Friday, February 1

AKSI 18SX Aaron Aziz DAN SITI ZALEHA TERSEBAR.....


Inilah beberapa gambar babak dan agenda berpeluk dan bercium yang keterlaluan di antara Aaron Aziz dan Siti Saleha dalam Filem Kerat 14. 

Sebenarnya, agak kontroversi juga filem ini memandangkan babak berpeluk dan bercium kelihatan real dan seolah-olah dilakukan secara benar. Filem Kerat 14 merupakan sebuah filem aksi dan bakal menemui penonton di pawagan pada 14 Februari 2013. 

Jom tengok beberapa gambar lain agenda romantik dan keterlaluan Siti Saleha.









TIMBUL LAGI KISAH ZAHIDA RAFIK NIE......JAMBATAN KE SEMPORNA BILA NAK SIAP.......?


MKP ingat kisah dan cerita membabitkan Jambatan Dari Kelang ke Semporna dah selesai tapi timbul jugak disaat akhir nie. Agak Panas dan sensasi jugak dulunya. Eloklah jika pihak SPRM dah mula menyiasat benda nie...Tapi MKP risau jugak takut nanti benda lain yang dicari benda lain pulak terbongkar...

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi, hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu.  
Peguam Noor Azman, Latheefa Koya yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, berkata anak guamnya memberi keterangan selama sejam berhubung kes yang disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu.  
"Noor Azman memberikan kerjasama dengan memberikan segala butiran yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas itu.  
Latheefa berkata, mereka juga berpuas hati dengan layanan SPRM pada hari ini.  
Tahun lalu, Zahida dilapor pernah membuat laporan polis terhadap Noor Azman, 39, yang didakwa melarikan RM200,000 wang syarikatnya, manakala Noor Azman turut membuat laporan polis mendakwa Mohd Shafie mempunyai hubungan dengan Zahida dan menyerahkan sejumlah besar wang kepada artis itu. BERNAMA

LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA.......APA CER....


Pemuda MIC Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri menyebarkan risalah berunsur fitnah mengenai pembinaan kuil semasa sambutan Thaipusam di sini baru-baru ini.

Ketuanya J Dhinagaran berkata risalah empat halaman itu bertajuk ‘Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya siapkan pembinaan Kuil Murugan terbesar di luar negara India selepas gagal disiapkan 10 tahun sebelum ini’.

Katanya, risalah yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil dan Inggeris itu memaparkan wajah Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan barisan pemimpin DAP.

“Kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tanpa segan dan malu mengakui kononnya mereka yang membina Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani, sedangkan projek itu sebenarnya hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu dengan kos sebanyak RM1.9 juta,” katanya.

Beliau berkata risalah itu turut menyalahkan kerajaan BN dalam isu perobohan kuil di Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.

Dhinagaran berkata dakwaan kerajaan negeri mengenai pembinaan kuil itu seolah-olah melupakan jasa bekas Ketua MIC Pulau Pinang, mendiang Datuk P.K Subayah yang bersusah payah merancang draf awal pembinaan kuil berkenaan pada tahun 2000 sebelum projek pembinaan dimulakan pada 2006.

“Mereka begitu terdesak dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup bermain politik murahan ketika sambutan perayaan keagamaan sebegini,” katanya.

ADAKAH MEREKA INI BETUL RAKYAT MALAYSIA.....PENIPU......?


MKP berasa pelik dan musykil dengan alasan yang telah diberikan oleh Pengadu ini mendakwa sijil kelahiran anaknya hilang dan sukar mendapatkan kembali salinan sijil kelahiran.MKP pernah berdepan situasi yang sama dan tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan salinan tersebut.

Sijil Kelahiran hilang, rosak atau musnah. Bagaimana mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran?

Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-

Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau salinan seterusnya mengisi Borang JPN.LM15. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran. 

Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

- Bapa kanak-kanak atau; 

- Ibu kanak-kanak atau; 

- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau; 

- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau

- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak. 

Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan usianya telah melebihi 42 hari.

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran. 

Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah)
(untuk orang yang bukan beragama Islam)

Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut.  

Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanak. 

Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Pengadu nie mungkin gagal beberapa syarat diatas dan mustahil mendapat sijil kelahiran jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan..Yang peliknya kenapa permohonan perlu dibuat di Pulau Pinang sedangkan rekod kelahiran ada di Kuala Lumpur.MKP rasa ini adalah taktik penipuan pihak pembangkang untuk meraih simpati meraih sokongan rakyat....

MKP Ayat Sempoi : Nak tipu pun agak-agaklah Bukan semua orang bodoh macam pembangkang....




KAWAN TIKAM BELAKANG SAKIT X???


