Sunday, December 22

UMNO DIPENUHI OLEH "ORANG BODOH"


Memang pedih dan terasa sehingga ketulang hitam apabila dikenang ayat yang MKP ungkapkan diatas. Tapi korang kena ingat dan jangan melatah pulak. MKP bukan buat kenyataan tersebut tapi yang mengeluarkan kenyataan itu datangnya dari Ayahanda Tun Mahadir. 

MKP memang menyanjungi Ayahanda Tun Mahadir dari dulu hingga kini. Sebagai anak kelahiran Kedah  MKP berbangga kerana dilahirkan di Kedah serta mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Ayahnanda Tun Mahadir. MKP membesar dizaman Ayahanda Tun Mahadir menjadi Perdana Menteri. Banyak kejayaan yang telah dikecapi dizaman Ayahanda Tun Mahadir menjadi Perdana Menteri. 

Ayahanda Tun Mahadir memang terkenal dengan mulutnya setajam pisau menghiris hati dan naluri. Teguran PEDAS dan berapinya kini kembali apabila melihat UMNO kian hayut tidak selari dengan Perjuangan Terdahulu.

Apa dah jadi dengan Pentadbiran DS Najib Razak? Ayahanda Tun Mahadir seakan mempunyai deria rasa yang agak tajam berbanding pemimpin UMNO yang ada sekarang menerajui UMNO ketika ini. Ayahanda Tun Mahadir terpaksa membuat teguran sinis dan tajam.

Adakah pembaca ingat kembali pada zaman Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Ayat yang lebih kurang sama jualah yang dikeluarkan oleh Ayahanda Tun Mahadir sehingga Pak Lah meletak jawatan. MKP tertanya-tanya adakah ini jua bakal terjadi pada DS Najib Razak. 
Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”. 
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa. 
"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa. 
"Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini. 
Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas. 
"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya.  
Dr Mahathir menegaskan sekiranya seseorang pemimpin tersebut memberikan laluan bukan bermakna beliau lemah sebaliknya orang ramai akan lebih menghargainya. 
"Setiap orang perlu menghormati masa mereka, tiba masanya untuk memberi laluan kepada orang lain. 
"Sekiranya kamu bersara lebih awal, orang ramai akan lebih menghargai kamu," katanya lagi.
Menyentuh mengenai penamaan calon pemilihan Umno baru-baru ini, Dr Mahathir menyifatkan ia suatu petanda sihat berlaku dalam parti tersebut. 
"Saya jangka ramai yang akan bertanding tapi ramai juga yang menarik diri. 
"Tapi saya lihat ini sebagai satu petanda sihat, jika tidak ia pasti buruk untuk parti kerana orang akan mempersoalkan transformasi yang diperkatakan," ujarnya lagi. 
Dr Mahathir juga menegaskan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tiada pertandingan adalah suatu yang baik bagi mengelakkan perpecahan berlaku. 
Dalam pemilihan parti kali ini, Dr Mahathir juga mengesyorkan perwakilan Umno supaya memilih pemimpin yang mempunyai bakat dan potensi, bukannya kerana pengaruhnya. 
"Saya harap pada pemilihan kali ini, perwakilan memilih pemimpin yang mempunyai potensi dan berbakat, bukan kerana pengaruhnya," tegas beliau lagi. 
Bekas presiden Umno itu sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Umno sebagai “sudah tua dan bakal mati”. 
Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasinya memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri. 
Katanya, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda. 
Ketika penggal kepimpinannya dari 1981 sehingga 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara "Harimau Ekonomi Asia". 
MKP Ayat Sempoi : Ayahanda Tun Mahadir mungkin lupa "Perdana Menteri Malaysia Paling Lama Memegang Jawatan Adalah Dirinya Sendiri..."

1 comment:

  1. ayat sempoi....lama tapi berkualiti tak per....tak kualiti bangsa buat apa?

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.