exponegaraku

Saturday, August 31

@cmlimguaneng LUDAH KELANGIT JATUH KEMUKA SENDIRI...


Lim Guan Eng sekali lagi menyalahkan Kerajaan Pusat kehambaran sambutan hari Kemerdekaan di Pulau Pinang. Apa punya bangsat Ketua Menteri muka tampal kulit babi cakap pakai lutut nie.Pulau Pinang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat bermajoriti sebangsa dengannya untuk mentadbir dengan baik, tapi kepercayaan serta tanggungjawab itu dikhianati oleh CM Itu sendiri.

Ini adalah propaganda serta taktik cucuk jarum halus bagi menutup kemaluannya. MKP lihat ini telah menjadi SOP baginya. Senang bukan kerja CM Lim Guan Eng nie. tak payah mengaku kelemahan sendiri hanya salahkan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Pemerintah..

Bab rasis nie MKP pecaya ramai dah tahu, CM Lim Guan Eng dah termalu dan termakan umpan dengan menyekat tayangan Tanda Putera. Ternyata ianya mendapat lipiutan serta kemarahan rakyat dengan sikap rasis yang ditunjukkkan oleh Guan Eng.Siapa yang memulakan sentimen perkauman. Semestinya datangnya dari mulut neraka Guan Eng sendiri. Umpama ludah kelangit jatuh ke muka sendiri.Nak cover malu bangkitkan isu perkauman serta salahkan orang lain....Memang Guan Eng nie muka tarak malu.... Berikut adalah kenyataan dari Apek nie.. korang baca dan nilai sendiri....

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi gambaran yang suram mengenai Malaysia, dengan berkata bahawa negara masih dibelenggu oleh "jurang pelampau dan perkauman" ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan hari ini.

Katanya, Malaysia terus dilanda oleh jurang pelampau dan perkauman serta dibayangi, malah membiarkan berlakunya kronisme, penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah.

Dalam ucapan hari Merdeka hari ini Lim menggesa kerajaan persekutuan supaya berpegang teguh kepada sistem institusi berasaskan akauntabiliti, telus dan terbuka bagi memastikan mereka bersih, rajin dan cekap dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas yang membabitkan amanah rakyat.

KITA TENGOK SAPA YANG KENA.......?


Ini akibatnya bila selalu sangat dok perli orang, Sampai erti Merdeka pun dipermainkan. Kalau dulu boleh korang buat gila tapi kini kami pun kreatif jugak. Bagi MKP ini adil buat mamat sengal nie. Anwar Ibrahim pulak masih lagi gagal...

Mengapa PKR secara rasminya mahu meletakkan Setiausaha Agungnya, Datuk saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor dikatakan sudah bermula. 
 
Seperti yang dapat diperhatikan memang menjadi bunga silat politik Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau tidak akan menolak dan menyanggah arahan sesiapa sahaja yang menjadi ketuanya, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Bagaimanapun ini tidak bererti beliau akan laksanakan semua butir arahan tanpa menunjukkan protesnya secara senyap. Dalam kes ini beberapa pemimpin parti PKR Selangor mahu perubahan dilakukan dalam struktur organisasi pejabat Menteri Besar.
 
Asas tuntutan mereka pendamping Khalid adalah terdiri daripada wanita-wanita yang bukan sahaja tiada 'locus standi' atau hak dalam PKR malah bertindak bersilang dengan aspirasi parti. Pusar ketidakpuasan hati mereka ialah Setiausaha Politik, Faekah Husin. 
 
Lantas secara rasminya pada Kongres PKR Mei lalu, Anwar dengan yakin melepaskan ayam tambatannya, Saifuddin Nasution, untuk menjadi pegawai perhubungan politik Khalid dan parti. Khalid tidak sedikitpun membantah. 
 
Khalid protes dalam senyap 
 
Apa yang berlaku selepas itu ialah sepi. Seperti lazimnya, jika ia tidak berapa selesa dengan arahan parti, Khalid akan melengah-lengahkan pelaksanaannya. Namun apabila melihat Anwar dan PKR cukup tegas kali ini, hanya pada 22 Julai lalu Saifuddin dipanggil ke pejabat Menteri Besar untuk dinobatkan sebagai Ketua Staf pejabat Khalid.
 
Seperti lazimnya juga, Khalid tidak memperinci bidang kuasa Saifuddin. Soal adakah sempadan kuasa Saifuddin melangkaui pengaruh Faekah dipendamkan dahulu. Kesannya dapat dilihat apabila Saifuddin tidak masuk pejabat sejak pengumuman 22 Julai. 
 
Apabila media melaporkan hakikat berkenaan, sumber pejabat Menteri Besar sama ada secara sengaja atau tidak membisikkan bahawa Faekah akan meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik minggu depan kerana beliau akan diberi jawatan lebih besar sebagai Pengurus Besar Pemerbadanan Menteri Besar atau MBI.
 
Langkah Khalid ini agak menggetarkan barisan kepimpinan PKR. Mengeluarkan Faekah daripada pejabat Menteri Besar rupanya tidak bererti hasrat PKR tercapai. Faekah akan mengurus sejumlah dana yang amat besar dan dengan restu Khalid boleh mengagihkannya untuk mana-mana projek yang ditanda di bawah program Selangorku.
 
Sebelum ini RM300 juta dikatakan dikumpulkan daripada laba anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk menjana pelbagai projek pembangunan sosial rakyat Selangor. Secara mutlak segala perbelanjaan yang dikeluarkan daripada dana berkenaan adalah hak menteri besar. Tiada prosedur audit diperlukan. 
 
Kuasa Faekah makin besar, selia dana berjuta-juta
 
Kini Faekah adalah Pengurus Besar MBI. Ini juga memberi gambaran beliau juga akan boleh campurtangan (jika tidak diberikan mandat sepenuhnya sekalipun) mengurus soal pengagihan dana. 
 
Asas ketidakselesaan PKR terhadap Faekah ialah banyak program yang merakyat anjuran parti tidak mendapat sokongan kerajaan negeri di segi kewangannya. Ini kerana penyaringan bantuan dikatakan dilakukan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar. 
 
Kali ini PKR dan Anwar tidak boleh merungut bahawa Khalid tidak memberi kuasa penuh kepada wakil mereka, Saifuddin Nasution untuk mengurus hubungan politik pejabat Menteri Besar dengan parti. Faekah tiada lagi dan Saifuddin berkuasa penuh. 
 
