Sunday, November 24

Media UMNO bunuh ulama Pas?


Sebelum dan ketika Muktamar Pas Ke-59 berlangsung, perhatian yang boleh dikatakan besar-besaran diberikan oleh media-media UMNO sama ada elektronik mahupun cetak terhadap pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan kelompok media tersebut cuba muncul untuk menjadi juak-juak yang mencaturkan siapa yang layak untuk memimpin Pas.

Sudah tentu dalam memastikan usaha itu tercapai, mereka telah mengangkat dan menyokong kumpulan tertentu yang kononnya inilah yang paling layak memimpin Pas dan yang paling layak untuk membawa Pas ke peringkat seterusnya dalam politik tanpa mengorbankan asas perjuangan parti itu iaitu Islam, menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam.

Golongan yang disokong dan cuba diangkat oleh kumpulan media tersebut yang juga disebut sebagai media arus perdana (MSM) ialah barisan pemimpin yang diketegorikan sebagai ulama dalam Pas. Lawan mereka ialah kumpulan dalam Pas yang dilebelkan sebagai Erdogan atau Anwarinas.

Tetapi apa yang gagal dikesan atau gagal diakui oleh para pemain atau pengendali MSM ini ialah ahli-ahli Pas cukup fobia dengan kelompok media yang digelar arus perdana.

Sebab itu ada pemerhati berpendapat, disebabkan sokongan yang begitu ketara diberikan oleh kelompok media milik UMNO kepada calon-calon dari kalangan Ulama pada pemilihan Pas baru-baru ini, maka ulama telah di tolak oleh para perwakilan.

Para perwakilan seolah-olah memberi isyarat bahawa mereka menolak sebarang kaitan antara para pemimpin mereka dengan UMNO mahupun media mereka.

Sebab itu, biarpun pelbagai laporan negatif diberikan kepada Mohamad Sabu, sebaliknya Mohamad Amar yang dari kalangan ulama diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas oleh MSM, namun Mohamad Sabu tetap menjadi pilihan para perwakilan.

Begitu juga dalam saingan untuk jawatan Naib Presiden Pas, hanya seorang sahaja yang bergelar ulama dipilih untuk jawatan itu. Itu pun Dato Tuan Ibrahim Tuan Man lebih cenderung kepada kumpulan yang digelar Erdogan dan Anwarinas dalam Pas.

Disebabkan para perwakilan Pas fobia dengan media milik UMNO maka segala apa yang dikaitkan dengan media terbabit termasuk calon pemimpin mereka yang disokong oleh media terbabit telah ditolak.

Kelihatannya penolakan golongan ulama oleh para perwakilan pada muktamar Pas kali ini turut disumbangkang oleh media milik UMNO.

Laporan-laporan media UMNO sebenarnya telah membunuh golongan ulama dalam Pas. Para perwakilan  menolak calon-calon pemimpin yang disokong atau dicadangkan oleh media UMNO, sebaliknya mereka mempunyai perkiraan sendiri dalam memilih Mohamad Sabu, Husam Musa dan Salahudin Ayub sebagai pemimpin parti itu.

MAT KEHE

MKP Agak bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh MAT KEHE.

2 comments:

  1. Laaaaa, salah umno jugak????? Tu stopa ali tebar spendo putih tu salah umno jugak kot? Anuwar dgn chinadoll pun salah umno jugak kan? Nasib kau la umno.

    ReplyDelete
  2. Apa pun PAS lebih senang ditewaskan oleh UMNO dengan kurangnya pengaruh ulama. Contohnya ramai orang melayu tak suka kat Mat Sabu sebab tu dia kalah di Pendang walaupun dahulunya Pendang milik PAS. Ternyata perwakilan PAS otak belacan. Syabas Utusan! satu strategi yang mengena.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.