Istilah kawan makan kawan atau lebih tepat tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati.Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka.

Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum.

“Pernahkah sahabat anda menikam anda daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam? Tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain.

Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada kita semua. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan?

Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Yang sebenarnya,kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya.

Dalam bersahabat, tidak semuanya baik. Kadang-kadang sahabat ni hanya tahu bermuka-muka. Depan kita, manisnya ayat, lembut gigi dari lidah. Belakang kita, segalanya diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain.

Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun.




MKP Ayat Sempoi : Jenis hangat-hangat tahi ayam.Kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-mula kemain lagi plan macam-macam, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-macam alasan dari mulut.

Thursday, January 31

MENGAPA DAP SUKA PERLEKEHKAN ISLAM.........?



Hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, puak Kristian Malaysia. Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT. 


Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy). 


Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.
Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?
Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP. 


Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.
Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri. 
Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. 


Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan. 


Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.
Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.

KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG MENGAMUK PULAK DAH .......


Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang berhubung rumah mampu milik yang telah diumumkan oleh Guan eng semalam.

Pemuda UMNO PP meragui keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang terutamanya LGE yang mengumumkan pendaftaran untuk rumah mampu milik di batu kawan dan jalan SP Chelliah. Sepatutnya LGE membina lebih banyak rumah  kos rendah dan bukannya mengelirukan rakyat dengan tema RUMAH MAMPU MILIK tetapi pada hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh rakyat miskin PP .

Antara keraguan yang menjadi persoalan rakyat PP adalah Mengapa masa yang diambil hampir 5 tahun untuk mengumumkan pendaftaran sedangkan pengumuman untuk membina perumahan di Batu Kawan dan SP Chelliah telah mengambil masa lebih setahun. Pemuda meragui bahawa pelan pembangunan telah diluluskan oleh PBT kerana didapati tiada rekod pelan pembangunan diluluskan bagi kedua dua tapak.

Mengapakah harga yang ditawarkan dikedua-dua tempat hanya melibatjkan rumah kos sederhana dan sederhana rendah?Dimanakah rumah kos rendah?Harga yang ditawarkan juga amat tinggi dan menampakkan bahawa LGE masih mengambil untung daripada rakyat miskin PP apabila harga yang ditawarkan masih tinggi berbanding kos pembinaan.Adakah ini adalah gimik pilihanraya LGE melalui PDC untuk menutup pengkhianatan mereka terhadap rakyat miskin  tidak mampu PP selama 5 tahun memerintah yang hanya tahu menjual tapak rumah kos rendah taman manggis dan perumahan mampu milik di bayan mutiara.

Rakyat yang berpendapatan RM5000 sebulan pun akan merasa perit untuk memiliki rumah kos sederhana bernilai RM 400 ribu ,Bagaimana pula dengan mereka yang miskin tegar yang mana kononnya telah dihapuskan oleh LGE apabila mengumumkan bahawa minimum pendapatan rakyat pulau pinang akan dijadikan RM770 untuk hilangkan miskin tegar? Apakah harga rumah  mampu milik mereka? bukankah mereka sepatutnya diberikan rumah kos rendah.

Terbukti LGE amat licik menipu rakyat miskin pulau pinang apabila telah mengumumkan pembinaan rumah mampu milik dan pendaftaran rumah mampu milik yang masih belum diluluskan sedangkan yang rakyat sebenarnya mahu memiliki rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang perlu diukur daripada garis kemiskinan rakyat miskin  bukannya nasihat perunding pakar daripada luar negara yang tidak tahu tahap kemiskinan rakyat. Sudah sampai masa LGE dan sekutunya DIAJAR DALAM PRU13.

Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP



SAH MEMANG MAZFUZ GUNA SURAT TIPU.........


Seperti yang MKP laporkan semalam KLIK hari ini telah berlangsung sidang media mengenai dakwwan surat palsu yang telah digunakkan oleh YB Penipu Pakatan Rakyat.Ternyata mereka terdesak dan mencari isu untuk menyerang JPM dan KDN...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata surat arahan agar pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah, yang didakwa dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said, adalah palsu.
 
Hishamuddin berkata, Jariah akan membuat laporan polis hari ini bagi menyiasat tuduhan itu.  
 
"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.
 
"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.
 
Hishamuddin berkata demikian bagi menjawab tuntutan penjelasan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam yang mendakwa JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
 
Surat bertarikh 14 Disember itu diedarkan kepada semua pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.


BIARLAH GAMBAR INI BERCERITA PERIHAL YANG SEBENAR..........


Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis Syura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz. 

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu PAS mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam. 

Wednesday, January 30

HOT : TAKKAN MARAH SAMPAI GANTUNG MOTOR KAT TIANG......


