Tuesday, November 19

MENTERI BARISAN NASIONAL YANG BER-OTAK SELUT......... @NajibRazak


MKP baru aje beli kereta nie, Tak sampai 3 hari lagi pakai pun. Bila dengaq kereta berusia lebih dari 12 tahun tidak layak berada dijalanraya nampaknya ada yang nak kena maki "Musibat" pulak dah. Sebagai rakyat Marhean mana ada duit nak beli kereta baru. Dah lah kontrak telah ditamatkan selepas PRU-13 yang lalu mana ada MASYUKKKK dah lepas tue. 

Kewangan rakyat Malaysia akan menjadi semakin lemah selepas ini. Digasak untuk terus berhutang-hutang bagi memenuhi keperluan hidup di Malaysia.

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan mengguna pakai kereta baru untuk menjadi rakyat Malaysia seperti negara maju Singapore, kereta 12 tahun ke atas di jalan raya akan diharamkan tidak lama sahaja lagi. 

Mungkin Menteri yang berucap di Parlimen hari tue lupa yang ini bakal menjahanamkan Tranfomasi yang telah dibuat oleh DS Najib Razak. RAKYAT DIDAHULUKAN.  Dia ingat rakyat malaysia macam dia kot, leh tukar kereta selalu, wei rakyat malaysia ni dah la kaya dengan hutang.

Kalau dah habis bayar kereta dekat bank tempaohnya adalah 9 tahun. Cuma ada 3 tahun nak merasa lepas dari bayar kereta setiap bulan, lepas tu dah kena berhutang lagi untuk kereta baru kerana ikut peraturan ini. Tak dinamakan HARAM JADAH PUNYA UNDANG-UNDANG.  

Elok-elok imej Barisan Nasional nak dikembalikan balik di mata rakyat, tup-tup perangai pak menteri ginilah yang buatkan orang makin benci dengan BN, ikut selera tok ketua kampung dia je.

lain kali turun padang lihat susah rakyat, bukan ikut main suka kamu je, harap DS najib pantau perangai pak menteri yang nak ikut suka kepala dia je. puih!! marah ni, yelah, ingat senang ke nak counter balik isu ini, bukan dari pr je marah, orang bn pun akan marah, faham ke tidak?

Hakikatnya di Jepun, rakyat Jepun contohnya tukar kereta 3-4 tahun disebabkan harga kereta murah di sana. Di Malaysia? Kebanyakan rakyat Malaysia berhutang 9 tahun untuk beli kereta baru. Selesai hutang 9 tahun, bebas daripada sebarang hutang selama 3 tahun dan tahun berikutnya menjadi hamba sekali lagi kepada pihak bank. Apa kata anda pula mengenai cadangan pelaksanaan segera haram kereta berumur 12 tahun ke atas?

MKP AYAT SEMPOI:  Jualan kereta Malaysia yang merudum sekarang ini akan kembali bernas dan rancak kembali selepas ini. Proton & Perodua akan tersenyum lebar selepas ini…Rakyat?

2 comments:

  1. Ingatkan blogger PR saja berotak selut, rupanya blogger pun sama... hehehe

    ReplyDelete
  2. Harap admin cari ucapan sebenar drp mentri tu .........baca dan faham apa yg diperkatakan

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.