RAPID

Thursday, October 31

MANA PENTING SUSU INI ATAU SUBSIDI BAJA #PRKSglimau


Dalam kempen pilihan raya macama-macam perkara timbul dan macam-macam perkara muncu. Kadang-kadang itu memang kita tidak sangka. Benda-benda yang cukup kecil dan tidak berapa signifikan dengan  kehidupan seharian apatah lagi untuk masa hadapan dibangkit dan diperbesar-besarkan.

Mungkin disebabkan sudah tidak ada modal untuk berkempen, sudah habis modal untuk mengutuk atau tidak ada idea untuk menyakinkan pengundi, maka isu susu tamat tempoh telah diangkat menjadi agenda utama dalam kempen di PRK Sungai Limau.

Isu itu dijaja malah diangkat sebagai antara berita penting di peringkat nasional oleh semua media seolah-olah susu tamat tempoh itu bakal memusnahkan masa depan penduduk di Sungai Limau.

Subsidi baja padi yang dinikmati oleh hampir setiap penduduk Sungai Limau sejak berpuluh-puluh tahun dahulu tidak pula diperkatakan atau diambil kira.

Yang penting sekarang di Sungai Limau ialah susu pekat manis yang tamat tempoh itu bakal menggelapkan masa depan penduduk di situ.

Rasanya jika subsidi baja itu ditarik balik sekali pun penduduk di Sungai Limau tidak akan peduli kerana pada mereka sekarang isu susu pekat manis tamat tempoh adalah agenda besar, agenda yang bakal menentukan masa depan mereka.

Sedangkan, jika di tanya kepada setiap penduduk Sungai Limau terutama yang berusia di bawah 50 tahun, tidak ada seorang pun yang membesar tanpa  menikmati subsidi baja dan padi.

Subsidilah yang menjadi nadi kehidupan mereka yang membolehkan mereka berbelanja yang limpahannya turut dinikmati oleh peniaga-peniaga kedai runcit dan restoran-restora kampung.

Tidak ada seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri itu yang tidak menikmati atau mendapat subdisi. Subsidi adalah nadi kehidupan mereka. Subsidi adalah sumber kewangan mereka dan duit subsidi padilah yang mereka gunakan untuk menyara anak-anak termasuk hingga ke peringkat tertinggi hingga menjadi doktor, jurutera, peguam, arkitek dan sebagainya.

Tetapi, apabila menjelang pilihan raya, subsidi yang dinikmati sekian lama, subsidi yang membiayai mereka untuk menunaikan haji tidak lagi dipandang.

Tetapi setin susu tamat tempoh yang harganya hanya tidak sampai RM3 yang dibisingkan, yang dicanang kononnya ia dibekalkan oleh satu kerajaan yang tida bertanggungjawab.

Beginilah jadinya apabila emosi menguasai akal, maka manusia tidak lagi boleh berfikir. Sebab itu setin susu tamat tempoh telah mengatasi pelbagai kebaikan dan pelbagai nikmat yang mereka nikmati selama ini.

NADIA AF LAGI!!!!! MERIAHKAN SUKAN BENDANG #PRKSgLimau


Ramai penduduk kampung yang hadir untuk bersama artis pada program yang dianjurkan oleh puteri UMNO malaysia pada petang tadi . Program ziarah syukur ini adalah bertujuan untuk mendekati masyarakat melayu amnya di Sungai Limau dan artis tempatan. MKP lihat ini adalah satu program yang baik untuk mendekati pengundi muda bersama Puteri UMNO Malaysia.Tahniah MKP ucapkan pada Zahida Zarik Khan Naib Ketua Puteri UMNO kerana berjaya membawa tranfomasi pada Puteri UMNO.


Pada pihak yang mengatakan Puteri UMNO sukar didekati serta ekslusif memang itu adalah tomahan. Sesungguhnya Zahida mesra dan tidak kekok bersama rakyat Sungai Limau dan sanggup bergelumang dengan sawah dan lumpur. Ini semua dilakukan demi bersama akar umbi.





NADIA AF BERKEMPEN UNTUK UMNO #PRKSgLimau


Artis muda kelahiran program realiti  Akademi Fantasi (AF), Nadia Hasnan berpendapat artis-artis muda perlu menyokong UMNO yang dilihat berperanan membantu golongan seni di negara ini.

Lebih dikenali Nadia AF,  gadis genit itu berusia 23 tahun itu bertekad menjadi ahli Pergerakan Puteri UMNO seterusnya menyumbangkan tenaga membantu parti pemerintah.


“Saya sudah lama sebenarnya mengikuti program-program Puteri UMNO di Kuala Lumpur dan sedikit sebanyak sahaja rasa terpanggil menyertainya,” ujarnya ketika ditemui bersama beberapa artis veteran yang beramah mesra dengan penduduk Guar Cempedak dekat Sungai Limau, Kedah semalam.

Turut hadir ialah Datuk Mustapa Maarof, Hail Amir, Abon, Badul, Norlia Ramli,  Aznah Hamid dan Pengerusi Karyawan, Datuk Zaienal Abidin Omar.