Cara pelik untuk protes dan menyatakan ketidak puasan hati diorang. Hebat sungguh orang Terangganu nie. Yang gantung bukan orang muda der tapi dah berumur..Tapi kalau kempimpinan PAS tak sedar lagi tak tahulah...

Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.  Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.  

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu.  Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu.  Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.  

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti.   Alasan kononnya atas faktor ketelusan.   Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.  

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja.  Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.  

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.    

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid.   Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.   

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa.  Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.  

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata.  Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.  

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia.  Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.   

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya.  Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.  

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara.  Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.  

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?  

MAHFUZ GUNA SURAT PALSU UNTUK FITNAH @jpnm_official @KDNPUTRAJAYA


Lawak tahap gaban dah Mahfuz nie. Sampai tak ade modal nak fitnah sanggup guna surat palsu yang direka cipta.MKP bukan bercakap kosong tapi telah mendapat pengesahan dari KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung isu ini. Sidang media akan dibuat kemudian dan berikut adalah tweet rasmi dari Jabatan berkenaan.



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

Sebelum nie wartawan mereka pun kantoi jugak puak harami nie dengan dedahan yang telah dibuat oleh blogger doubleYY KLIK


VIDEO BUDAK CINA KURANG AJAR KENA LUDAH.........


Kejadian ini dikatakan berlaku di perhentian bas berhampiran Kastam Johor-Singapura. Seorang remaja Cina ini telah menaikkan darah pemandu bas sehingga menyebabkan Cina tersebut dihalau keluar bas. Yang menaikkan darah remaja Cina ini tidak dipastikan.

Dia yang dipaksa turun pemandu bas merasa tidak puas hati dengan menunjukkan isyarat lucah menyebabkan dia diludah dan dimaki pemandu bas terbabit.

Bolehlah tonton video di bawah;





GUAN ENG MENGAMUK BILA DISABOTAJ OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG......


Guan Eng salahkan Kementerian Pelajaran Pulau Pinang kerana sambutan yang suram telah diterimanya pada program sumbangan pelajar miskin di Parlimen Bagan.Tokong Crocky mendakwa satu surat pekeliling dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah dihantar kepada 20 sekolah dikawasannya supaya memboikot majlis tersebut...

Setahu MKP Kerajaan Pusat telah memberi bantuan yang sama pada semua pelajar bermula dari 17 Januari lalu.Pihak sekolah perlu mengagih-agihkan pemberian bantuan kerajaan sebanyak RM100 kepada pelajar sepenuhnya, tanpa membuat sebarang pemotongan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata arahan sudah dikeluarkan dan langkah itu bagi merealisasikan apa yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012 bulan lepas, dapat dinikmati rakyat.

“Mudah saja, tiap-tiap pelajar yang berada dalam sistem pendidikan negara, sama ada dalam sekolah kerajaan atau swasta, semua layak dapat.

“Tanggungjawab guru, jangan soal, beri RM100 bagi tiap-tiap pelajar kepada ibu bapa. Itu saja. Dan saya sudah beritahu dan arahan, jangan ada pemotongan dan jangan buat takfisran pelbagai. Serah dulu RM100.

“Jika ada cita-cita lain nak beri PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau nak buat itu ini, itu soal kedua tetapi untuk menunjukkan bahawa apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri dalam bajet bahawa itu benar-benar berlaku, maka sekolah yang bertanggungjawab mesti sampaikan jumlah yang disebutkan, RM100 tidak lebih dan tidak kurang,” katanya.


MKP ayat Sempoi : Mungkin Guan Eng nak cari publisiti simpati kot?

HOT : AKSI GHAIRAH WANITA BERTUDUNG CIUM MULUT BERPERISA DURIAN.....


Apa nak jadi dengan dunia sekarang mungkin dah nak kiamat agaknya,aksi ghairah kedua-dua awek bertudung nie tersebar dilaman FB petang tadi.Mungkin banyak sangat terikut dengan dakyah Ostad Sesat dari pembangkang kot?

Nurul Izzah, anak peliwat tua, Anwar Ibrahim akan menggunakan lidah bapanya yang kuat membelit, kuat menipu, dan kuat berdolak-dalih apabila sesuatu isu yang dia sendiri utarakan, dipersoalkan semula. 

Dalam isu Melayu Murtad yang disokong oleh Nurul Izzah sebagaimana yang terkandung dan disiarkan oleh FREE MALAYSIA TODAY pada 3 November 2012, telah menyebabkan sebahagian besar daripada penyokongnya turut melompat dan melenting.