Kegunaan Saifuddin nampaknya ialah memastikan pejabat Menteri Besar berjalan lebih baik. Itu sahaja. Segala keperluan kewangan untuk kerja-kerja sosial dan politik yang memerlukan sokongan kewangan harus datang daripada dana Selangorku. Di situ ada Faekah. 
 
Agak menarik diperhatikan betapa cekap Khalid dalam soal pengurusan dan mengimbangi kuasa dan pengaruh mereka yang bekerja dengannya. Yang lebih diperlukan Khalid ialah Faekah kerana beliau boleh mengurangkan rimas yang dialaminya apabila berurusan dengan parti. 
 
Melalui formula ini, ketegasan Anwar dan PKR mahu Faekah dikeluarkan dari pejabat politik Khalid sudah berlaku. Bagaimanapun Khalid kini meletakkan Faekah di pejabat kewangannya bernama MBI. Sayugia diingat bahawa sumbangan tabung MBI ini terlalu banyak dan pelbagai. Antaranya ialah menaja pasukan bolasepak Selangor. 
 
Anwar longgar dari segi pengurusan
 
Sebagai ketua politik Anwar memang digeruni oleh kawan dan lawan. Di segi pidato Anwar memang tersohor dan kelebihan ini selalu dijadikan modal untuk mempersenda saingannya seperti presiden Umno Datuk Seri Najib  Razak dengan beberapa kali mencabarnya untuk berdebat. 
 
Bagaimanapun apabila memasuki soal pengurusan dan menggerakkan jentera parti dan kerajaan, Khalid ternyata lebih cekap dan cekal daripadanya. Umumnya, inilah yang sering berlaku kepada Anwar.
 
Malangnya, ego sebagai seorang pemimpin besar sering menenggelamkan pertimbangan Anwar untuk benar-benar fokus kepada isu pengurusan yang memang amat memerlukan pertimbangan teliti dan terperinci. Ini kerana keberkesanan pengurusan akan melontarkan persepsi yang lebih meyakinkan kepada rakyat.
 
Anwar perlu lebih sabar, fokus dan berhati-hati apabila membuat keputusan pengurusan jika tidak secara tidak sengaja beliau akan meminggirkan pengurus-pengurus yang baik dan berkaliber di sisinya. 
 
Akhirnya Anwar cuma akan dikelilingi oleh pengampu-pengampu politik yang akan memotivasikannya untuk bersikap lebih rakus dalam politik atas nama ketegasan seorang pemimpin. 

VIDEO : MAMAT NIE DIPUKUL HINGGA PECAH KEPALA...... @PDRMsia


Apa nak jadi dengan dunia sekarang!!!! Macam-macam yang berlaku... Ini adalah contoh terbaik buat mereka yang cuba untuk menjadi peragut...MKP tak kira kau tue melayu atau apa bangsa pun jika dah sampai macam nie pun bangsat baik pergi mampus saja.

Banyak lagi kerja yang halal serta sah dari segi undang-undang boleh buat tapi kenapalah lorong gelap nie jugak yang hang pilih..... Akai letak kat lutut...

Kejadian ini berlaku pada 29 0gos lalu dan ianya telah dimuat naik di Facebook. Lokasi kejadian adalah Sri Gombak, Kuala Lumpur.


Malam ini adalah sambutan Hari Kemerdekaan pada yang keluar rumah diwaktu begini berhati-hati. Sesungguhnya malang tidak berbau. Bukan MKP nak minta korang ditimpa malang akan tetapi sebagai sahabat korang berhati-hati. Langkah pengecahan awal adalah lebih baik sebelum pekara buruk terjadi...




Friday, August 30

3 Sekeluarga Ditemui Mati Dibunuh Di Dengkil......


Tiga sekeluarga ditemui mati disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Selangor, siang tadi.

Salah seorang mangsa adalah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Kejadian disedari salah seorang ahli keluarga mangsa yang baru pulang dari tempat kerja kira-kira jam 2.30 petang.

Dia bagaimanapun terkejut apabila menemui tiga mangsa yang berlumuran darah.

Perkara itu dimaklumkan kepada jirannya dan polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku antara jam 11 pagi hingga dua petang.

Pasukan forensik menemui mayat seorang wanita warga emas berusia 64 tahun di ruang tamu rumah.

Mayat seorang lelaki dipercayai cucu wanita itu yang berusia 21 tahun ditemui mati di bahagian dapur.

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan hentakan di kepala dan tikaman di badan mangsa.

Manakala mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui mati di dalam bilik tidur dengan kesan kelar di leher.

Jelas Superintendan Imran lagi, tiada kesan pergelutan dan geledah ditemui.

Tiada senjata ditemui di tempat kejadian.

Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.


@shaberyc PULAK JADI HERO #TANDAPUTERA






Antara pemimpin yang lantang bersuara demi memastikan Filem Tanda Putera bakal tayangkan di Pulau Pinang esok. MKP ucapkan tahniah pada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana tegas didalam isu ini.


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah diminta memastikan filem itu ditayangkan di panggung wayang di negeri itu seperti dirancang.

Mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang menukar surat "arahan" kepada "nasihat" kepada panggung wayang supaya tidak menayangkannya, Shabery berkata, ia mungkin berlaku disebabkan tuntutan dan kemarahan orang ramai. 

Katanya, pihak yang mendapati filem itu mempunyai babak fitnah dan mengganggu keharmonian kaum boleh membuat laporan kepada polis dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

MKP Ayat Sempoi : MKP bertemu dengan Ahmad Shabery Cheek kali terakhir di lapangan terbang Kota Bahru semasa Kempen PRK Kuala Besut.... Bila agaknya bakal bertemu lagi dengan pemimpin yang mesra rakyat macam beliau.....?


Thursday, August 29

SURAT ARAHAN HARAMKAN TAYANG #TANDAPUTERA ADALAH PALSU........ @CmLimGuanEng


Mungkin desakkan padanya terlalu kuat memaksa Guan Eng tarik Hand-Break. Arahan terkini dari Guan Eng ianya adalah nasihat bukan nak mengharamkan tayangan TANDA PUTERA di pawagam yang ada di Pulau Pinang. 

Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan.

Ehhhh Guan Eng kelmarin hang sembang macam lain macamlah Tanda Putera dah menghasut orang melayu membenci DAP sesangat akan tetapi berlebih pada untuk menutup kemaluan bapaknya LIM KIT SIANG... 