Kesemua mereka mengikuti program bersama-sama BN berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

Pada majlis yang sama, Nadia yang terkenal dengan lagunya, Histeria itu dipakaikan jaket Puteri UMNO oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri Malaysia, Zahida Zarik Khan.

Sebelum itu, Ngasriah Nasri atau lebih dikenali sebagai Anne menjadi artis wanita muda pertama memenangi jawatan Naib Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

PAS RASUAH PENGUNDI #PRKSgLimau


Selalunya PAS menjadikan RASUAH PENGUNDI untuk menyalahkan Barisan Nasional. Tapi kali nie memang sah PAS merasuah untuk meraih undi. PAS nie memang MUNAFIK lain dimulut lain dihati mereka.Rakyat Sungai Limau pulak kali ini dirasuah dari rumah ke rumah.

Pas telah bersusah payah membina imej Nik Aziz untuk menjadikannya satu mitos yang mempunyai sifat seolah-olah mustahil. Mereka yang termakan dengan usaha pas ini bukan sahaja memandang Nik Aziz sebagai seorang guru tetapi juga seorang “ tuhan ” yang mampu menyembuhkan segala penyakit ahli Pas.

Rasuah derma pada Pas yang juga sering disalah gunakan oleh pemimpin tertinggi Pas, Kayu Balak, projek kuari sering menjadi isu penyelewengan di Negeri Kelantan dan Nik Aziz, beliau orang paling berkuasa di negeri tersebut. Dengar khabar Nik Aziz dan anaknya dok makan rasuah dari projek kayu balak dan projek kuari sampai nak habis kayu balak di kelantan,

Antaranya, kelantan membuktikan bahawa negeri itu adalah antara negeri yang paling mempunyai keluasan penebangan kayu balak yang diluluskan berbanding dengan hasil balaknya.

Kelantan juga mencatatkan rekod negeri yang mempunyai kawasan tanah berhutan yang paling tinggi berbanding dengan keluasan tanah di negeri itu ketika kelantan mengeluarkan kayu balak secara berleluasa.

Di samping itu, kerajaan negeri di bawah pas tidak mematuhi had dibenarkan tebang oleh majlis perhutanan negara,bahkan, jumlah kawasan balak yang lebih banyak diteroka, tetapi hasilnya jauh lebih rendah.


Wednesday, October 30

FAKTA ATAU AUTA LEBIH HEBAT........... #PRKSgLimau


SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?

Meh kita banding-bandingkan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.

Kes 1.

TS Muhyiddin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

MKP ada 2 versi jawapan :

Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".

Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

Ulasan MKP adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang-orang melayu di Sungai Limau.

STOPA ALI MENGAMUK, TPM MINTA MAAF #PRKSgLimau


Minta maaf tidak semestinya buat salah. Malah meminta maaf amat dianjurkan dalam Islam sekiranya wujud salah faham yang terlalu sukar untuk diberikan penjelasan disebabkan fitnah lebih kuat daripada fakta.

Dalam kes Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didesak oleh Pas supaya meminta maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, terpaksa berbuat demikian kerana menyedari jika diberi penjelasan sebenarnya, pihak berkenaan tidak akan menerimanya.

Itulah yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sehari dua ini. Muhyiddin yang turut turun membantu calon Barisan Nasional (BN) tidak terlepas daripada menjadi mangsa Pas dalam keadaan parti itu terdesak meraih sokongan pengundi.

Muhyiddin hadir pada program ramah mesra bersama waris murid dan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau. Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai Bajet 2014, subsidi gula, penyakit diebetis dan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu.

Empat topik ini disampaikan secara bergabung, tetapi mempunyai maksud yang berlainan antara satu sama lain, tetapi pelapor portal propembangkang telah memutar belit kenyataan berkenaan.

Empat topik yang disampaikan oleh Muhyiddin telah digabungkan sehingga mempunyai satu maksud iaitu “Kerajaan terpaksa naikkan harga gula kerana bimbang jadi macam arwah Ustaz Azizan, kena penyakit kencing manis hingga kedua-dua kaki dipotong dan meninggal dunia”.

Kenyataan yang dirangkumkan sebaik mungkin oleh pelapor ini, bukan sahaja keluarga arwah Ustaz Azizah tersinggung, sesiapa sahaja pun, hatta penulis sendiri pun akan berkecil hati kerana bunyi maksudnya menghina ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Percayalah, bukan kenyataan sebegitu diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO. Topik pertama, beliau mengulas mengenai Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Oktober lalu.

Topik kedua, beliau menyentuh mengenai subsidi gula. Katanya, kerajaan terpaksa memansuhkan subsidi sebab menjadi punca kepada rakyat Malaysia menghidap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan manis, termasuk diebetis.

Topik ketiga, beliau menyatakan kepada hadirin bahawa pesakit yang menghidap diabetes paling tinggi di Malaysia. Kerajaan bimbang dengan kadar itu dan berusaha untuk melahirkan rakyat yang sihat.

