Situasi terkini apabila Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) termasuk doktor dan petugas media Malaysia selamat tiba di bandar Tacloban pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) dalam menyampai misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan.
Walaupun masa ketibaan agak awal namun keaadan telah gelap seperti berada di Malaysia pukul 8malam.Penerbangan menggunakan dua pesawat Charlie C-130 yang membawa 30 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan mendarat di Lapangan Terbang Tacloban yang teruk musnah dan terjejas akibat taufan itu.
Gambaran dari udara kemusnahan akibat taufan Haiyan.
Keadaan pada waktu ketibaan adalah gelap kerana difahamkan bekalan elektrik terputus sejak bandar ini dilanda bencana alam itu Jumaat lepas.
Hanya beberapa lampu dipasang daripada bekalan elektrik yang diperoleh daripada beberapa set generator bagi tujuan penyelenggaraan kesemua bantuan daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.
Keadaan penempatan sementara mangsa taufan Haiyan penuh sesak
Sekarang ini difahamkan lapangan terbang itu hanya menjadi pusat pengumpulan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia, selain menjadi tumpuan mangsa taufan dari kawasan berdekatan bagi mencari perlindungan, menunggu bantuan dan peluang dibawa keluar dari bandar ini.
Turut tiba bersama 30 sukarelawan yang diketuai Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ialah Angkatan Tentera Malaysia Inspektorat Kesihatan bagi menganalisis situasi semasa bagi tujuan bantuan lanjut.
Gambaran keadaan Lapangan Terbang musnah.
Kelihatan ramai mangsa yang beratur menunggu bantuan dan difahamkan mereka juga menunggu untuk dibawa keluar dari bandar ini.
Selain masalah bekalan elektrik, akses kepada komunikasi juga adalah sangat terhad.
Para sukarelawan turut dinasihatkan anggota keselamatan di sini untuk terus bermalam di kawasan lapangan terbang demi keselamatan mereka
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.