Jika seperti didakwa Lim Kit Siang tidak bersalah kenapa perlu takut dan risau.

Sinopsis TANDA PUTERA adalah lebih kepada persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. 

Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.

Adakah Guan Eng takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Penjelasan mudah yang boleh diterima akal adalah jika sesuatu isu itu tidak kena mengena atau benar kenapa hendak ditakutkan. 

MKP pecaya Sejarah tidak pernah menipu cuma DAP sahaja memutar-belitkan fakta supaya nampak mereka ini tidak bersalah...." Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah".

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. “Tanda Putera” telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). 
Pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan ini boleh dilihat sebagai suatu pengesahan rasmi filem tersebut, termasuk babak-babak di mana pengarah sendiri telah mengakui adalah tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan “lesen kreatif”. Lesen kreatif ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik. Ini menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bimbang bahawa pemomokan minoriti dalam filem ini akan membawa kepada pencabulan hak mereka dan juga mana-mana rakyat Malaysia yang menyokong hak asasi manusia untuk semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya mampu memberi nasihat ini sebagai kompas moral dan tanda bantahan terhadap filem yang menggalakkan provokasi sentimen perkauman dan kebencian kaum.
Selepas gagal dan kantoi menghalang Filem Tanda Putera Guan Eng buat fitnah lagi dengan mengatakan ianya duit rakyat yang digunakan untuk filem Tanda Putera... Bagi Guan Eng apa saja dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan adalah salah dimatanya...

ARTIKEL SEBELUM INI SERTA SURAT DARI MPPP KLIK


BUKAN @cmlimGuanEng KELUARKAN ARAHAN TAPI MELAYU JUGAK #TANDAPUTERA


MKP agak terkilan apabila yang mengeluarkan arahan dari Majlis Pembandaran Pulau Pinang adalah Melayu itu sendiri. Mungkin kerana tekanan dari pihak atasan serta Kerajaan memerintah dari DAP beliau terpaksa berbuat sedemikian. Namun begitu Rakyat Pulau Pinang masih lagi boleh menonton filem ini dinegeri Kedah atau pun Perak..

Kenapa hanya di Pulau Pinang diharamkan tapi tidak di Selangor dan Kelantan. Kedua-dua negeri berkenaan jugak ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya yang terdesak dengan Filem ini hanyalah DAP akan tetapi tidak pada PAS dan PKR. 

Namun pada hari ini seorang EXCO Pemuda UMNO telah bersuara dengan lantang menyeru supaya Orang Melayu menonton Filem Tanda Putera ini..

KENYATAAN MEDIA LOKMAN NOOR BIN ADAM EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA  
Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan disemua pawagam negara ini.  
Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya. 
Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya.  
Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata.  
Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu. 
Filem Tanda Putra boleh saya kategorikan sebagai filem yang "WAJIB" ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini.  
Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini. 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Wednesday, August 28

VIDEO : KEPALA BAPAK HANG.......... @cmlimguaneng...


Kerana sikap dendam yang amat mendalam pada Tanda Putera, Aksi Kencing yang memalukan tidak dibenarkan ditayangkan di Pulau Pinang.

Pekerja panggung wayang telah menurunkan streammer filem Tanda Putera yg telah diharamkan tayangannya oleh Lim Guan Eng.

Lihatlah baru memerintah negeri dah pijak Melayu, apa akan jadi jika perintah Malaysia. Dulu kita berperang dengan komunis di hutan, tapi kini komunis dah berkuasa...apa yang mampu kita buat?

Masihkah Melayu nak berdiam diri dan tidak bertindak apa2? Apakah Melayu sudah benar2 MERDEKA di Tanah Melayu ini?

Apa dah jadi dengan Guan Eng nie.. Kata nak kebebasan didalam semua segi tapi mula dah menunjukkan sikap diktatornya. Guan Eng takut kerana filem tanda putera menyingkap sejarah serta rahsia DAP bakal terbongkar. DAP mungkin pencetus 13 May...



ISLAM DIHINA OLEH CINADAP.......MINUM CHAMPAGE


Ini yang terjadi apabila terlalu sangat diberi muka hingga puak harami sanggup mencabar agama Islam. Apa dah jadi nie??? Banner ini MKP terjumpa dia jalan penang di Georgetown...Pusat Hiburan black and white ini mungkin kepunyaan cina dap.Almaklumlah yang menjadi ketua mereka sekarang adalah Adun tong gas.Sebelum ini adun tomg gas ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kaum india muslim peniaga nasi kandar boleh balik india..


Ini adalah contoh yang terbaik dari DAP.Kalau setakat kain rentang menghina islam tue tak ada hal...mungkin pada pendapat cina dap nie kat PulauPinang dah tak ada melayu kot????

MKP musykil lagi dengan MPPP??? Adakah pemberian lesen oleh MPPP diluluskan begitu sahaja tanpa pemeriksaan. Adakah YDP MPPP yang baru sahaja dikurniakan Pingat Datuk oleh Gabenor Pulau Pinang masih lena dengan title baru itu. 

YDP Pathiyah nie adalah perempuan berugama Islam takkan tak faham penghinaan ini. Jangan kerana pangkat serta apa saja yang diberi hingga sanggup Islam itu sendiri tergadai... 



Tuesday, August 27

GENG ADAM ADLI MAKAN MEE BABI DIKEDAI CINA..........


Haram jadah punya Melayu patut pun perangai depa macam BABI, Makan kedarah binatang haram tue rupanya.... Tapi benda macam nie yang membolehkan depa nie guling-guling kat depan Parlimen. Kalau setakat lubang kunyit Anwar minta apa ada hal der....... Patut Anwar pun telioq dengan depa nie.....

Mungkin bagi mereka ianya adalah perkara biasa tetapi bagi kita ianya amat menjijikkan malah menyimpang dari pegangan agama Islam itu sendiri.Apakah anak-anak muda yang celupar ini masih Islam atau hanya mengaku Islam ?

Gambar di atas merupakan salah satu daripada gambar yang di muatnaik oleh seorang pemegang akaun facebook bernama Komrad Haizal.Melihat kepada komen yang dinyatakan jelas mereka sedang mempermain-mainkan agama Islam itu sendiri.


GUAN ENG KANTOI!!! Pengisytiharan Harta ADUN PUN HILANG........????