Topik keempat pula, Muhyiddin berkata, pilihan raya kecil kawasan itu berlaku disebabkan kematian Ustaz Azizan akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan penyakit kencing manis.

Beliau menghentikan ucapannya di situ dan mengalih kepada topik pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan memerintah, kerajaan BN. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk membaik pulih 12 sekolah dalam DUN berkenaan, di samping bercakap mengenai sejumlah besar peruntukan disediakan kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan.

Ketika semua media cetak dan eletronik termasuk portal serta blogger melaporkan keempat-empat topik itu secara berasingan, alih-ahli sebuah portal propembangkang telah memutarbelitkan kenyataan itu dengan hasrat membantu Pas dan menghangatkan suasana pilihan raya kecil di situ.

Usahanya disambut sepantas kilat oleh Pengarah Jentera Pas PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar. Kebetulan beliau juga sedang melobi untuk mendapat sokongan perwakilan parti bagi perebutan jawatan Naib Presiden Pas pada 21 hingga 23 November ini, menggunakan isu itu untuk menjadi hero Pas.

Beliau masuk ke kampung-kampung menghasut dan menanamkan rasa benci pengundi kepada Muhyiddin, UMNO dan BN. Tidak cukup dengan itu, beliau mempergunakan anak arwah Ustaz Azizan untuk berlakon sedih, kononnya terkedu dan tersinggung dengan ‘penghinaan’ Timbalan Perdana Menteri terhadap keluarganya yang baru kehilangan orang tersayang.

Tersengeh lebar Mahfuz kerana cucukan jarumnya telah mengena.

Menyedari isu itu tersebar luas di kawasan Sungai Limau, Muhyiddin bertandang lagi untuk kali kedua, semalam. Beliau bertemu dengan Dewan Pemuda Pas Sungai Limau dan menjelaskan maksud kenyataan ucapannya terdahulu.

Pertemuan singkat tetapi penuh bermakna itu berakhir dalam suasana damai dan harmonis apabila Dewan Pemuda Pas menerima penjelasan itu dan menganggap kes berkenaan sudah berakhir.

AKSI MELAMPAU KAK IJAT #PRKSgLimau


Aksi posing sakan ini sebenarnya tidak dijangka oleh geng media yang ikut rombongan Wanita UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat rumah-rumah penduduk di Kampung Sungai Dedap Sungai Limau Yan.

Selepas ziarah 'Skuad Sayang' di sebuah rumah di situ , tiba-tiba Shahrizat mengajak rombongannya untuk 'turun bendang' yang kebetulan terletak di belakang rumah.

Apa lagi, posing sakan lah, makcik-makcik kita, orang bandar masuk kampunglah katakan, jarang-jarang jumpa bendang.

Mujur pulak tak ada lintah yang 'geram' tengok aksi Wanita UMNO ini.

Aksi posing ini sekejap sahaja, namun cukup mengambarkan keceriaan kempen Wanita UMNO di Sungai Limau.

Kempen ini Wanita UMNO akan mengerakkan jenteranya untuk mengesan lebih 1000 pengundi Sungai Limau yang tidak keluar mengundi masaPRU13 lalu.
sg-ijat-sakit
Sungai Limau mempunyai lebih 27,000 pengundi, namun dalam PRU baru-baru ini hanya 25 ribu sahaja yang keluar mengundi.

Kata, Shahrizat jentera Wanita kini digerakkan untuk mengesan pengundi-pengundi tersebut.

"Kita hendak tahu apa masalah mereka, dan jika kita boleh selesaikan, kita akan cuba cari jalan bawa mereka keluar mengundi,"katanya dalam sidang media selepas melawat rumah seorang pengundi uzur di Sungai Dedap.
sg-ijat-bendang2Mengulas mengenai penerimaan kempen yang dijalankan sebelum ini, kata Shahrizat, Wanita menerima sambutan baik dari pengundi walaupun di 'kawasan hitam'.

Kata beliau, sepanjang berkempen, maklum balas yang diperoleh daripada penduduk adalah positif dan kebanyakannya mahu pembangunan direalisasikan di Sungai Limau seperti dijanjikan BN.

"Saya percaya pada kata-kata bijak pandai, tak kenal maka tak cinta, bila kita masuk mula-mula mereka ambik pendekatan berhati-hati, namun selepas kita terangkan niat kita yang murni, maka boleh terima semua penjelasan dan penerangan kita,"ujar beliau.

Menurutnya, ada kejadian jentera Wanita yang dihalang oleh petugas pembangkang.

"Ada beberapa kejadian begitu, namun saya ingin tekankan bukan dilakukan oleh pengundi, sebalikbya oleh petugas parti saja, tak ada kejadian buruk berlaku,"ujarnya.

Tuesday, October 29

TRAGEDI SUSU PEKAT FITNAH MAHFUZ AIBKAN @AzeezRahim #PRKSgLimau


Ini adalah jenama susu pekat yang bakal diberikan pada penduduk pada program yang dianjurkan UMNO Bahagian Baling esok. Bukan seperti yang didakwa oleh Mahfuz Omar yang terdesak mencari kesalahan serta mengaibkan Datuk Azeez Rahim dan Barisan Nasional.


