Tuesday, November 12

@KhairyKJ JANGAN KURANG AJAR @CTNurhaliza11


Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza hari ini telah menggemparkan Malaysia apabila membuat satu tweet yang membidas tepat ke arah Menteri Belia dan sukan, Khairy Jamaluddin seperti paparan printscreen di bawah. Datuk Siti telah menegur KJ untuk tidak biadap dengan orang yang lebih tua.


Rakyat Malaysia sudah maklum, sejak memegang portfolia KBS, KJ memang dilihat lantang dalam mengkritik pentadbiran FAM. Malah hingga kini, kemelut antara KJ dan FAM dilihat semakin berlarutan tanpa ada sebarang penyelasaian.

Orang muda khasnya dilihat menyokong penuh cara KJ mengkritik keras FAM dan mahukan perubahan segera. Namun, nampaknya golongan veteran yang berkecimpung dalam sukan bola sepak negara turut menyatakan kekesalan dengan cara KJ memberi teguran.
siti2bedalkj1

Ini yang berlaku terhadap Datuk Jamal Nasir, sebagai bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM sebelum ini mengatakan bahawa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu.

Malah, setelah berita itu dikeluarkan. Hari ini satu kenyataan balas KJ telah menempelak secara sinis kepada Datuk Jamal yang digelar “budak suruhan” namun dinafikan olehnya.
siti2bedalkj2
“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.

Mungkin ada pro dan kontra-nya dalam konflik ini. Seharusnya kedua-dua pihak tidak seharusnya kerap kali membuat kenyataan media akhbar kerana orang ramai pasti memandangnya dalam sudut berbeza. Malah golongan berkepentingan seperti blog dan laman web politik pasti memberikan persepsi yang lebih teruk.

Maka, jika diteruskan sudah pasti tidak memberi apa-apa kebaikan. Carilah pendekatan yang lebih baik. Semoga sukan bolasepak negara kita terus maju di masa hadapan.

16 comments:

  1. Mangkok ni memang kurang ajar. Baru jadi menteri dah tunjuk belang.Buat ape pun umum tahu dosa2 nya sabelum ini. KALAU XDE sbdullah badawi tak tau dimana kedudukannye.Kau tunggu lah KJ hauan yg aksn menyusul.Orang ramai dah banyak meluat trngok muke jau mereka tutup tv
    , jangan pulak nak durhaka kapada Raja.Tanya diri kamu , kamu ni siapa?

    ReplyDelete
  2. CT jangan kurang ajar nak masuk campur urusan seorang menteri. Tegur persatuan suka yang bermasalah itu kerja menteri sukan. Awak bukan menteri jangan masok campur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri dilantik dari kalangan wakil rakyat yang telah dipilih melalui pilihanraya oleh pengundi (rakyat) dan memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Jikalau menteri itu melakukan perkara yang kurang elok maka rakyat pun ada hak untuk menegur tetapi dengan cara berhemah.

      Delete
  3. Dalam sesebuah organisasi, kita perlukan ketua atau pemimpin yg tegas dan lantang menyuarakan pendapat. Itupun kalau pendekatan secara berhemah atau lebih berdiplomasi tidak dapat mengubah sesuatu keadaan yg lebih baik. Itulah mentaliti melayu yg tak boleh ditegur langsung lebih2 lagi org2 lama yg merasakan diri mereka lebih berpengalaman dan tak perlu ditegur.Jawapannya mudah saja,sesetengah org yg lebih berumur tidak dapat menerima teguran anak muda. itulah ego.

    ReplyDelete
  4. Dalam sesebuah organisasi, kita perlukan ketua atau pemimpin yg tegas dan lantang menyuarakan pendapat. Itupun kalau pendekatan secara berhemah atau lebih berdiplomasi tidak dapat mengubah sesuatu keadaan yg lebih baik. Itulah mentaliti melayu yg tak boleh ditegur langsung lebih2 lagi org2 lama yg merasakan diri mereka lebih berpengalaman dan tak perlu ditegur.Jawapannya mudah saja,sesetengah org yg lebih berumur tidak dapat menerima teguran anak muda. itulah ego.

    ReplyDelete
  5. Aku berpendapat bahawa Kj merasa cukup pandai dlm segalanya.Perangai Kj xsesuai dgn adab melayu sbb Kj dibesarkan diluarnegara dan xtau jerih perih susah payah melayu kampung.