Slogan CAT sekali lagi dicabul oleh DAP sendiri!!! Apa tidaknya dulu beria-iya sangat nak dedah bahawa DAP serta sekutunya tak makan rasuah dan telus dengan mengisytiharan harta setelah memegang jawatan ADUN dipilih oleh rakyat...

Namun depa nie cakap tak serupa bikin der.......Seumpama ayam jantan berteloq riuh sekampung tapi teloq itu kepunyaan ayam betina.. MKP pun heran macam mana pentadbir laman FB serta web ini boleh terlepas pandang........ 

MKP nak kantoikan apa yang DAP atau budak suruhan yang berada di tingkat 25 Komtar. Depa nie dah buatkan Guan Eng jadi marah pastinya!!!! Laman FB yang menyebarkan  Pengisytiharan Harta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Bagi Tempoh Sehingga 5 Mei 2013 dan Pengisytiharan Harta Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2011 KLIK

Kalau ada pun jawapan bodoh yang bakal dijawab oleh pihak berkenaan itu adalah isu lama, Namun hakikatnya yang pasti posting FB berkenaan telah di sebarkan pada 5hb Ogos 2013... Masih baru lagi belum masuk tahap bangkai lagi....



Sebaik sahaja klik pada pautan di Laman Web Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini pulak yang keluar.... Apa dah jadi takkan nak menipu lagi....... 

Opsss takkan Kerajaan Negeri DAP nie nak menipu...Pastinya tidak menipu pantang kalau Guan Eng dengaq DAP menipu....Tapi memutar-belitkan fakta aje.......


MKP ayat sempoi : Kalau susah bagi MKP aje jaga laman WEB nie..........



Monday, August 26

GAMBAR OPERASI #OPSCANTAS KHAS @PDRMsia @Zahid_Hamidi


MKP agak terkejut apabila melihat gambar yang telah diberikan sebentar tadi. Tapi inilah pakaian yang di pakai oleh Skuad Khas Ops Cantas yang telah dijalankan di Pulau Pinang sepanjang hujung minggu lalu. Boleh dibanggakan kerana apabila tertubuhnya Skuad Khas ini telah membuatkan ramai penyamun serta penyangak agak kecut perut. 

Depa nie kena ajaq macam nie baru ada akai sikit, Almaklum perangai depa nie macam burung gagak dah la hitam perangai pulak macam setan. Bagi MKP nyawa setiap anggota yang bertugas adalah berharga kerana mereka senantiasa berdepan dengan risiko. Walaupun begitu ramai ahli politik pembangkang macam kurang cerdik dan hanya menyalahkan pihak Polis.


Terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan membongkarkan nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

JASA @mohd_ali_rustam PADA MELAKA DISANJUNG OLEH @NajibRazak


MKP agak terharu dan sedih apabila Datuk Mohd Ali Rustam tewas pada PRU-13 yang lalu. Adakah pengorbanan beliau menghambakan diri pada rakyat Melaka tidak dihargai oleh Rakyat Parlimen Bukit Katil? Mohd Ali telah bekerja keras untuk membangunkan Melaka.

Beliau meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia.

Spekulasi bertiup kencang bahawa bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

Mengikut desas-desus dunia politik, Mohd Ali berkata beliau dilantik mengemudi Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau berkemungkinan dilantik sebagai Menteri atau penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri.

Namun Mohd Ali enggan mengesahkan mengenai pelantikan tersebut.

Menurut seorang pemimpin Umno Melaka, Mohd Ali, yang tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu menerima surat yang memaklumkannya mengenai pelantikan sebagai senator.

Beliau berkata sekiranya Mohd Ali dilantik sebagai menteri, ia merupakan buat julung kalinya selepas 20 tahun seorang ahli politik dari Melaka di lantik dalam barisan Kabinet.

Selepas Allahyarham Tun Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, pemimpin Umno itu berkata tiada mana-mana pemimpin dari Melaka dalam senarai barisan Kabinet.

Bagi MKP ini adalah langkah yang bijak dibuat oleh Pentadbiran DS Najib Razak mengangkat seseorang yang telah banyak berjasa menjadi Senator. Jangan dipersiakan pemimpin UMNO yang boleh berkerja......



Sunday, August 25

VIDEO : NAMEWEE KENCING PADA PASANGAN MELAYU.................? @shaberyc


Memang haram haram jadah budak cinabeng belaan Nazri Aziz nie. Sampai macam nie hang pedajal melayu. Apa lagi namewee mahu??? Adakah ini sikap yang dibanggakan oleh pencacai serta pengikutnya...

Namawee buat hal lagi. Mereka mendakwa Namawee sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila menyelitkan adegan orang Cina (lakonan Namawee) kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal.

Semasa adegan ini, seluruh panggung bergegar dengan gelak ketawa. Katanya, memanglah adegan lawak tapi pedihnya sampai ulu hati. Apa lagi majoriti penonton itu bukan Melayu.

Ada orang mempersoalkan kenapa Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak memotong adegan itu? Kata mereka adegan itu dianggap menghina orang Melayu dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.

MKP belum menonton filem Kara King arahan Namawee ini. Tapi kalau bagi free pun memang takkan nak pi tengok filem bangsat macam nie. Tapi kalau benar ada adegan seperti yang didakwa, MKP tidak menyalahkan LPF. Malah berterima kasih kepada LPF kerana mendedahkan satu lagi sikap buruk budak Cina bernama Namawee ini.

MKP berfikiran positif apabila LPF melepaskan adegan itu. Sekiranya LPF memotong adegan itu, sudah tentu sesetengah pihak tidak tahu perangai sebenar Namawee yang selalu membuat provokasi terhadap orang Melayu. Malah kalau LPF memotong adegan kencing ini, kita pun suka menonton Kara King padahal pengarahnya mahu menghina orang Melayu. Mahukah kita menipu hakikat itu?

Yang patut disalahkan adalah pengarah filem ini kerana menyelitkan adegan yang membawa maksud menghina terhadap orang Melayu. Kita tidak mahu kerja LPF hanya “membersihkan" filem yang kotor supaya hanya kelihatan “bersih".

Sampai bila kita mahu menipu diri sendiri kononnya tidak ada penghinaan terhadap orang Melayu oleh sesetengah pengarah bukan Melayu? Sudah sampai masanya kita terima hakikat dan berfikir bagaimana untuk mengatasinya.

Memanglah kerja mudah menyalahkan LPF. Dan LPF pula tak ada kuasa untuk mempertahankan diri terhadap gelagat buruk sesetengah pengarah filem. Tapi menyalahkan LPF hanya tolong “menyapu bawah karpet" sentimen yang menjadi barah dalam perpaduan antara kaum di negara ini.