Tarikh luput yang tertera pada susu pekat diatas adalah pada 03.03.2014. Pada Mahfuz MKP ingatkan jangan pulak kantoi kali ini nak menipu pun agak-agaklah.


Barang yang telah tersedia untuk diberikan pada penduduk pada program esok hari. Benda ini baru sahaja sampai sejurus MKP tiba dirumah UMNO Baling di Sungai Dedap. 


Ini adalah dapur yang digunakan oleh UMNO Baling untuk memasak pada petugas dari Bahagian Baling. Barang keperluan memang ada gambar Datuk Azeez Rahim tersedia didalam kotak. 


Datuk Azeez Rahim tak bertanding pada PRK Sungai Limau buat ape nak letak gambarnya. Barang ini senantiasa ada didalam simpanan UMNO Baling untuk keperluan mereka/petugas berkhimat dimana sahaja.Almaklum Datuk Azeez berada diamana sahaja apabila bencana melanda. 

Kenyataan Akhbar 
YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim 
Ketua Umno Bahagian Baling merangkap 
Ahli Parlimen kawasan Baling 


- Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian 
Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu 
dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari 
pengundian pada 4 November ini. 

- Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen 
kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja 
tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang 
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

- Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang 
mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media 
pembangkang, Harakahdaily. 

- Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak 
ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ 
menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham 
Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan 
kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

- Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati 
berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong 
calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada 
beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

- Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang 
saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung 
sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar 
memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

- Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya 
mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan 
pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang 
perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau. 


PUTERI UMNO BUAT SAYA MELUAT......CEMUIH @emysamsudin #PRKSgLimau


“Kami suka sangat dan boleh berkawan baik dengan rombongan Puteri UMNO datang ke tempat kami sempena kempen Pilihan Raya  Kecil (PRK) Sungai Limau tapi hati kami tetap akan pilih wakil rakyat daripada parti Pas yang hidup penuh kesederhanaan.”
 
Itu pengakuan beberapa golongan wanita muda yang bakal keluar mengundi pada PRK Dun Sungai Limau 4 November ini.
 
Kebanyakan mereka memilih Pas dan menyifatkan pemimpin UMNO lebih gemar mencari kemewahan untuk diri dan keluarga sendiri sebelum diagihkan kepada rakyat.
 
“Ada pemimpin UMNO yang baru naik jadi Ketua Bahagian tak sampai sebulan sudah tukar kereta mewah. Rumah diubahsuai jadi rumah agam. Itu baru jadi Ketua Bahagian.
 
“Bukan kita persoalkan di mana mereka dapat duit secepat itu tetapi kenapa perlu tunjuk kemewahan kepada orang lain hingga menjadi perbualan di kalangan ahli UMNO sendiri?” kata Norcahaya Kassim dari kampung Batu Papan di Yan.

Katanya, disebabkan itulah ahli-ahli UMNO dilihat berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan seolah-olah UMNO adalah tiket untuk menjadi kaya sekelip mata.
 
Norcahaya mendakwa, agenda utama mereka yang masuk UMNO kebanyakannya bukan untuk memperjuangkan nasib bangsa tetapi untuk mencari kekayaan.
 
“Saya setuju dengan Norcahaya kerana kami melihat sendiri bagaimana Puteri dan Wanita UMNO di sini boleh berbelanja mewah pada pemilihan Umno baru-baru ini.
 
“Mereka ni kawan-kawan kami juga dan dengan senang hati mereka bercerita dapat duit daripada calon itu calon ini untuk dapatkan undi. Mereka seperti diajar supaya belajar cara hidup bermewah walaupun seketika.
 
“Itu hak mereka nak terima duit mudah seperti itu, insyaAllah kami tidak akan terpengaruh dengan cara hidup begitu,” ujar Wahida Majid dari Kampung Kundur. 

Tambah Wahida lagi, dia boleh berkawan dengan siapa sahaja tanpa mengira fahaman parti asalkan tidak mempunyai maksud lain yang boleh meruntuhkan akidah.
 
Sementara itu,  Fathiha Rasol dari Kampung Pulai berkata, walaupun boleh menerima kedatangan Puteri UMNO ke kampungnya, namun dia tidak rela jika kedatangan itu hanyalah untuk mendapatkan undi semata-mata.

“Saya amat hargai persahabatan yang ikhlas dan bukan bersifat sementara. Janganlah berpura-pura baik untuk rapat dengan pengundi seperti kami. Apa salahnya kita terus berkawan selama-lamanya.
 
“Ini dok mai sat ja. La ni sangguplah pi mana pun usung kami macam adik beradik. Habis PRK, terus putus hubungan. Awat lagu tu perangai depa? Cek habaq ni pasai dah ada pengalaman dulu. Nak cari yang jujur habaq mai…,” kata Fathihah dalam loghat Kedah sambil tersenyum. 
 
