Tuesday, December 24

SIAPA YANG SEBENARNYA MEROMPAK...........?


Al-kisahnya sudah berlegar desas desus ada 'gegaran' dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Puncanya...Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan bercadang hendak menjadikan agensi pembangunan kerajaan negeri Selangor itu sebahagian daripada syarikat pelaburan negeri yang diletakan dibawah Menteri Besar Incorporated (MBI).

Sumber berkata perkembangan ini telah mencetuskan rasa gelisah dikalangan kakitangan dan pegawai atasan PKNS.

Di celah-celah itu timbul cerita Pengurus Besar PKNS Othman Omar tidak mahu menyambung kontrak khidmatnya.Beliau dikatakan sudah serah surat mengenainya.

Pelbagai spekulasi timbul termasuk ada yang mengaitkan keputusan itu dengan rasa tidak puashati terhadap cadangan untuk letak PKNS dibawah MBI.

Othman mula memegang jawatan itu pada 1 Februari 2009.

Beliau mengambilalih jawatan itu dari Datuk Harun Salim selepas ia dipangku oleh Low Siew Moi.

Sumber itu berkata pihak pengurusan dan warga PKNS kecewa dengan campur tangan berterusan Pejabat Menteri Besar terhadap PKNS.

"Hampir semua pengurusan kanan PKNS membantah usaha menempatkan agensi tersebut di bawah MBI.Bukan setakat itu dengar cerita orang luar dari PKNS akan dilantik menggantikan tempat Othman," kata sumber itu.

Seorang pegawai pengurusan kanan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) disebut-sebut akan ganti Othman.

Jika menjadi menjadi kenyataan bermakna ia akan mengenepikan tiga orang kanan pengurusan PKNS yang kini sedang berkhidmat.

"PKNS bukan seperti anak syarikat kerajaan negeri lain, ia ditubuhkan dengan Enakmen PKNS 1964 untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara.Dalam erti kata lain penubuhan PKNS adalah untuk menjaga kepentingan kaum majoriti di Selangor iaitu orang Melayu,"katanya.

Menurutnya ramai kakitangan dan pegawai PKNS kecewa kerana zaman BN memerintah pun, perkara seperti ini tidak berlaku.

"Pejabat MB mahu menguasai semuanya dan memperkuatkan kuasa tawar menawar mereka,"dakwanya.

Tambahnya lagi, apa yang dibimbangi oleh pengurusan kanan PKNS adalah agensi itu akan tersasar dari matlamat asal penubuhannya jika diletakkan di bawah MBI.

"Semua kesatuan sekerja dalam PKNS tidak setuju dengan perkara tersebut,"dakwanya lagi.

PKNS mempunyai 1400 pekerja yang mana berdasarkan akta penubuhannya, setiap pekerja agensi itu merupakan kakitangan awam

OLEH HELME HANAFI

AD

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.