Siti harap penonton Melayu menonton dan nilaikan sendiri kalau benar wujud adegan yang didakwa itu. Tapi jangan kecewa kalau selepas ini Namawee terus kebal daripada tindakan undang-undang.

Bayangkan, apa yang tidak dicerca Namawee dalam Youtube terhadap kerajaan dan orang Melayu. Siap meludah lagi bila mempertahankan filem Cina, The New Village yang sekarang digantung sementara dari tayangan.




Saturday, August 24

VIDEO TRAGIS : KESIAN DIBELASAH 20 LELAKI..............


Ini yang terjadi jika berniat kurang baik, Kalau nak menyamun pun tengok tempat dan kesesuaian. Tapi bagi MKP jadi macam nie pun elok jugak padan muka!!! Banyak lagi kerja yang mamat boleh buat.
Sudahlah masuk dengan muka samseng, kemudian mengacukan pisau kepada penjaga kaunter sebelum disedari para pelanggan lain. Hasilnya dia dipukul beramai-ramai oleh pelanggan cafe internet itu.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 2.05 minit petang ketika para pelanggn di cafe itu sibuk melayari internet.

Video rakaman kamera litar tertutup CCTV kedai itu diambil daripada laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign. Menurut penjaga kaunter cafe Kimie Ashrah, suspek datang ke belakang kaunter dan kemudian mengeluarkan pisau dan mengacukan padanya.

Kalau kita lihat gayanya mengacukan pisau, pastinya kata-kata yang digunakan garang dan seperti berani sangat. Cubaan samunnya itu disedari para pelanggan yang kemudian bertindak cuba menangkapnya.

Suspek yang bertopi merah jambu ketakutan cuba melarikan diri tetapi gagal membuka pintu keluar kerana sistem keselamatan sedang berfungsi berjaya ditangkap dan dipukul oleh para pelanggan yang marah dengan tindakannya.

Menurut Kimie, beberapa minit kemudian pihak polis dihubungi dan suspek yang juga penyamun ‘taik kucing’ itu pun berjaya ditahan.

Saya rasa ini hari pertama dia baru nak jadi penyamun rasanya.




TERKINI : 5 DITEMBAK KETIKA MINUM TEH TARIK......PULAU PINANG DAH TAK SELAMAT..... @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Lima orang cedera dalam kejadian menembak oleh dua penyerang yang tidak dikenali di sebuah kedai kopi di Taman Kasawari, Nibong Tebal sebentar tadi.

Kedua-dua lelaki di atas motosikal Yamaha LC mendekati mangsa sebelum salah seorang daripada mereka mengeluar pistol dan melepaskan beberapa das tembakan pada lima sahabat berkenaan.

Mangsa-mangsa, yang semuanya mempunyai luka tembakan dan telah dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam. Keadaan mereka tidak diketahui.

Satu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Perai Selatan  dilihat mengepung tempat kejadian untuk mengumpul bukti-bukti.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi yang bergegas ke tempat kejadian namun enggan mengulas....

Friday, August 23

HANTU ALTANTUYA BAKAL MENGGANAS KEMBALI....


Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Berikutan pembebasan suspek bagi kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya, ramai dikalangan penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan krebiliti Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tersebut.

Tak terkecuali juga Ketua Umum Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim. Didalam laman sosial Twitter Ketua Pembangkang tersebut, Anwar dilihat menyokong satu kenyataan yang mengatakan bahawa Altantuya sebenarnya membunuh diri dengan meletupkan dirinya sendiri.

Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material. 

Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat  pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu. 

"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Satu lagi keputusan 'technical fault' yang membebaskan pihak dituduh. Anwar juga pernah dibebaskan kerana 'technical fault' kes liwat beliau.

Pembebasan kedua-dua orang ini sudah pasti akan menjadi topik panas untuk satu tempoh yang mungkin agak lama.

Sudah tentu akan timbul tuduhan pihak Mahkamah jadi tali barut kerajaan dan sebagainya tetapi mana mungkin pihak Mahkamah seperti yang dituduh kerana Anwar Ibrahim sendiri terlepas daripada 2 kes liwat beliau.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim pernah didedahkan menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Najib Tun Razak.

HAMID ALBAR JANGAN BUAT LAWAK BOLEH......Kemalangan Bas, Cacing Dicari @syedhamidalbar @SPADchannel @aduanSPAD


Memang ayat tak boleh blah kalau sampai macam nie punya kenyataan dikeluarkan oleh KerisMuddin. Ternyata apa yang diperkatakan memang tak masuk akal..... SPAD telah diberikan kuasa akan tetapi Pengerusi SPAD membuta. MKP ambil fakta ini dari laman WEB SPAD...

SPAD mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri sejak 2010. Bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.
Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas.


Itu bidang kuasa SPAD kenapa pegawai semuanya lena. Biasalah dah mati baru nak korek sana dan sini. Hamid Albar didalam kenyataannya mengatakan bahawa keadaan BAS masih elok sedangkan mangsa menceritakan sebaliknya....... Hamid Albar nie naik ke bas henti-henti....

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.
    
Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.

MKP Ayat Sempoi : Bakal bertukar jadi PERKASAM SEPAT...



Thursday, August 22

VIDEO NGERI : OPERASI #OPSCANTAS OLEH @PDRMsia PETANG TADI


MKP dedahkan video yang tidak pernah disiarkan mana-mana pihak sebelum ini tentang operasi #OPSCantas yang telah dilancarkan oleh pihak PDRM bagi membenteras penjenayah. MKP tabik spring pada anggota yang terlibat kerana mereka mengadaikan nyawa sendiri demi tugas yang diamanahkan. 


Tapi MKP agak kesal dengan tindakan yang telah dibuat oleh Latheefa Koyak nie. Seolah-olah mahu mempertikai tugas yang telah diamanahkan pada PDRM oleh Rakyat menjaga keamanan negara. Penjelasan dari Ketua Polis Negara semalam mengenai penjenayah ini adalah seperti video dibawah;


So pada Kak Tipah nie jangan cabar atau mempertikaikan kerja orang lain. Kalau rumah kak tipah dimasuki pencuri jangan lapor pada Polis lepas nie laporlah pada Anwar Ibrahim...