Bagaimanapun katanya lagi, bukan semua Puteri atau Wanita UMNO yang berperangai begitu malah ada juga yang baik dan ikhlas namun jumlahnya hanyalah segelintir terutama yang datang ke Sungai Limau untuk berkempen.

PERGHHH : INI GST VERSI @AnwarIbrahim


ST diperkenalkan di Singapura pada 1 april 1994, iaitu, 18 tahun yang lalu. Kadar cukai yang dikenakan pada masa pelancaran ialah 3%. Kadar ini dikekalkan selama 9 tahun bersesuaian dengan janji kerajaan semasa pelancaran bahawa kadar itu tidak akan diubah sekurang-kurangnya selama 5 tahun.

Kita bercadang utk gunapakai GST pada tahun 1995 tetapi dipolitikkan serta ditentang oleh pembangkang sehinggalah kini....kita sudah kerugian masa selama hampir 20 tahun melayani adu-domba pembangkang yang memomokkan GST sedangkan negara-negara yang mengamalkan GST didunia semakin bertambah.

Kelewatan Malaysia untuk mula menggunakan GST pada 2014 cukup merugikan. Jadi apabila Malaysia bermula dengan kadar 6%, sikap pembangkang tetap juga tidak berubah. Kalau dulu menentang GST secara total, kali ini mereka pertikai pula kadar cukai permulaan yang di anggap tinggi berbanding negara lai nyang telah mengamalkan GST puluha ntahun yang lampau. Jadi ini bermakna mereka juga SETUJU dengan GST, cunma pertikaikan kadar permulaan. Tentunya kadar permulaan GST tidak akan sehingga 6% sebagai permulaan perlaksanaan GST jika kita bermula pada tahun 1995, boleh jadi kita bermula kurang dari 3% jika tidak dipolitikkan oleh pembangkang. Ketam betullah pembangkang ni.



Monday, October 28

PAS KEKAL MENIPU #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Tidak cukup menggunakan masthead akhbar tabloid Sinar Harian, Pas dilihat semakin terdesak dengan melakukan teknik pertindihan gambar (superimpose) pada salah satu risalah edaran parti itu semalam.

Gambar itu memaparkan  calon mereka, Mohd. Azam Abd. Samat bersama Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Mohd. Idros Ali mengunjungi pejabat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika menjadi Menteri Besar.

Risalah itu dikatakan dikeluarkan oleh jentera Pas Sungai Limau bagi membuktikan Mohd. Azam mempunyai hubungan baik dengan Azizan yang menjadi bahan kempen sepanjang pilihan raya kecil kali ini.

Gambar orang disebelahnya itu sebenarnya ialah Timbalan Pengarang Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim yang berkunjung ke pejabat Menteri Besar Kedah pada tahun lalu untuk sesi temubual.

“Ketika itu Ustaz Azizan dalam keadaan sihat. Kami menemu bual Ustaz Azizan untuk ruangan bicara pemimpin dalam akhbar Sinar Harian,” katanya.

Mohd. Idros yakin gambar itu telah diubah dengan teknik superimpose di mana kepala Muhammad Mat Yakim di dalam gambar dibuang dan diletakkan dengan kepala calon, Mohd Azam.

 “Saya sudah menghantar maklumat ini ke ibu pejabat di Shah Alam, Selangor. Saya menunggu arahan daripada majikan. Jika mereka minta saya buat laporan polis, saya akan buat untuk membersihkan nama baik kami,” katanya.

Mohd. Idros juga kecewa kecewa dengan sikap Pas yang dianggap terdesak dalam kempennya untuk mengekalkan DUN Sungai Limau.

Semua jurugambar boleh mengesan kesan pertindihan pada gambar jelas kelihatan pada struktur badan, muka dan bahasa badan objek yang tidak sekata pada gambar Mohd. Azam.-


@Abby_Abadi112 HINA ARTIS BERHIJRAH @ustazfathulbari #PRKSgLimau #BeraniHijrah


MKP minta sesangat pada Kakak Abby Albody tolong lain kali jangan membuat kenyataan atau ceramah berkempen bermodalkan menghina rakan-rakan seperjuangan. Berhemah dan sedar diri bahawa bumi Allah ini tidak dimiliki oleh insan yang bersifat hamba serta direstui hanya dengan masuk PAS.

Dimana jugak kita berada atau setinggi mana kejayaan dicapai hendaklah selalu pandang kebawah. Yang lebih hina lagi adalah menghina rakan-rakan Artis seperti anjing kurap yang tiada nilainya.Nak berpolitik tiada sesiapa yang meghalang akan tetapi jalan politik yang dibawa menampakan semakin lama makin jauh terlajak kelembah hina.

Ingatlah kita sebagai manusia ini mempunyai hati Jagalah seketul hati itu supaya tidak tercemar dengan niat atau hasrat berdengki sesama rakan-rakan Artis. Artis juga mencari rezeki tidak baik jika menghukum sesorang tanpa usul periksa.