    ReplyDelete
  6. Ct tu tegur bahasa menteri je la..tak faham ke?

    ReplyDelete
  7. Raja ke tak, apa Khairy buat kena pada masanya, orang lain jangan sibuk sangat, FAM kena berubah

    ReplyDelete
  8. Sungguh bongkak! Berpelajaran tinngi tetapi tak berhemah.

    ReplyDelete
  9. saya sokong datuk ct punya kenyataan. matang. KJ masih muda. seorang menteri baru. agama Islam dn org Melayu. perlu ada sopan dan adab la ckit. boleh beri nasihat dan teguran. Sapa exco FAM. Mereka rata2 lebih veteren , senior dn org2 lama. Presidennya Sultan pulak. kenalah hormat. jgn biadap dan kurang ajar. teguran perlu berlapik dan manis. jgn cari pasal KJ. boleh terpelanting.

    ReplyDelete
  10. kau menyalak udah la siti oii..memang keje ko menyalak..tk payah nak campur urusan menteri dn sukan

    ReplyDelete
  11. datuk ct tak kurang ajar. Beliau seorang gadis melayu yg bersopan dan tahu nilai2 timur. Tp yg nampak kurang ajar ialah ......... agak2 la nak bg nasihat pun. Ini Raja2 Melayu bro. Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  12. Siti tidak kurang ajar. Sebagai rakyat Malaysia apatah lagi yang tidak terlibat dalam politik, setiap masyarakat berhak menegur pemimpin. Pemuda jangan terlalu taksub pada KJ dan menjadi yes man. Pemimpin jangan terlalu bongkak. Hidup umpama roda. Lupakah KJ betapa bongkak nya dia ketika bapak mentua menjadi PM? kemudian dia di sisih? Belajarlah dari pengalaman. Gunakan platform musyawarah untuk menyelesaikan masaalah. Apatah lagi awak adalah ketua. Bukan menggunakan media kroni untuk bertelagah. Ia amat memalukan bagi seorang pemimpin yang memimpin organisasi (kementerian) yang sama tetapi menyalak diluar gelanggang. Jadilah pemimpin yang berhemah, berwibawa dan matang. KJ must improve his leadership skill.

    ReplyDelete
  13. Pasal Bola Sepak Agent Yahudi Zionis "budak tingkat 4" ni punya la sibuk macam dunia nak kiamat!

    Tapi bila isu berkenaan MAlayu dan Islam ,"Budak Tingkat 4" ketua pemuda Amno ni sepatah haram pun tak de nak membela dan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong isu isu berkenaan Malayu dan Islam contohnya isu Kalimah ALLAH,batang hidung baruah yahudi zionis ni langsung tak de tanda sokongan!

    ReplyDelete
  14. BUKAN PERSATUAN SUKAN TIDAK BOLEH DI TEGUR.....TETAPI BERBAHASA LAH SIKIT LAGI-LAGI SEBAGAI SEORANG MENTERI YG PALING JUNIOR YG DILANTIK KE KABINET ..KITA NIE KAN ORANG MELAYU......

    JANGAN LAH JADI KADUK NAIK JUNJUNG DAN RASANYA TIDAK RUGI JIKA MENTERI YANG BERKENAAN BERBINCANG SEMEJA DENGAN PERSATUAN=PERSATUAN SUKAN AGAR SUKAN DI MALAYSIA BERTAMBAH MAJU.....TERUTAMANYA BOLA SEPAK..

    INI ADALAH PERSATUAN SUKAN YG KEDUA KENA HENTAM KAT MEDIA, YG PERTAMA SEPAK TAKRAW SAMPAI NAK TARIK PERUNTUKAN OLEH MENTERI SUKAN SELEPAS TAK SAMPAI SETAHUN JADI MENTERI... JANGANLAH SAMPAI RAKYAAT MENYAMPAH MELIHAT AKAN MENTERI YG TIDAK BERADAP...

    PRU AKAN TIBA 5 TAHUN MENDATANG....INGATLAH WAHAI MENTERI YG BERKENAAN

    ReplyDelete
  15. Siti tengah meroya eeeh... Siti tengah meroyaan ohhh... Siti meroyan haha...siti suka bola hoho...sekarang siti minat bola yeahyeah...sebenarnya bola datuk k kempis hihi..hi

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.