Ini bukan khabar angin lagi. Perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar sendiri.Ketika tandatanya berlegar mengenainya,Sabtu beliau mengesahkan kenaikan kadar tol dijangka berlaku tahun hadapan.
Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Orang ramai, termasuk perwakilan sidang Umno minggu lalu merayu kerajaan menimbang semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen kilowatt-jam (kWj) kepada 38.53 sen kWj.
Ramai tidak puas hati, dan berasa hairan pembekal elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan keuntungan RM4 bilion. Kalau sudah untuk begitu besar kenapa susahkan rakyat dengan kenaikan tarif?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kerajaan tidak ada pilihan kecuali menaikkan tarif. Lagi pun kata beliau rakyat jelata tidak akan terjejas dengan kenaikan ini.
Logik kenyataan PM ialah yang terlibat dengan kenaikan harga elektrik ini hanya 30 peratus melibatkan pengguna komersial; 71 peratus lagi pengguna biasa tidak akan terlibat dengan kenaikan.
Ada orang kata dalam hal naik harga yang logik akhirnya menjadi tidak logik. Mereka mencongak: kalau syarikat komersial kena bayar lebih, akhirnya bayaran itu akan dikenakan semula pada pengguna lain.
Contoh, sekiranya kilang roti terpaksa membayar elektrik lebih tinggi, mereka akan naikkan harga roti. Rakyat kena bayar lebih untuk dapat roti. Jadi, cakap-cakap bahawa rakyat biasa tidak terjejas dengan kenaikan tarif elektrik, adalah auta. Sudah banyak kali rakyat terpedaya dengan auta seperti itu.
Semua menentang kenaikan tarif elektrik. Mereka bertanya dua benda. Pertama, apakah kalau tarif tidak naik seluruh negara boleh gelap? Kedua, apakah kalau tarif tidak naik TNB boleh bankrap?
Selain tarif elektrik, harga bahan api pun sudah naik. Dulu kerajaan kata minyak naik harga tidak menjejaskan rakyat. Tetapi bila minyak naik barang keperluan ikut naik.
Lori angkat barang terpaksa naikkan caj sebab minyak naik. Akhirnya barangan yang ada kaitan dengan pengangkutan – termasuk teh tarik dan roti canai – semua naik harga. Terjejas juga rakyat bawahan.
Sudah terdengar ura-ura tambang bas akan naik. Tambang teksi pun akan naik. Malah, sudah dijangka kadar bayaran tol seluruh negara pun akan naik. Apakah ini semua tidak akan menjejaskan rakyat jelata.
Memang bagus kita hendak menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Tetapi sebelum pendapatan ditinggikan, harga semua sudah tinggi. Sepatutnya tinggikan dulu gaji sebelum tinggikan harga.
Kalau semua barang dan perkhidmatan naik, naik dan naik, akhirnya darah dan kemarahan umum pun boleh naik, lebih-lebih lagi apabila banyak wang negara ditiriskan, dan banyak peralatan negara – termasuk jet eksekutif – disalah guna.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.