MKP Pun tak mahu mengulas panjang Ustad Fathul Bari telah menjelaskan pada kita semua dimana kebenaran. Memang sah kali ini MKP dah menghancurkan kreditbiliti Abby Abadi kalau orang PAS masih lagi belum sedar biarlah. Mungkin kehadiran meraka disana cuma nak melihat Abby Albody kini bergetah selepas mendapat pucuk muda yang boleh disuruh serta diarahkan kemana sahaja.

Sunday, October 27

WALAUPUN MARAH TETAP SAYANG JUGAK #PRKSgLimau


Pas bermain politik murahan apabila mengambil kesempatan ketika berkempen di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan menziarahi bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Jamil Khir Baharom, yang sakit diserang angin ahmar.

Dalam lawatan itu, pada 24 Oktober lalu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pas PRK Sungai Limau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar bersama calon DUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd. Samat mendakwa bapa menteri itu, Baharom Ramli, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak Baharom yang turut mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Pas.
Menurut Mohd. Jamil, beliau memaklumkan dakwaan itu kepada bapanya dan telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Baharom yang menolak tuduhan mengatakan dia yang membaca doa ketika menerima kunjungan pemimpin Pas.
Luahan rasa penduduk Sungai Limau

“Yang berlaku ialah bapa saya menadah tangan sambil mengaminkan doa yang dibaca oleh Mohd. Azam. Dia pun tak tahu apa orang itu sebut… dia (bapa saya) tolong aminkan doakan saja. Tapi dalam media propembangkang, pemimpin Pas sebut bapa saya baca doa.

“Ini mainan politik yang terlampau rendah cara permainan yang dibawa oleh pemimpin Pas untuk memburuk-burukkan saya. Kenapa nak libatkan ayah saya? Dia (Baharom) tidak tanding apa-apa jawatan pun.

Beliau mengulas laporan media pembangkang yang menyiarkan video menunjukkan Mahfuz dan Mohd Azam mengaminkan doa yang dibaca oleh Baharom, yang terlantar di atas katil akibat diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Video nie mambuatkan Mahfuz Kantoi...

Mengulas lanjut isu itu, Mohd. Jamil yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, beliau hendak mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin Pas itu kerana sudi menziarah bapanya setelah tiga tahun sakit dan uzur.

“Rupa-rupanya ada hikmah juga dengan pilihan raya kecil ini, sekurang-kurangnya pemimpin Pas datang menziarahi bapa saya. Kalau ada kematian (wakil rakyat), adalah ziarah menziarah oleh pemimpin Pas. Kalau tidak ada kematian, tidak adalah aktiviti ini (ziarah).

“Tetapi yang agak tidak cantiknya, apabila hendak pergi ziarah, jangan bawa media, sebab tentu keluarga yang diziarahi itu tertekan kalau gambar bapanya diambil dan disiarkan dalam media," katanya.

MASIH BERMIMPI ATAU LENA LAGI @MukhrizMahadir #PRKSgLimau


Penerimaan bukan sahaja diterima dari rakyat Sungai Limau malahan Tuan Guru Pengetua dari sekolah takfiz pun dah mula menerima pedekatan BeraniHijrah. Ramai yang mengatakan ini semua propa akan tetapi bersandarkan dari gambar diatas ada sesiapa yang cuma menafikan. Kalau dah macam nie punya bergambar takkan nak kata tipu atau fitnah jugak.

Penduduk Sungai Limau tidak boleh berterusan berada dalam kemunduran dan keadaan serba tidak maju sebaliknya perlu ada rasa ingin menandingi rakan mereka yang jauh sudah ke hadapan dalam kawasan ditabdir oleh Barisan Nasional (BN).

Mereka perlu sedar bahawa era kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tidak ada lagi sekembalinya ke rahmatullah.

Sekarang adalah masa untuk berubah dan keluar daripada kepompong tidak maju kepada lebih berwawasan supaya tempat tinggal mereka mempunyai pembangunan yang tersusun.

Macam mana calon Pas (Mohd. Azam Abd Samat) boleh menabur janji mahu membawa masuk jalur lebar secara percuma kalau kawasan ini mundur dan tidak mempunyai sebarang prasarana yang boleh menyokong kepada projek itu.Adakah janji itu bakal ditunaikan atau masih lagi mahu berjanji akhirnya janji menjadi capati.

Mereka boleh menjanjikan macam-macam, tetapi akhirnya mereka minta duit daripada Kerajaan Pusat. Daripada kita berikan kepada mereka, kenapa tidak rakyat kawasan ini memberi kemenangan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim pada hari mengundi.


Saturday, October 26

GEMPAR :ABBY ABADI TIDAK DIRESTUI ALLAH BERKEMPEN #PRKSgLimau @abby_abadi112


Abby Abadi dilanda musibat ketika matahari terik memancar. Sudahlah pakaiannya bertutup litup mengalahkan orang kuat beriman akan tetapi hatinya mempunyai dendam yang amat mendalam terhadap UMNO. Ini balasan allah padanya ketika turun berkempen di PRK Sungai Limau. Memang lemau luar dan dalam der kalau kena macam nie.