Dalam forum berkenaan, Nurul Izzah secara terang-terangan menyokong orang Melayu memurtadkan diri atau dimurtadkan atas nama KEBEBASAN BERAGAMA. Tetapi apabila diasak, Nurul Izzah 'cepat-cepat membetulkan keadaan semula' dengan menyatakan bahawa dalam Islam tiada paksaan.

Macam manalah jika anwar jadi PM kelak bukan setakat macam gambar diatas mungkin lebih teruk lagi kot...........Fikirkan....


Tuesday, January 29

JOM KEPAK : VIDEO KAVADI VERSI GANGNAM DI PENANG BUATKAN KAUM INDIA MARAH........?


Ribuan penganut agama hindu marah dengan klip video yang menunjukkan pembawa kavadi dan kumpulan kawan-kawannya menari Gaya Oppa Korea Selatan bintang pop psy Gangnam.

Memalukan 46 saat klip video yang dimuat naik di YouTube telah mendaftar hampir kepada 6,000 hits sejak ia telah dimuat naik pada hari Sabtu, dengan penonton marah menyatakan bantahan mereka.

Klip bertajuk, "2013 Pulau Pinang Thaipusam pergi Gaya Gangnam", dipercayai boleh diambil di Pulau Pinang. Ia menunjukkan pembawa kavadi dan empat belia India menari untuk lagu pop.

Terdapat juga seorang budak lelaki yang muncul di pertengahan jalan dalam klip meniru bergerak bintang pop Korea yang lagu baru-baru ini meninggal 1000000000 YouTube views.

Satu komen, petunjuk Kurang, berkata: "Ini adalah mengapa kaum-kaum lain sentiasa mengutuk kita. Apabila ia adalah mengenai doa, hanya berdoa. Adakah ini satu kemestian? Ia tidak masuk akal jika ia adalah sebuah lagu kebaktian. Mengapa Gangnam?

"Malangnya, kita menolak untuk menerima kebenaran apabila bangsa lain mengatakan ia dan mula menyalak pada mereka. Fikir orang. Kami mewujudkan peluang bagi mereka untuk menjalankan kita ke bawah. Berfikir. "

Satu lagi komen dari  Thinagaran Hari Raja berkata bahawa klip video itu benar-benar mencederakan. Beliau menambah bahawa budaya India dan agama adalah menjatuhkan maruah pada kadar yang sangat cepat.

Kebanyakan pengulas berpendapat bahawa terdapat kekurangan buruk pendidikan agama.

"Berapa ramai daripada kita tahu apa perayaan Thaipusam adalah tentang dan bagaimana untuk meraikan ia betul?" komen dari OM Tamil.

Malaysia Hindu Sangam (MHS) berkata bahawa ia tidak membiarkan sesiapa yang rendah perayaan agama.

Presidennya, RS Mohan Shan, berkata beliau tidak sedar tentang klip video itu tetapi walau bagaimanapun, menambah bahawa kejadian itu adalah benar-benar memalukan kepada masyarakat India.

"Generasi semasa tidak memahami intipati agama. Sesetengah datang ke Thaipusam festival hanya untuk suka-suka dan untuk membuat riang dalam cara yang tidak wajar, "katanya.

"Disebabkan kejahilan, budaya kita semakin merosot dan kita mesti membetulkan sebelum ia menjadi lebih teruk. Mari kita menonton video yang pertama, sebelum kita mempertimbangkan apa-apa tindakan, "tambah Mohan.


MKP Ayat Sempoi : Nasib baik tak letak gambar Guan Eng kat Atas tue.......Tokong Crocky Erogan...


SIAL AMK PENANG PUKUL ORANG TUA YANG TIDAK BERMAYA HINGGA KOMA..........?


Memang bacul anak haram PKR Penang nie, Mentang-mentanglah depa berkuasa takkan sampai macam nie punya haram jadah pukul orang tua yang tidak bermaya hingga masuk ICU dan Koma.Kalau anak jantan mai la bertarung dengan yang sama padan...Korang AMK bacul kalu nak sangat mai lawan dengan yang sama taraf dan sama usia...


Video nie melihatkan kebaculan AMK sembang macam gampang bila jumpa pemuda UMNO tahu pun  merendah diri...Woiiiii Pemuda UMNO takkan takut dengan korang.Tapi bila dah pukul orang tua yang berumuq dan tidak bermaya memang menampakkan korang jantan tak ada teloq der......


KEMANA HALUAN DAN HALA TUJU NASHA SELEPAS INI.......


Meneliti perkembangan terbaru Nasharudin Mat Isa – selepas dipecat keahlian dalam Majlis Syura Ulama PAS dan tidak disenaraikan bertanding dalam PRU 13, timbul persoalan : Ke mana haluan bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Adakah beliau akan terus kekal jadi beg tinju dalam PAS atau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut?

