Thursday, December 12
@Zahid_Hamidi JANGAN HANYA BERCAKAP........
Isu yang hangat kini diperkatakan adalah berkenaan Mat Sabu mengamalkan Syiah. Dah lama sangat isu ini ini berkeliaran namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak KDN. Jangan pulak jadi seperti Menteri yang terdahulu, Sembang bagai nak rak tapi tindakan macam Pondan Tua.
Sepatutya jika dah mempunyai bukti yang kukuh dan sahih. Sumbat ajelah didalam Penjara. Hanya itu jalan penyelesaian yang boleh diterima akal. Jangan bermain wayang tongkol bercakap riuh sekampung tapi...........? Rakyat cuma nak tahu tindakan diambil dan selesaikan masalah ini. Janganlah berpolitik sepanjang masa yang tidak menguntungkan kita.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dicabar untuk mengambil tindakan undang-undang secepat mungkin ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sekiranya tuduhan bahawa beliau mengamalkan fahaman Syiah adalah tidak benar. Mohamad Sabu tidak boleh berdiam diri dan perlu membersihkan namanya dari tuduhan itu.
Sebagai seorang pemimpin jawatan tertinggi dalam PAS, tindakan beliau itu mencemar nama baik parti itu sendiri. Kalau dia yakin dan betul-betul tidak mengamalkan Syiah, dia kena ambil tindakan.
Tindakan beliau yang berdolak-dalik tanpa mengambil sebarang tindakan menunjukkan bahawa beliau tidak berani.
Dari sudut itu sahaja nampak dia tak berani dan tidak tegas sedangkan kita kenali Mat Sabu sebagai seorang yang berani dan tegas dalam tindakannya.
Tambahnya lagi, PAS sendiri harus melakukan siasatan menyeluruh berikutan pendedahan ini untuk membuktikan bahawa mereka turut memerangi fahaman Syiah.
Pemimpin PAS harus ambil tindakan dan menyiasat. Kalau betul Mat Sabu amalkan fahaman Syiah, PAS kena ambil tindakan tegas.Lainlah kalau PAS rasa Syiah tak salah jadi mereka tak perlu ambil tindakan.
Ini merupakan antara sebab mengapa Umno meragui ajaran Islam yang dibawa oleh PAS.
Kalau dia anggap Syiah itu salah, kenalah ambil tindakan. Jika tidak nanti orang ramai akan ambil ringan mengenai isu ini dan akan terpengaruh dengan fahaman Syiah kerana tiada tindakan yang diambil.
Semalam, Mat Sabu berkata beliau tidak pasti sama ada Zahid yang juga Naib Presiden Umno memaksudkan dirinya mengamalkan fahaman Syiah kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu, sebaliknya Timbalan Mursyidul Am PAS yang disandang oleh Tuan Guru Datuk Haron Din.
Sabtu lalu dalam Perhimpunan Umno 2013, Zahid mendakwa pemimpin nombor dua dalam PAS mengamalkan ajaran Syiah.
2 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Kdg2 aku naik fedup dgn pemimpin melayu ni,dok sembang je lebeh. Budak khalid ismeth dan mat sabu dok relaks je menjaja syiah,tp kjaan masih buat dek je.Yg org biasa....beria2 kononnya ditangkap nak banteras syiah.
ReplyDeleteBegitu jugak dgn isu2 sensitif yg melibat agama dan bangsa. dihenyak2 org org bukan islam pun kita masih dok sengih, tp klu org melayu islam buat salah,cepat je tindakan diambil. Ya Allah, apa dah jadi dgn pemimpin islam bangsaku ini.....hati ini bagai dihiris2 sakitnya. :::(
KEnapa beria-ia sangat hendak membunuh ciptaan Alloh dan mengikut perangai tok arab? Syiah juga dibenarkan pergi hajikan?
ReplyDeleteKalian mendahului Alloh dalam menghukum. Pada org syiah anda kafir. Pada saya orang Islam sekarang semuanya sudah munafik dan menuju kafir....