Kebetulan MKP lalu ditempat kejadian tidak jauh dari COMMAND CENTRE BARISAN NASIONAL. Mulanya tak ambil pot sangat tapi bila tengok kelibat janda mendapat pucuk muda ini memang ada dedapan dihati. Kalau korang nak tahu lokasi kejadian ini berlaku dijalan sungai dedap. 

MKP bagi peringatan pada abby albody nie sesudahlah menfitnah nanti takut tak sempat minta maaf pada yang kena fitnah.Tapi best jugak tengok Abby Albody nir bermandi peluh nie kena pulak tiupan angin yang menghembus menampakan setiap lurah yang pastinya memberahikan.

Kalau malam nie tak dapat yang dihajat jangan pulak salahkan MKP pulak.....


SUKA HATI MAKBAPAK DIA SAJA @CMLimGuanEng


Kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan nombor pendaftaran PG1 cetus kontroversi lagi!

Selepas menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk Pulau Pinang kerana didedahkan diletakkan di kawasan larangan pada Ogos lalu, PG1 sekali lagi dikesan dihentikan di kawasan tidak sepatutnya.

Kali ini, kelibat PG1 dirakam diletakkan di kawasan yang tidak mempunyai petak letak kereta di Jalan Chulia lalu menyusahkan kenderaan lain yang mahu membelok.

Gambar diatas menunjukan sikap kebiadapan. Kereta rasmi Guan Eng diletakkan di kawasan larangan dan dikatakan menyusahkan pemandu lain.
Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Chulia di mana kereta itu diletakkan di tepi jalan yang sempit.
Ia juga merupakan tempat untuk membelok, sekali gus menyusahkan pemandu kenderaan lain yang ingin membelok ke jalan besar. Keadaan ini turut meningkatkan risiko kemalangan.
Sebagai pemimpin utama di negeri ini, bukankah beliau harus menunjukkan teladan yang baik kepada orang lain.

Sebagai maklumat, PG1 sebelum ini juga pernah dirakam dihentikan di kawasan larangan yang juga merupakan kawasan kunci tayar Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Semasa kejadian, Guan Eng dikatakan sedang minum dan berborak dengan orang lain dalam sebuah kedai kopi sementara pemandunya meletakkan PG1 dalam kawasan larangan.

Selepas gambar itu tersebar dan menjadi topik hangat, Guan Eng dilaporkan telah menasihatkan pemandunya supaya tidak meletak kenderaan di kawasan larangan

ANAK JANTAN LAPOR AJELAH @MukhrizMahathir #PRKSgLimau


Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mencabar PAS agar meneruskan hasrat mereka untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beli undi di majlis pemberian bantuan perumahan dan cermin mata percuma Yayasan Felda semalam.

Teruskanlah kerana saya tak tahu bagaimana mereka mahu buktikan dakwaan itu," katanya.

Beliau juga mendakwa pemberian bantuan seumpama itu turut dilakukan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka buat perkara sama di Pulau Pinang dan Selangor dan waktu pilihan raya kecil di Galas, Gua Musang," dakwanya tanpa mengulas lanjut tentang perkara itu.

BN semalam menerusi Yayasan Felda memberikan bantuan berjumlah sekurang-kurangnya RM1.12 juta kepada penduduk Sungai Limau di kawasan Simpang Tiga dalam bentuk bantuan memperbaiki rumah dan pemberian cermin mata percuma.

Bantuan itu adalah dalam bentuk geran RM5,000 untuk setiap isi rumah kepada 200 keluarga serta pemberian 700 cermin mata percuma yang bernilai kira-kira RM180 setiap seorang kepada hadirin majlis itu.

PAS pada sidang media pagi tadi menerusi ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata pihaknya akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM.

Friday, October 25

HEBAT CERAMAH DENGAN RUMPUT RUPANYA.. #PRKSgLimau


MKP hairan dengan kelibat pemimpin PAS pada prk sg limau kali nie. Macam dah tak mendapat sokongan la pulak dari rakyat tempatan. Almaklum kempen baru bermula 3hari pada hari ini.  Mungkin orang kedah memang sebetulnya bercuti dan tudak keluar pada waktu malam macam nie.

ceramah tadi diatas lori berlangsung di simpang empat bersebelahan klinik kesihatan Dulang Kecil. Ceramah kali ini biasalah dengan isu lapuk untuk mengaburi dan menipu penduduk kampung. Isu harga minyak konunnya membebankan rakyat padahal rata-rata penduduk disini adalah nelayan dan petani mendapat subsidi untuk tanaman serta hasil tangkapan mereka.  Rasanya tak jalan isu yang dimainkan nie.

Yang paling best adalah memburukkan pemimpin UMNO terutamanya Ketua Wanita dengan NFC.Disini aura tun mahadir banyak memberikan tekanan pada PAS. Mukhriz pulak menjadi ancaman oada pemimpin PAS. Ternyata tomahan menutup mahad tahfiz sains di Pulau Tuba bakal menjadi peluru makan tuan. Isu berkenaan telah selesai...