Mengenali Nasharudin yang sentiasa memegang prinsip, beliau tidak mungkin keluar parti dan perkara ini sudah ditegaskan ahli parlimen Bachok sebelum ini ketika desas desus beliau akan dipecat dari parti
ekoran kenyataan-kenyataannya yang tidak menyenangkan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR.

Nasharudin tidak mungkin meninggalkan parti dan tidak mungkin menyertai UMNO –itu ramalan yang selamat.

Namun siapa tahu kemungkinan beliau dipecat sebagai ahli PAS pula selepas ini.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diertikan bahawa beliau akan menyertai UMNO kerana pembabitannya tiada kaitan politik sebaliknya dalam konteks agama dan perpaduan.

Buat sementara, beliau pasti memilih kekal dalam PAS walaupun ada kemungkinan parti tidak akan memandangnya walaupun dengan sebelah mata.

Kekal dalam parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu bermakna beliau akan terus jadi modal kritikan pemimpin tertentu PAS yang dikenali geng Anwarinas kerana condong memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apatah lagi Nasharudin sudah menegas bahawa perjuangan mendaulatkan Islam akan diteruskan dan beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mengutamakan perkara itu.

BACA SETERUSNYA KLIK

Komen MKP : Nik Aziz sanggup mengadai Kalimah allah dengan bertemu Paderi Di Pulau Pinang,Tapi nasib Nasha tidak dipedulikannya.

VIDEO : KURANG AJAR PUNYA BANGSAT DAP NIE.....EJEK PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH MERSING BUANG BENDERA DAP/PAS


Korang cuba tengok macai-macai penjilat tegar DAP nie sanggup provoke Penguatkuasa yang menjalankan tugas membuang bendera DAP dan PAS yang telah dipasang oleh mereka.Bertepuk macam budak tadika tak dapat gula-gula..Kesian MKP tengok depa nie sanggup berjalan kaki sampai bendera terakhir.Tak payah ceritalah kata-kata kesat dan cacian yang mereka kata kat penguatkuasa tue.


Regim DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri memerangkap tokong kesayangan haprak pakatan sekarang ini amat terdesak.

Sokongan rakyat dan juga momentum kebangkitan menentang regim Dap amat mengejutkan.Apatah lagi sokongan kepada BN meningkat dikawasan yang dikategorikan kelabu dan hitam.

Paranoid regim sebelum ini bukan saja menurunkan bendera BN hinggakan Jalur Gemilang juga diturunkan.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekali lagi menurunkan bendera BN di Jalan Jelutong Ekspresway,Balik Pulau dan Jalan Perak.Ketakutan dan paranoid Guan Eng sudah boleh dikatakan keperingkat kritikal.

MKP Ayat Sempoi : Kat Penang DAP rampas bendera BN, Kat Johor Bendera DAP kena rampas kira adil la tue tapi BN tak pulak menangis macam macai DAP kat Johor...



GEMPAR : ORANG KUAT PKR BALIK PULAU BERPATAH ARANG DENGAN ANWAR..........


Semalam telah terjadi satu peristiwa yang bakal menghayat hati buat PKR Balik Pulau, Orang yang pernah kecewa dan kini telah insaf akan sifat bermuka-muka PKR terutama YB Balik Pulau dari PKR.

Pada 27/01/2013 Tempat Pejabat ADUN teluk Bahang Jam 09.00pm. YB Dato' Seri Dr Hilmi Hj Yahaya Ketua UMNO Bahgian Balik Pulau, YB Tuan Hj Muhamad Farid Hj Saad Naib Ketua UMNO Bahgian Balik Pulau, Puan Hj Raftah Hj Itam ahmad Timbalan Ketua Wanita UMNO Bahagian Balik Pulau serta rakan rakan meraikankan sahabat setia En Halim Hamid yang telah kembali kepangkuan UMNO.

Alhamdulillah dalam suasan hening dan sayu kami semua menerima Beliau untuk sertai semula UMNO setelah beliau keluar dari PKR. Insya allah kita amat yakin Perjuangan Beliau tidak berubah( serta yang masih dalam PKR akan turut bersama mengikuti jejak ) walaupun menyertai PKR untuk seketika.Insya allah kami semua doakan agar En Halim diberkati Allah SWT setelah kembali kepangkuan UMNO.

Kalau korang nak tengok gambar selanjutnya KLIK 

HURU-HARA PENANG SELAMA TOKONG CROCKY GUAN ENG MEMERINTAH......?


