Sunday, November 10

Pengawal keselamatan dipercayai cuba larikan diri ke Batam.


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ketanah, syukur penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak PDRM kini telah tumpas dengan maklumat dan hasil kerja keras anggota PDRM. Lepas nie nak tengok jugak riaksi pembangkang yang selalu mencerca pihak berkuasa.

Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kejadian pembunuhan pegawai AmBank ditangkap sepasukan anggota polis khas sebaik sahaja selesai meletakkan keretanya di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi.

Beliau ditangkap sebaik sahaja selepas meletakkan keretanya di kampung terbabit kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika hujan lebat. Sumber juga berkata, pengawal keselamatan itu ditangkap oleh sepasukan anggota D9 daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang terlibat dalam Ops Khas Cantas.

Sebaik sahaja ditangkap pengawal keselamatan itu terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber itu lagi, pegawal keselamatan itu dipercayai sedang berusaha untuk ke Pulau Batam, Indonesia yang terletak hanya 45 minit daripada Kampung Tanjung Belungkor.

Beliau dipercayai bercadang menggunakan bot nelayan di kampung terbabit untuk membawanya ke pulau tersebut.

MalaysiaGazette juga difahamkan terdapat pelbagai laluan tikus di Tanjung Belungkor yang digunakan oleh sindiket penyeludupan manusia untuk membawa masuk dan keluar pendatang asing tanpa izin terutamanya dari Indonesia.

Walaupun Jeti Tanjung Belungkor hanya terletak beberapa minit dari kampung berkenaan, tetapi menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Pulau Batam melalui jalan rasmi melibatkan penggunaan pasport dan pemeriksaan keselamatan.

Jeti Tanjung Belungkor dikendalikan oleh Lembaga Pelabuhan Johor.

Sementara penduduk kampung yang ditemui berkata, mereka tidak pernah melihat kelibat pengawal keselamatan itu di kampung tersebut sebelum ini.

Pengawal keselamatan yang berasal dari Sulawesi yang menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Ardi Hamza itu terlibat dalam kejadian rompak bunuh di AmBank Subang Jaya bulan lepas.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di kepala dari jarak dekat.

Pengawal keselamatan terbabit melarikan kira-kira RM450,000 daripada bank berkenaan.

Pada hari yang sama, polis berjaya menangkap tiga orang termasuk isteri pengawal keselamatan itu dan menemui semula RM20,000 duit hasil rompakan itu.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.