernah menjadi rakan seperjuangan saya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.

Saya amat berharap bahawa YAB Menteri Besar Terengganu akan mengkaji semula keputusan beliau semalam tentang LTdL. Walaupun terdapat salah faham mengenai dua perkara yang saya telah jelaskan di sini, sukan basikal tidak seharusnya dijadikan mangsa terutamanya dalam acara antarabangsa sebegini. Memang tepat pun, kenyataan MB bahawa kebanyakan pelumba basikal terunggul berasal dari negeri Terengganu dan saya rasa mereka amat mengharapkan penglibatan Terengganu dalam LTdL.

Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan
28 November 2013

2 comments:

  1. ini kj patut timbalan menteri dulu..tgk sekarang byk masalah ma...apa2 pun najib kena tanggung la. ..rakus sgt kj ni..

    ReplyDelete
  2. MB seorang ni memang bodoh dan belagak.....Biarkanlah dia setakat 2 juta tajaan tu negeri lain boleh bagi tak jadi hal punya ....Hai MB kau ingat kau baik dengan orang istana kau dah kuat dan orang lain tak boleh kacau......kirim salam sikit .....

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.