Guan Eng ibarat ‘melontar batu’ ke dalam sungai yang tenang. Lontaran itu membuatkan air berkocak dan mengejutkan ‘buaya’. Ada ‘buaya’ yang boleh terima lontaran batu itu dan ada pula yang berang kerana ‘diganggu’. 

Ada juga buaya yang tidak peduli itu semua. Ada juga yang terpedaya umpama kisah tipu muslihat sang kancil. Buaya yang ganas tiba-tiba menjadi ‘bodoh’ sehingga sanggup membiarkan badan dan kepalanya dipijak bagi memenuhi hasrat kancil untuk menyeberangi sungai. Itu hikayat sang kancil yang kecil memperdayakan buaya yang ganas.

Kembali menyelak isu kalimah Allah ini, tidak dinafikan perutusan Guan Eng sempena sambutan Krismas yang lalu mencetuskan pelbagai polemik. Dalam kalangan orang Islam, ada yang secara terbuka menyokong hasrat Guan Eng itu dan ada pula yang membantah secara terbuka atau senyap-senyap. Ada pula yang seperti berada ‘di atas pagar’. 

Cakap salah, tak cakap pun salah, macam dialog ketika Abang Ali (M.Zain) mahu ‘mengusir’ Kassim Selamat (P.Ramlee) daripada bawah kolong (rumah sewa) di Pulau Pinang dalam filem Ibu Mertuaku.

Lebih parah apabila dalam kalangan Pas pun ‘kecoh’ dengan kenyataan yang pelbagai, macam pasembor (rojak) atau ais kacang (air batu campur) dekat Padang Kota Lama, Pulau Pinang. 

Ada yang setuju, ada yang tidak. Ada pula yang sanggup membuat ‘pusingan u’. Begitulah hanya sekadar kalimah Allah, orang Islam diuji sejauh mana keupayaan mereka untuk berfikir dan menunjukkan kepada khalayak tahap kecerdikan mereka atau sebaliknya.

Sekadar selingan, anggota DAP juga dalam keadaan ‘huru-hara’ kerana keputusan ‘misteri’ dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berikutan kesilapan dalam proses pengiraan undi. Ramai yang mendesak supaya diadakan pemilihan semula. Jumlah undi yang dikira hanya sekitar 1,823 undi dan melibatkan 63 calon. 

Jumlah itu lebih kecil berbanding 46,192 undi yang dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Bagan pada PRU lalu. Di seluruh negara SPR mengira lebih 500,000 kertas undi.Jumlah calon pula, di Pulau Pinang 82 di kawasan DUN dan 27 bagi Parlimen.

Bayangkan jika kesilapan itu dilakukan oleh SPR. Bukan setakat DAP yang akan ‘melompat’ malahan banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bangun ‘membelasah’ SPR, mencabar kredibiliti SPR, mencabar kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan badan itu. Mungkin ada desakan supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.

Kembali kepada topik huru-hara, sejak Guan Eng berada di Komtar (pusat pentadbiran kerajaan negeri), pelbagai peristiwa dapat disaksikan. Situasi ini juga boleh dianggap huru-hara. Di situlah, sebuah parti yang mendakwa sebagai demokratik menghalang beberapa media termasuk Utusan Malaysia daripada membuat liputan. Inilah erti kebebasan media ala DAP. 

Dulu ketika Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon menjadi ketua menteri, tidak kedengaran sebarang usaha untuk menyekat kebebasan media. Begitu juga hari ini jangan sesiapa di Pulau Pinang atau di luar negeri itu pandai-pandai menggunakan nama Pulau Pinang (Penang) dalam apa juga penganjuran acara. 

Kena minta izin kerajaan negeri umpama memohon permit daripada polis atau pihak berkuasa tempatan untuk menganjurkan perhimpunan atau menampal poster. Hebatnya Penang.

Jika diselak lagi dalam tempoh empat tahun lalu, Pulau Pinang mungkin menjadi negeri yang paling banyak mengadakan demonstrasi jalanan atau perarakan bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri khususnya Guan Eng. 

Suasana seumpama ini hampir tidak dapat dilihat semasa era Chong Eu dan Tsu Koon. Jika ada pun hanya perarakan sempena menyambut kemerdekaan, Maulidur Rasul, Cingay, kereta berhias, Hari Wesak dan Thaipusam.

Menarik juga semasa era Guan Eng ini, banyak ‘hadiah pelik’ yang cuba memasuki Komtar untuk dihadiahkan kepada Guan Eng. Paling banyak tentulah kek. Pelbagai jenis diterima. Ada kek bersalut krim putih di luar manakala di dalamnya berwarna hitam (simbolik pentadbiran kerajaan DAP indah khabar dari rupa); kek replika najis manusia yang diperbuat daripada polisterin dan disalut krim coklat (simbolik pentadbiran yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luar, nampak lazat tetapi tidak boleh dimakan). 

