Friday, November 8
SEMAKIN GOYANG SEMAKIN GOYAH NAMPAKNYA...........
Menjelang Muktamar Agung Pas akhir bulan ini, keputusan PRK Sungai Limau bakal mewarnai pemilihan parti melibatkan pertandingan bagi beberapa jawatan penting seperti jawatan timbalan presiden.
Pas kini dalam dilema, sama ada memilih mengekalkan Mat Sabu atau memilih tokoh ulama yang dapat mengimbangi kumpulan yang dipimpin Anwar Ibrahim.
Bukanlah rahsia wujud dua puak dalam parti itu, satu menyokong Hadi manakala satu lagi lebih mirip pada Anwar. Jika berlaku pertandingan bagi jawatan nombor satu melibatkan Hadi dan Anwar ada yang melihat peluang Anwar jauh lebih cerah.
Sejak Pas mencatat prestasi buruk dalam PRU13 lalu perwakilan parti di peringkat akar umbi mulai rimas dengan langkah berbaik-baik dengan DAP serta menjadikan Anwar sebagai ketua mereka.
Cadangan agar dikaji semula kedudukan Pas dalam kerangka ini sudah pun dimulai dengan peratus yang menyokong membimbangkan pucuk pimpinan. Soalnya sanggupkah Pas kehilangan regunya iaitu DAP ataupun Anwar? Mungkin hal ini bakal dijawab dalam muktamar itu nanti.
Sebelum itu kita dapati kedudukan Hadi Awang sebagai presiden Pas juga mulai diperkatakan. Kebanyakan tulisan menyentuh calon yang bakal menggalas tugas sebagai pengganti Hadi jika pemimpin berasal dari Terengganu itu menjadikan penggal ini terma terakhir sebagai pemimpin utama parti.
Umno dilihat berjaya menyelesaikan isu pengganti apabila Dr Mahathir memilih Pak Lah dan kini Najib pula sebagai pemimpin utama parti.
Gerakan dan MIC serta beberapa parti lain juga menyelesaikannya melalui proses rundingan dan juga pemilihan.
Namun bagi Pas walaupun tidak ada tanda jelas Hadi nak bersara setahun dua ini, isu seperti ini jika berlaku secara mendadak ia bukan suatu yang mengejutkan.
Pas memerlukan tokoh jauh lebih muda dan karismatik untuk mendepani Umno dalam PRU14 dan juga mengimbangi pengaruh
Anwar dalam parti berkenaan. Jika hal ini tidak ditangani segera, Pas akan terus jadi ulam buat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sementara kita menunggu episod selanjutnya drama Pas, apa yang pasti keputusan PRK Sungai Limau mengukuhkan lagi imej Mukhriz sebagai pemimpin masa depan negeri dan negara. Walaupun Mukhriz gagal mencipta sejarah sebagai naib presiden mewakili Kedah seperti bapanya, ia berjaya menanam bibit kebimbangan di pihak Pas.
Justeru, PRK Dun Sungai Limau bukan sekadar pilihan raya kecil biasa, tetapi ia berserta dengan implikasi lebih jauh dari who’s who atau siapa-siapa yang menang kerana yang menang tidak semestinya menang semuanya dan yang kalah tidak semesti kalah semuanya.
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan
ReplyDeletesuara.tv