Nama saja Peguam akan tetapi akal letak dekat lutut. MKP agak sinikal dengan penyokong PKR nie entah apa yang telah dimandrem pada mereka sampai benda simple macam nie pun kena tipu oleh tipah koyak....

Lama sangat melalut sampai dah lupa video #OpsCantas saksikanlah....



@Zahid_Hamidi MENGAMUK PULAK PADA Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy @PDRMsia


Lagi Tim. Menteri kurang bijak bila bersuara, Dah la mulut berbau bangkai ada hati nak bersuara!!! Kalau kena pada gayanya MKP tak peduli pun tapi ini menjadi seperti Biawak Hidup yang perlu ditanggung oleh Kerajaan. Kalau nak jadi jendalu pun agak-agaklah...... 
P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf). 
“Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk. 
“Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin Hindraf lagi. 
Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy),” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang. 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian. 
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas. 
“Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu,” katanya. ZAHID HAMIDI BLOG KLIK

HAMID ALBAR DAN @aduanSPAD @SPADChannel BAGAIKAN BIAWAK HIDUP.........?


Sebak dan dukacita bila mendengar berita kemalangan yang meragut 37 nyawa penumpang manakala 16 penumpang lagi cedera akibat kemalangan ngeri Bas Awam terjunam ke dalam gaung di Genting Highland petang semalam.

Sepatutnya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan awam sudah pasti boleh dielakan kerana kenderaan awam ini diselia dan dipantau sepenuhnya oleh agensi yang dikepalai oleh Syed Hamid Albar dan cerdik pandai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat-SPAD.

Ya..kemalangan boleh hadir dalam banyak faktor,antaranya keadaan jalan,faktor bumi,cuaca,sikap pemandu dan lain-lain, namun pihak SPAD yang sebelum ini lantang kononya melakukan perubahan itu..perubahan ini gagal memastikan keadaan bas sempurna sebelum ianya selamat dipandu dan boleh membawa penumpang.

Sebelum ini,beberapa isu yang timbul yang mengaitkan tentang peragai hamlau  SPAD dalam menyelesaikan masalah seperti isu teksi,ulat tiket dan pelbagai lagi sudah dilihat gagal se-gagalnya.

Pihak tertinggi SPAD dan Generalnya, Syed Hamid Albar cuba melepaskan diri setiap kali isu berbangkit bila dikaitkan dengan SPAD... KONONYA....pihak agensi mereka baru berusia tiga tahun beroperasi maka tidak wajar digalas beban masalah kepada agensi mereka sahaja.

Ini soalan ADC kepada general SPAD dan pegawai-pegawai tertinggi SPAD...adakah usia agensi menjadi pengukur bahawa kesalahan tidak boleh ditunding kepada agensi ini berhubung isu kenderaan awam darat...apakah kakitangan SPAD diambil semacam pilih 'ayam' di chow-kit...?

Timbul lagi kegagalan SPAD apabila bas yang terlibat kemalangan semalam, rupa-rupanya telah lama disenarai hitaM oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). SUMBER

POSTER SEMPOI : JANGAN CABAR KAMI RIP 04 @PDRMsia @Zahid_Hamidi


MKP menyokong penuh apa yang telah dilakukan oleh Pihak PDRM terutama di Pulau Pinang. DAP hanya pandai mengambil peluang jika kadar jenayah menurun akan tetapi bila terjadi kes tembakan pihak PDRM pulak dipersalahkan. Alasan yang MKP tak boleh diterima pakai adalah keadilan bagi pihak keluarga mangsa.... ADUN Seri Delima telah menunjukkan belang harimaunya bila mencabar pihak PDRM. Apa nie korang main wayang atau berdrama......?


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap 04 supaya tidak sesekali menimbulkan kekacauan dan mencabar pihak berkuasa.

"Jangan cuba mencabar kami." tegasnya.

Beliau berkata sedemikian sejurus tindakan beberapa kumpulan kongsi gelap yang menaman diri mereka dengan "04" yang cuba melakukan provokasi dengan melakukan perarakan dan vendalisme di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.

Untuk rekod, Ops Cantas dilancarkan pada 18 Ogos 2013 telah menahan lebih 200 penjenayah sehari selepas dilancarkan selain 683 orang ditahan pada 20 Ogos 2013 di Selangor. Ops Cantas Khas dilakukan oleh pihak PDRM sejurus diberikan kebenaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi mengekang jenayah berat yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.


Wednesday, August 21

VIDEO TERKINI :TRAGEDI BAS JATUH GAUNG DI GENTING.......


Maklumat terkini: 

Jumlah terkorban 29 orang (17 lelaki dan 12 perempuan), manakala jumlah tercedera 16 orang (11 lelaki dan 5 perempuan).

Mereka yang terkorban terdiri daripada dua lelaki Melayu, 12 perempuan Cina, 12 lelaki Cina dan 3 lelaki India.

Sebanyak 4 lagi mangsa daripada sejumlah 49 mangsa belum dapat diangkat naik dari kawasan kemalangan.

Tuesday, August 20

GENG PARIA 04 UGUT POLIS PULAK @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Depa akan mengganas terhadap PDRM dijangka bila-bila masa. Sungguh kurang ajar sehingga mencabar undang-undang. Ini adalah natijahnya bila mereka telah diberikan muka oleh PARIA DIDALAM DAP....

DAP menerusi ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer berjaya menghasut ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 yang mati dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis untuk membuat laporan polis dalam cubaan menyalahkan operasi penghapusan dan pencegahan itu.

DAP sentiasa terlibat dalam sebarang usaha menggagalkan usaha PDRM mencegah dan memerangi jenayah. Sekalipun pada masa yang sama, mereka mendabik dada konon-kononnya merekalah parti yang memperjuangkan keamanan, hakikat yang ditunjukkan oleh parti tersebut, tidak ubah seperti Parti Likud di negara haram Zionis Israel yang amat menyokong pembunuhan rakyat Arab Palestin dan membela setiap penjenayah Zionis.

Dengan kekuatan barisan peguam yang terkemuka namanya dalam DAP, parti itu sudah tentu sedang memujuk ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 untuk memulakan prosiding mendapatkan pampasan ratusan juta ringgit daripada Kerajaan Malaysia dan PDRM sepertimana yang mereka pernah lakukan sebelum ini. 


Hari ini mereka sudah menghantar isyarat  seperti gambar diatas di tembok sebuah balai polis .

Hampa saksikan bagaimana para kongsi gelap ini cukup berani…tidak pernah didalam sejarah negara mereka seberani begini..mereka naik tocang apabila mendapat pembelaan DAP..