Guan Eng juga dihadiahkan seluar dalam wanita dan coli bercorak harimau (simbolik seorang peniaga yang mendakwa kerajaan negeri tidak adil, tidak telus kepada rakyat kerana tidak memulangkan semula tapak niaga di Komtar). Begitu juga dengan replika bengkel, tandas, jentolak dan kunci.

Sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan DAP pula, ada pihak yang menghadiahkan keranda kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik. Komtar juga digemparkan dengan penemuan beg galas berwarna merah, biru dan hitam. 

Beg itu ditemui di tingkat 3 Komtar. Beg berwarna biru yang dilabel LGE mengandungi seekor biawak, beg hitam dilabel NWA ditemui seekor anak babi dan merah yang dilabel MK ditemui seekor itik hitam. Penutup kepada tahun 2012, dua batu nisan dibawa naik ke Komtar, juga tanda protes terhadap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng. Begitulah hadiah-hadiah istimewa yang menggambarkan ‘huru-hara’ yang berlaku. Entah apa pula hadiah yang akan menyusul selepas ini.

Monday, January 28

APA NIE MAIN DEDAH SEPARUH BOGEL PULAK..........?


Artis K-Pop ini telah menjadi viral dilaman media sosial sekarang ini.Bukan apa tapi kerana gambarnya yang agak seksi dan menarik perhatian lelaki hidung belang.Klu orang lain MKP tak kisah sangat tapi yang paling dirisaukan adalah ketua setor kunyit kat Malaysia nie Der......Siapa lagi kalau tak Anwar Pak Berahim....

Muka artis nie seakan-akan dengan china doll yang pernah disentot olehnya dulu.Korang boleh tengok gambaq dibawah nie 


KUALA LUMPUR: Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.
Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.
"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.
"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya. - BERNAMA
  • Print this story





WIRA BADMINTON PULAU PINANG MENINGGAL DUNIA.......?


Warga Pulau Mutiara kini telah kehilangan seorang permata yang pernah menjulang nama Pulau Pinang dimata dunia.Bagi peminat sukan Badminton seperti MKP amat terasa dengan kehilangan ini.

Bekas jaguh badminton negara Datuk Eddy Choong, juara kategori perseorangan empat kali pada kejohanan All England meninggal dunia pada Isnin.
Beliau berusia 82 tahun.
Seorang ahli keluarganya berkata, Choong meninggal dunia pada pukul 3 petang di Hospital Loy Guan Lye di sini selepas dimasukkan ke wad hampir seminggu.
Beliau menjuarai All England pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.
Beliau juga merupakan finalis pada 1952 dan 1957 serta menjuarai kategori beregu bersama abangnya David dari 1951 hingga 1953.
Choong juga merupakan pemain pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1955 yang memenangi trofi kejuaraan dunia.





SAH GUAN ENG JADI "TOKONG" THAIPUSAM DI PENANG...........?




Dahsyat beb memang poyo gila Ketua Menteri paling gila glamour kt Penang nie.Sambutan Thaipusam kt Penang nie dicemari taktik gampang DAP untuk meraih politik murahan menarik undi dari kaum India.

Satu Billboard sebesar gedabak telah didirikan oleh proksi DAP.ianya boleh dilihat dari jarak sejauh 1km di jalan masuk ke Waterfall tempat berlangsungnya upacara sambutan Thaipusam.Untuk pengetahuan pembaca Waterfall di Kebun Bunga ini adalah tempat tumpuan penganut agama Hindu selain dari Batu Caves.Lebih kurang 60ribu berkumpul disini rata-ratanya datang dari pelusuk negara terutama dikawasan utara tanahair.

Eloklah gelaran yang telah diberikan oleh Mansor tempohari memang dah jadi tokong pun.tapi tokong nie Erogan dan Crocky der.........



Korang cuba perhatikan billboard diatas ini serta billboard Guan Eng dakah benda yang sama? Gambar Guan Eng dah sama dengan Tuhan Murugan yang dipuja pada perayaan Thaipusam nie. MKP bertanyakan pada yang hadir mereka menyatakan ketidakpuasan hati kerana Guan Eng telah diberi perghormatan dan sama taraf dengan tuhan mereka.

DAP dan PKR telah menyediakan "thanner panthal" tempat memberikan minuman serta makanan pada pengujung dengan memakai pakaian berlogokan Parti PKR dan DAP.Bukan itu sahaj malah ada yang meminta derma dari pengunjung....MKP rasa depa nie belajaq dari PAS kutip derma dari orang ramai sedangkan pemimpin mereka dah kaya-raya.....

