Sunday, December 29
@Zahid_Hamidi & @PDRMsia BERDIAM ATAU BERSUARA......
Episod demonstrasi pembangkang ini tiada kesudahan. Penyokong kerajaan boleh bising 24 jam sehari pun, ada lebih 1000 laporan polis, ada peniaga yang merayu agar perhimpunan yang dirancang malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka tidak diadakan, namun tengok pada gaya, semua sudah set, langgar tetap langgar.
Hakikatnya, walaupun pedih untuk diakui, penyokong kerajaan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa untuk halang pembangkang nak tunjuk kuat.
Mereka adalah minoriti yang bersuara dan bertindak. Seperti kata Pemimpin Besar Perancis Napoleon Bonaparte, 10 tentera yang bercakap (buat bising), akan lebih didengari dari 10,000 tentera yang diam.
Kita (penyokong kerajaan) menjadi kumpulan yang banyak, tapi diam, terikat dengan undang-undang, displin, tata etika memimpin dan segala macam lagi melawan kumpulan pembangkang yang bebas bertindak melakukan apa saja.
Inilah hakikatnya, yang perlu diakui mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan pembangkang yang semakin kuat, demonstrasi pun semakin subur, ada yang besar yang disertai ribuan orang, ada yang kecik, yang disertai puluhan orang (flash mob).
Ia menjadi trend, di bandar-bandar, bukan di Kuala Lumpur saja.
Manakala instrumen kerajaan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang pula, juga terikat itu ini, ini zaman hak asasi jadi agama baru, sehinggakan, semua tindakan penguatkuasaan hanyalah acuh tidak acuh, atau sekadar melepas batuk ditangga.
Sebab itu, saya menjangkakan, malam tahun baru 2014, di Dataran Merdeka, hanyalah pengulangan, kepada yang sudah-sudah, dalam situasi paling baik, aktivis pembangkang akan bersurai selepas penat berdemo, atau paling buruk, mereka akan berkampung, pacak khemah, dan duduk di situ berhari-hari.
Mereka memang sudah lama teringin untuk sit-inmacam aktivis-aktivis anti kerajaan di seluruh dunia buat. Cuma sebelum ini mereka tidak mempunyai kekuatan.
Apakah malam esok, dengan segala isu yang menyelubungi kerajaan, seperti kenaikan kos hidup dan segala macam lagi...pembangkang akan mendapat momentum baru?
Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, sejak perhimpunan Bersih 2 dan yang seterusnya, tidak ada seorangpun, penyokong pembangkang yang dipenjara kerana melanggar undang-undang.
Ada yang dibicarakan, kes tertangguh-tangguh, tapi tak pernah sesiapa di Malaysia dipenjarakan kerana menyertai demonstrasi 'mengugat keselamatan dalam negeri' yang melanggar undang-undang.
Persoalannya bagi orang kebanyakkan, adalah apakah demonstrasi mereka itu benar-benar melanggar undang-undang, atau itu hanyalah propaganda bagi menghalang orang ramai menyertainya.
Kerana jika benar melanggar undang-undang... mana hukumannya, siapa pesalahnya?
Media asing khabarnya sudah buat kira-kira, perhimpunan malam 31 Disember, akan jadi kayu ukur, apakah tahun 2014, akan jadi tahun demonstrasi macam kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Sebab itu, pada saya yang pesimis, kita hanya boleh bising kat media, baru mahupun tradisional, tapi kita tak ada kuasa mencegah, yang ada kuasa mencegah, adalah polis, jika demo tersebut benar-benar mengancam keselamatan negara, merekalah yang patut bertindaklah menghalangnya.
Macam mana hendak bertindak, itu mereka tahulah, bukankah mereka dibayar gaji untuk menjaga keselamatan negara???
Yang pasti, jika mereka bertindak, dengan lebih 1000 laporan polis seluruh negara dan rayuan peniaga kecik, pak cik bawa teksi, keluarga yang nak bawa anak-anak berhibur malam tahun baru, pasti akan sokong.
Saya sokong, keluarga saya sokong, kawan-kawan saya sokong... yang penting, polis kena buat apa yang sepatutnya mereka buat, dan kami (majoriti yang diam) akan menghargainya...
Kita tak mahu, tiap kali perhimpunan pembangkang, kita bising, benda sama juga... wahasil balik asal atau orang utara kata pi mai pi mai tang tu...-29/12/2013 OLEH HELME HANAFI AGENDA DAILY
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.