MB TIDO BAKAL MAKAN ANWAR IBRAHIN DIDALAM TIDO..........?


Ramai yang silap menilai kebolehan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang ahli politik. Mereka beranggapan oleh kerana beliau sering tergagap ketika berpidato, ia mencerminkan pemikiran politik beliau juga tidak lancar dan kurang tangkas.

Umumnya di kalangan pesimis terhadap kemampuan politik Khalid ini hanya memberi kredit kepada beliau sebagai seorang ahli korporat. Sebab itu ramai menganggapnya hanya sesuai mengurus Selangor yang menjadi pusat pertumbuhan ekonomi negara dan tidak lebih daripada itu.

Kekhilafan ini dilakukan oleh ramai kalangan pemimpin politik PKR. Diselindungi oleh kegagapan pertuturannya, jalur pemikiran politik beliau sebenarnya tersusun dan bernas. Malah ia cukup ampuh untuk melumpuhkan gerak politik pesaingnya, termasuk Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Adakalanya kegagapannya itu digunakan Khalid sepenuhnya agar saingan politiknya memandang rendah pada kemampuannya berpolitik. Mereka meremehkan idea-idea politiknya dan lazimnya berkesimpulan Khalid adalah seorang politikus “lightweight” dalam gelanggang politik.

Anwar pandang rendah pada Khalid

Anwar menganggap Khalid sebagai “kerbau yang mudah ditindik hidung” apabila melantiknya menjadi Menteri Besar pada 2008. Baginya Khalid akan menjadi pengurus yang baik. Soal politik serahkan pada beliau dan parti.

Lantas apabila Khalid agak keberatan melayan tuntutan PKR dan beberapa pemimpinnya supaya “berbelanja” sedikit untuk parti, Khalid disifatkan sebagai seorang yang naif politik.

Justeru secara wewenang Anwar “menghimpit” Khalid supaya melantik dirinya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM1 sebulan. Tujuan Anwar apabila beliau memegang jawatan berkenaan akan lebih mudah baginya “mengarahkan” Khalid supaya mengurus kewangan Selangor mengikut cara dan keperluan beliau dan PKR.

Sebenarnya Khalid adalah pemain politik yang cekap. Dengan menonjolkan imej pemimpin yang agak “berserabut” beliau menyembunyikan kuku politiknya.

Baginya politik ialah sebahagian kecil sepak terajang dunia korporat. Dalam membuat “jual beli” perniagaan taktik lakonan sebegini amat penting. Khalid berjaya melaksanakan formula ini dalam politik.


Anwar sedar “lagak bodoh” begini berhasil mengukuhkan kedudukan Khalid. Azmin Ali yang pada 2010 dilantik Pengerusi Majlis Kepimpinan Selangor juga pada mulanya beranggapan seperti Anwar dan menyangka beliau mampu menjinakkan Khalid.

Politik Khalid mudah, selamba, bisa

Namun jenama politik Khalid agak selamba dan bisa menyusahkan saingannya. Politiknya mudah. Jika beliau tidak berkenan dengan seseorang ahli politik, beliau akan cuba mengelak berkonfrantasi dengannya. Lebih halus lagi beliau akan cuba mewujudkan benteng di antara dirinya dengan ahli atau institusi politik yang kurang senangi itu.

Maka beliau pun mengetepikan Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang pernah menjadi pembantu Anwar Ibrahim. Khalid menggantikannya dengan Faekah Husin yang memang terkenal dengan kelantangan dan keceluparan bicaranya.

Maka jika beliau rimas cuba diasak dan ditekan oleh Biro Politik PKR, Khalid akan memilih untuk “ponteng”. Maka segala arahan parti akan disampaikan kepadanya sama ada menerusi Faekah atau panggilan telefon sahaja.

Jika arahan itu datang daripada Anwar Ibrahim sendiri, maka Khalid tidak akan membantah. Perintah Anwar akan diakuri. Namun soal pelaksanaan adalah perkara kedua. Khalid amat mahir cara memuaskan hati pelanggan dalam dunia korporat. Maka beliau akan akur di depan Anwar dan parti namun tidak semestinya beliau melaksanakannya.

Contoh paling mudah difahami pemimpin-pemimpin PKR ialah soal bagaimana sukarnya mereka mahu menghapuskan “benteng politik” Khalid. Analisis mereka ialah Khalid akan menggunakan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin dan pegawai benteng lain seperti Rohani Datuk Talib dan Setiausaha Akhbar, Arfaeza Abdul Aziz untuk melengah atau langsung tidak melaksanakan perintah parti.

Perempuan-perempuan Khalid 

Apabila ini berlaku dan setelah beberapa kali Anwar “naik angin” dan memerintahkan semua “perempuan-perempuan" (betina kata musuh-musuh Khalid) berkenaan supaya dipecat, Khalid hanya berbuat selamba dan mengelak berkonfrantasi. Beliau hanya berdiam diri. Perintah tidak dilaksana.

Ini mematikan langkah saingan politiknya. Jarang sekali Khalid memberi komen terbuka terhadap ahli politik lain. Anwar pun kerap terkesima dengan stail politik Khalid ini.

Misi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik menjadi Ketua Staf di pejabat Menteri Besar ialah menyusun semula kedudukan pegawai-pegawai pelaksana seperti Faekah, Arfaeza dan Rohani. Sudah sebulan beliau menggalas jawatan, ternyata Saifuddin masih belum berhasil meroboh benteng politik Khalid ini.

Bagaimanapun sebagai seorang ahli politik, Anwar Ibrahim terpaksa juga mengakui bahawa Khalid ini seorang ahli politik yang agak liat. Maka menjelang pilihanraya umum ke-13 lalu, Anwar tiada pilihan selain terpaksa mengakui ketrampilan dan kebijaksanaan politik Khalid.

Semua kejayaan Khalid – kedekut dalam perbelanjaan wang rakyat; tegas dan tidak mudah mendengar bisikan orang luar kerajaan; dan, kejayaan mengumpul rizab tunai sampai RM 2.6 bilion – diwar-warkan Anwar sebagai keunggulan politik Khalid.

Maka semakin beranglah Azmin dan pengikutnya.

Kini terpulanglah pada Saifuddin untuk menunjukkan silat politiknya berhadapan Khalid. Nampaknya dalam jurus pertama ini Khalid langsung tidak gusar. Beliau masih ada Faekah, Arfaeza dan Rohani di sisinya. Paling tidak, banyak masa Saifuddin akan terbuang untuk bersilat dengan srikandi-srikandi Khalid.  