MKP Ayat Sempoi : DAP,PKR dan PAS mengunakan Agama untuk berkempen.......

VIDEO : FATWA POK NIK SAMBUT MAULIDUR RASUL TIRU KRISTIAN......


Nik Aziz mendakwa bahawa upacara Maulidur Rasul yang diadakan meniru budaya orang Kristian.

Kemudian,kita lihat diluar sana Nik Aziz bersama khawarij tiba tiba bertukar menjadi superhero Islam yang sebelum ini mereka lacurkan.Banyak kali kita dipertontonkan bagaimana kalangan khawarij tarik handbrake apabila Karpal,Kit Siang atau Guan Eng berdehem.

Aksi yang dilakonkan oleh khawarij Pas tak ubah seperti syiah yang mengamalkan takiyah dalam masa yang sama mereka begitu taat kepada Dap atas nama tahaluf siyasi.


Tapi yang peliknya Pok Nik datang ke Pulau Pinang dijemput oleh ADUN Seri Delima Rayer. Sambutan harijadinya dibuat dirumah Kalpal Singh.Apakah Pok Nik nie menjual Islam demi politik murahanya...

Batu asas pembinaan menara Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh Pok Nik Aziz telah dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.Salah siapa UMNO jugak ke?Takkan benda macam tue nak dipecahkan oleh pihak UMNO korang tak ade bukti nak dikaitkan dengan UMNO so jangan tuduh menuduh...Laporkan aje pada pihak Polis dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.Kalau ada pihak UMNO terlibat dakwa aje!!!! MKP menyokong penuh...tindakan korang...Tapi mustahil UMNO terlibat...



MAHFUZ OMAR GELAR @NajibRazak PONDAN SIAM..........?


Inilah sikap pemimpin PAS Kedah yang suka memberikan gelaran pada Pemimpin UMNO. Kebelakangan ini, wujud usaha yang berterusan di kalangan pimpinan Parti PAS untuk menyerang pimpinan dan bekas pemimpin UMNO dengan pelbagai konotasi dan label negatif.

Sebagai rakyat biasa, kita faham sangat, bahawa semua ini mempunyai tujuan dan niat politik yang sangat sarat.

Mahu tidak mahu, menyerang dan memberikan label kepada pemimpin UMNO adalah strategi yang selama ini mendatangkan keuntungan politik kepada PAS. Tidak menyerang UMNO, juga membawa makna bahawa PAS akan mempunyai ruang yang semakin sempit dalam politik perdana Malaysia.

Kita harus menilai kelahiran dan kedewasaan politik PAS dengan sistem nilaian yang jujur. PAS tidak perlu menunggu lama untuk menampilan ‘isme’ politik yang mereka mahukan. Apakah mereka peduli dengan soal negara bangsa; atau mereka hanya mahu melonjak diri dan parti ke puncak kuasa?

Bayangkan, dengan umur politik setakat dua tahun, PAS sudah komited untuk membawa ‘semangat politik perkauman sempit’ dengan menyuntik isu panas yang menduga rasional politik rakyat. Tempoh ini adalah satu tempoh yang sangat muda. 

Namun, PAS pastinya tahu, dalam ketidaktentuan politik, dalam suasana kacau-bilau, mereka mampu menampilkan diri dengan budaya politik yang merosakkan minda rakyat. Ini hakikat yang tidak akan mampu dinafikan oleh PAS.

Mazfus nie sepatut lebih memberikan perhatian pada Rakyat Kedah dan Kawasan Parlimen Pokok Sena.Apa yang berlaku di Kedah tidak diperdulikan malah lebih gemar memburukkan Pemimpin UMNO...Korang tengok video nie apakah rintihan orang kat Baling nie kena tipu....


Kesian Pakcik nie tipu...Bukan sikit der puluhan ribu sampai tanah sawah tergadai.Kalaulah Pakcik nie bapak korang apakah perasaan korang...Mesti marah dan geram punyalah....Siapa nak bela diorang nie???Harapkan PAS Pemimpin PAS yang tipu sesama Islam....


Tapi ini adalah video Penjelasan Tun Ammar Aziz.Penasihat Undang-Undang Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tapi sejak bila UMB dah ada Penasihat undang-undang?MKP pun teliti buku memoribila tak pernah ade pun didalam senarai?Blogger Marhean der MKP nie.....Apa nak wat terima ajelah nama pun perjuangan,,,Berjuang ajelah!!!!! buang persepsi kurang elok dan matlamat MKP hanya satu pastikan BN merampas kembali Pulau Mutiara..... 



rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive