Sunday, December 8

Dewan PWTC Kosong, Apa Sudah Jadi? Perwakilan Pergi Joli?


Harapan rakyat Para Perhimpunan UMNO jangan terlalu ghairah dan mengasyikan selepas bersidang ? Tanya PM Apa bekalan yang anda bawa pulang? Keseronokkan dan keriakkan atas nama sebuah parti agong yang dapat sokongan padu bangsa melayu?

Sebenarnya anda jangan lupa puak2 pengkianat bangsa , agama dan negara siang malam, pagi petang akan cuba mencari jalan untuk menghancurkan anda semua .Kita lihat mereka cuba pula mengumpul Anak muda 1 Malaysia untuk menolak UMNO . Nampak sangat niat buruk dan hasat dengki mereka? Apakah orang UMNO masih diam dan tidur lena ?

Sejak hari pertama hingga ke hari keempat semalam, suasana Perhimpunan Agung UMNO 2013 tidak sesibuk mana. Kecuali ruang di hadapan skrin besar yang kebanyakannya dipenuhi oleh kaum wanita, bilik-bilik lain tidak penah.

Paling tidak, bilik yang mampu memuatkan tetamu seramai 500 orang itu hanya diisi oleh sekitar 20 orang sahaja. Itu pun bukan semuanya mengambil kesempatan untuk duduk di atas kerusi setelah berdiri begitu lama.

Ruang berjalan juga agak selesa kerana tidak ramai yang berkeliaran di dalam bangunan berlangsungnya perhimpunan tahunan ini. Pendek kata, sepanjang empat hari ini, ruang bangunan ini tidak sesibuk mana.

Berlainan dengan hari ini, tiba-tiba keadaan begitu sesak. Nak masuk ke ruang bangunan terpaksa berhimpit-himpit minta laluan. Kenapa boleh jadi begini setelah empat hari suasananya tenang?

Adapun yang menyebabkan keadaan di kawasan perhimpunan UMNO ini menjadi sibuk secara mengejut adalah disebabkan semua perwakilan dan pemerhati yang selama empat hari ini tiada di ibu kota telah kembali semuanya malam tadi.

Beberapa siri rombongan lawatan telah diatur oleh ketua-ketua Bahagian yang menang pada pemilihan lalu untuk perwakilan dan pemerhati yang sepatutnya datang ke perhimpunan bagi mendengar taklimat Presiden.

Bukan sahaja Ketua Bahagian, ada juga tajaan daripada ketua-ketua Wanita, Pemuda dan juga Puteri yang telah banyak membantu memenangkan mereka.

Janji mesti ditepati. Maka ada yang ke Melaka, ada yang ke Johor dan ramai juga yang ke Langkawi. Mereka pergi pada hari Isnin menaiki bas yang disediakan dan pulang malam tadi.

Mereka diwajibkan pulang malam tadi bagi memastikan ramai yang akan berada di dewan untuk mendengar penggulungan ucapan Presiden UMNO petang ini.

Masalahnya, tidak bolehkah diatur hari lain selain minggu ini yang berlangsungnya perhimpunan yang boleh dianggap bersejarah ini? Kenapa mesti abaikan tanggungjawab sebagai ahli parti yang sepatutnya dari awal telah duduk di dewan atau sekitarnya untuk mendengar perbahasan perwakilan serta taklimat pemimpin?

Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.