Monday, November 25

VIDEO: Rais Yatim dibayar RM100,000 Nyanyi Sebuah Lagu


Hebat bekas Menteri nie dibayar sampai macam tue sekali. Kalau diikutkan Bekas menteri nie dah bayak duit kenapa pulak dibayar sebegitu banyak. MKP punya pendapatan setahun pun tidak boleh cekau banyak tue. Tapi menteri nie hanya didalam 4 minit dapat bayaran 100k.


Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim dibayar RM100,000 kerana menyanyikan sebuah lagu berjudul "When I Fall In Love" dalam Majlis Malam Amal Warisan Seni Karyawan di Hotel Istana di sini malam tadi.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, wang hasil tajaan individu daripada sebuah badan koporat yang enggan didedahkan namanya itu adalah bagi mengisi tabung kebajikan persatuan yang dianggotai lebih 1,000 artis tempatan.

"Tan Sri Rais menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Nat King Cole yang mana ini adalah kali pertama beliau menyanyi pada majlis anjuran Karyawan. Selain itu isteri beliau, Puan Sri Masnah Rais pula menyanyikan sebuah lagu bertajuk "Ubek Kan Denai".

"Lagu persembahan isteri beliau juga dibayar RM70,000 yang kemudian dimasukkan ke dalam tabung kebajikan Karyawan. Keseluruhannya majlis makan malam amal ini berjaya mengutip dana sebanyak RM350,000," katanya.

Pada majlis itu, seramai 22 artis yang kurang bernasib baik seperti Julie Dahlan, Yazid Search, Samsuddin Lamin, Kamal Pendek, Zaiton Sameon, Lai Meng, Pak Limra, Mimi Loma dan MY Samsudin menerima bantuan sehingga RM5,000 setiap seorang.

Sumber Fitnah Dari KLIK

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.