Politik Anwar makan tuan

Nampaknya senjata politik Anwar kini akan makan tuan. Puji-pujian tidak ikhlas beliau terhadap Khalid menjelang PRU 13 akan digunakan Khalid sebagai dalil kebolehannya bukan sahaja berpolitik malah memimpin PKR.

Saifuddin yang dimaksudkan oleh Anwar untuk berkhemah di pejabat Khalid demi menjadi pasport berkempen bagi jawatan Presiden, besar kemungkinan akan digunakan oleh Khalid untuk meyakinkan semua Cabang PKR di seluruh Negara bahawa Khalid Ibrahim ialah calon terbaik untuk memimpin PKR secara mutlak.

Anwar baru sedar kelicikan politik Khalid. Sebab itu beliau menggunakan Saifuddin untuk “menyelia” Khalid. Namun Umno sudah menyedari “bahaya” politik Khalid dan telahpun berhasil “mencantas” beliau daripada meningkatkan kedudukannya dalam parti itu di peringkat Bahagian Kuala Selangor lagi suatu masa dahulu.

Masih banyak lagi Anwar dan PKR harus belajar daripada Umno. Pengalaman beliau selama 17 tahun dalam Umno masih belum memadai untuk “mengawal-selia” bekas ahli-ahli Umno yang licik seperti Khalid Ibrahim daripada “beraja di mata bersultan di hati” dalam PKR.

Soalnya, adakah Anwar akan “gunakan” Khalid bagi menyekat sebarang gerak Azmin untuk merebut jawatan Presiden. Beliau mempunyai rekod yang baik untuk jawatan itu. Atau, adakah Anwar sudah serik “dipukau oleh kegagapan Khalid”?

Percaturan ini adalah hak mutlak Khalid.

MAMPUKAH @ZairilKJ PERTAHANKAN JAWATAN TANPA SOKONGAN @CmLimGUANENG


Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz.   Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula.  Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti.

Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.

Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.

Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis.  Ini kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%, melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan Sri Khir Johari.

Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu, sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!

Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara dalam pemilihan terdahulu.

Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai.  Rakyat sedang memerhati DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum.  Apakah Zairil akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin kukuh?

Bagaimanapun, sukar bagi rakyat untuk merasa yakin yang pemilihan semula ini juga akan diadakan secara telus.  Ini kerana, DAP tidak pernah mengambil tindakan mahupun mengakui bahawa terdapat unsur manipulasi yang nyata dalam pemilihan lalu yang membawa kepada pemilihan semula arahan ROS.

Sekali gus, mereka yang bertanggungjawab menyebabkan 753 perwakilan India DAP dinafikan hak mengundi dan yang bertanggungjawab menyebabkan ‘keajaiban’ dalam jumlah undi yang didapati oleh Zairil, masih lagi bebas.  Dan kemungkinan besar, pemilihan kali ini juga bakal diuruskan oleh orang yang sama.

Justeru, apakah jaminan yang beliau atau mereka, tidak akan memanipulasi undi sekali lagi bagi ‘menyelamatkan’ Zairil dan juga air muka DAP?

TAHNIAH PADA @Zahid_Hamidi DAN @PDRMsia TIADA LAGI MENTERI AMARAN........?


Tindakan pantas dan positif Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno sekarang bolehlah menamatkan spekulasi nakal melibatkan menteri terdahulu yang dikatakan hanya sebagai "Menteri Amaran" sahaja.

Kemungkinan ketika itu banyak terjadi isu tetapi amaran demi amaran Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dijadikan sindiran pihak tertentu terutamanya pengguna laman sosial kerana mungkin "takut" mengambil tindakan.

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukar portfolio di antara kedua-dua menteri itu sebagai satu langkah tepat dalam memperkasakan lagi kepakaran dan pengalaman yang ada pada Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Kepada Semua Ketua Jabatan, KPD, KPB, Pegawai Kanan dan anggota pangkat rendah..Dimaklumkan terdapat perancangan oleh kumpulan 04 / India untuk menyerang balas pegawai / anggota polis yang bersendirian dan terpencil ekoran drpd kejayaan pihak polis Pulau Pinang menembak mati 5 ahli kumpulan mereka.

Sila ketatkan kawalan keselamatan di IPK, IPD, BP, PP, tempat2 penugasan dijalankan dan kediaman serta tingkatkan langkah2 keselamatan terutama semasa dalam perjalanan pergi balik kerja dan diluar waktu kerja..ambil perhatian serius daripada KP Pulau Pinang ( sebarkan kepada semua anggota pdrm agar berhati-hati ).

Kepada semua anggota keselamatan, berhati-hatilah. Kami rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang keutuhan Undang-undang. Jangan sesekali berundir pertahankan unfang2 dan keamanan. Kalau perlu bersihkan puak-puak yang buat kacau tu, kami sokong! 

Kepada ahli politik yg kemaruk undi dan sokongan, JANGAN GANGGU TUGAS POLIS. 


Sunday, August 18

@Reginalah PEGAWAI @KhairyKj BOLEH PERGI MAMPOS......


Adakah Regina membayangkan Melayu seronok cuti panjang?

Adakah tweet Regina Lee membayangkan bahawa para penjawat awam, yang kebanyakan mereka Melayu, adalah bersifat malas?

Timeline tweet-tweetnya discreenshot di bawah:

(1) Regina merungut bahawa kerjanya di pejabat Kementerian Belia dan Sukan bertimbun-timbun dan dia tidak sempat menyiapkannya semua.

(2) Rakan Twitter Regina mencadangkan bahawa setiausaha akhbar KJ itu memendekkan senarai kerja yang perlu disiapkannya serta mengagihkan sebahagian kerja kepada rakan-rakan sepejabat.

(3) Regina membalas bahawa “semua orang” (maknanya orang Melayu) sedang bercuti Raya. Dia seorang-seorang Cina sahaja yang rajin bekerja.

(4) Lalu dia mentweet: “OK that does it. Screw you guys I’m going home.”

HELENANG

reginalah Semorang cuti

Apa dah jadi takkan nak tunjuk bagus pulak Pegawai Media KJ nie..... Kalau nak tunjuk bagus pun jangan sampai menghina orang lain. Perangai bangsat macam nie tak patut ada dikalangan pegawai media menteri....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive