Hari nie riuh dan gamat bagaikan PWTC nak runtuh dibuatnya.Apa nak buat kalau dah SOTONG TELOQ tak ada buat kenyataan bangang mengenai media sosial. Nak cakap banyak pun tak guna tembak pulak tak kena. Memang dasar Haram Jadah separa sedar didalam alam Maya. MKP malas nak ulas pepanjang mengenai SOTONG TELOQ nie.
Sebelum tue korang layan dulu video macam cantik nie. Bukan lawak aje tapi macam nak bagi penampar kat muka pakai kaki. Lagak mamat poyo terlebih pandai nie umpama mamat sengal nie toq..
1. Kurangkan berpolitik, lebihkan aktiviti melihatkan kerajaan membuat kerja. Lambat laun rakyat tidak akan endah tohmahan pembangkang.
Sdr. Ibdillah perlu terlebih dahulu sejarah. Suatu ketika dahulu kerajaan berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu menjawab sebarang fitnah dan tohmahan pembangkang di internet. Kerajaan berpendapat bahawa rakyat boleh menilai prestasi kerajaan melalui kerja yang dijalankan. Namun, semua itu tidak benar dan pada tahun 2008, kerajaan Barisan Nasional telah gagal mempertahankan 2/3 kerusi dan banyak negeri lain jatuh kepada pembangkang.
Sdr. Ibdillah juga perlu membaca teori kestabilan negara. Teori klasik menyatakan bahawa terdapat 3 golongan yang kerajaan perlu jaga supaya tidak ditumbangkan. 3 golongan tersebut ialah Golongan Mahasiswa, Golongan Tentera dan Golongan Kolar Biru. Tetapi, teori moden telah menambah satu lagi golongan iaitu golongan 'IT Savvy' dan mereka inilah yang berjaya menumbangkan kerajaan di Timur Tengah, di Yugoslavia. Malah Malaysia juga terasa akan gelombangnya.
Selain itu, Sdr. Ibdillah kiranya perlu mempelajari ilmu GSPS. Ia bukanlah ilmu hitam ataupun ilmu kurafat, tetapi sekiranya Sdr. Ibdillah mahu tahu, silalah tanya kepada 'sukarelawan' Biro Media Baru Sdr. Ibdillah.
2. Membayar blogger adalah satu kesilapan.
Pertamanya, Sdr. Ibdillah sebagai seorang pemimpin mewakili UMNO tidak patut menyatakan bahawa UMNO membayar blogger. Red Bean Army yang terkenal dan semua orang tahu mereka diupah oleh DAP tetapi DAP atau mana-mana pemimpin pembangkang tidak pernah mengumumkan bahawa mereka membayar membayar blogger.
Saya tidak tahu samada benar atau tidak UMNO benar-benar membayar (sekiranya ada, saya pun mahukan juga!) tetapi sebagai pemimpin, anda tidak patut mengumumkannya di khalayak. Apa lagi integriti yang ada kepada mereka yang mendedahkan salah-laku pembangkang sekiranya jawapan balas yang diberikan oleh pembangkang adalah "itu semua UMNO yang bayar!"
Cukuplah 'damage' yang telah dibaiki oleh DS Najib selama 5 tahun. Sdr. Ibdillah diharap jangan memusnahkannya dalam masa sehari.
Kedua, pengamal media sosial yang senantiasa menyokong kerajaan selama ini akan terasa hati kerana ada antara mereka menulis bukan kerana wang ringgit tetapi kerana Agama, Bangsa dan Negara. Kehadiran Sdr. sebagai muka baru tiba-tiba sahaja menempelak mereka yang ada antaranya telah kemalangan, telah berbelanja ribuan ringgit untuk mempertahankan UMNO atas dasar perjuangan, sakit dan sebagainya seolah-olah tidak dihargai.
Ketiga, Pemuda UMNO telahpun melakukan melancarkan sukarelawan Media Sosial ini tidak lama dahulu yang dikenali sebagai BNYCT. Sekiranya Sdr. Ibdillah aktif media sosial ketika itu, sudah tentu Sdr. sedar akan kewujudan BNYCT ini dan menyambung kesinambungannya. Bukan dengan cara untuk membuang yang lama untuk membina yang baru. Itu cara DS Anwar Ibrahim dan bukannya cara orang UMNO.
KORANG BACA SETERUSNYA DISINI KLIK
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.