BAGI LAGI MUKA PADA PENJAWAT AWAM.......


Pengumuman bonus yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hampir pengakhiran ucapan Bajet 2014 pasti melegakan 1.4 juta orang penjawat awam.
Masakan tidak, Najib ketika menyentuh mengenai penjawat awam dalam ucapan pembentangan Bajet 2014 menyatakan kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan membabitkan peruntukan RM1.6 bilion pada Julai lalu.
Ucapannya itu kemudian diakhiri dengan persetujuan kerajaan untuk menambahbaik 81 sklim perkhidmatan mulai bulan depan dan kemudian membuat pengumuman mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Pada ketika itu, majoriti pendengar pengumuman Bajet 2014 beranggapan tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini dan tanggapan tersebut seolah-olah betul apabila Najib mengumumkan bayaran khas kepada pesara.
Namun, ketika debaran menantikan pengumuman bonus semakin hilang, Najib tiba-tiba membuat kejutan dengan meminta penjawat awam jangan bimbang kerana kerajaan akan memberi bonus sebanyak setengah bulan gaji.
Serentak itu, kedengaran tepukan meja oleh ahli-ahli Parlimen. 

PERTEMBUNGAN DUA GERGASI KEDAH...... #BeraniBerubah @MukhrizMahadir @MahfuzOmar


Jumaat hari cuti di Kedah. Walaupun suasana pagi masih lengang di Alor Setar namun ia berbeza di Yan terutama di Sungai Limau.

Kedai makan dan gerai di sini penuh dengan pelanggan yang menjadi penduduk sementara sepanjang dua minggu ini. Baju biru dan hijau memenuhi ruang selain bendera UMNO dan Pas.

Kempen sudah masuk hari ketiga di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. Kelibat tokoh-tokoh politik terkenal Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masih belum kelihatan selepas hari penamaan calon baru-baru ini.

Selepas Bajet 2014 diumumkan pada petang ini, Sungai Limau dijangka akan mula dikunjungi lebih ramai pemimpin besar parti-parti politik bagi menghangatkan suasana kempen PRK Sungai Limau.


Ramai pemerhati politik tempatan melihat PRK ini bukan sahaja ‘perlawanan’ Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (UMNO) dan  Mohd. Azam Abd. Samat (Pas) semata-mata.

Ia juga pertarungan kredibiliti dua tokoh dalam Pas dan UMNO Kedah iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Mahfuz Omar.

Menurut mereka, selepas tewas tipis menjadi Naib Presiden UMNO, Mukhriz mahu kembali mengangkat semula popularitinya dalam arena politik dengan memenangi PRK kali ini.

Sementelah lagi, ia peperangan pertamanya sejak menjadi Menteri Besar Kedah dan Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO  dan BN Kedah.

Lebih-lebih lagi Sungai Limau menjadi penanda aras kepada kekuatan UMNO dan BN Kedah untuk merampas kawasan di kubu kuat Pas yang dahulu dipegang selama lima penggal oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Mengambil motto Berani Hijrah – Mukhriz memberi signal, anak mantan Perdana Menteri itu bukan seorang yang mudah putus asa.

Bagi Mahfuz pula, mengekalkan kuasa Pas di Sungai Limau penting kerana ia tugas pertamanya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah dan jika kekal, imejnya semakin dominan di dalam parti.

Ia juga meningkatkan moral ahli-ahli Pas untuk bersiap sedia merampas semula negeri Jelapang Padi itu pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Lagi pun, Mahfuz mungkin merasa tenang sekirana menang lagi, imejnya diterima oleh para penyokong Allahyarham Azizan yang dikaitkan tidak sebulu dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah. Aura Mukhriz yang semakin bersinar sukar dikelabukan Pas.

Justeru tidak hairanlah kenapa beliau tidak habis-habis menyeru pegundi memberi kuasa kepada Pas kerana satu kerusi di Sungai Limau tidak kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Apa pun, siapa sahaja yang menang di Sungai Limau tidak mengubah landskap politik negara tetapi ia mengubah kerjaya politik Mukhriz dan Mahfuz.

GEMPAQ : JANGAN LARI KALAU JUMPA ULAQ.... @MukhrizMahadir #PRKSgLimau


"Memang kalau ular masuk rumah dikawasan bendang" kata orang Kedah. Tapi untuk orang luar dari kedah Maksud BENDANG itu adalah sawah padi. MKP bersama rakan-rakan Pemuda UMNO Pulau Pinang meredah kawasan Kampung disini untuk mengetahui dan merasai sendiri denyut nadi penduduk setempat.Kebetulan rumah penduduk kampung dimasuki ular tedung selar didalam gambaq nie. Apa lagi depa pun masuk pi bunuh ular tersebut. Apa pun sempat jugalah berbakti pada tuan rumah.

Tapi persoalan yang sedang bermain diminda penduduk kampung ialah Projek Mega yang telah diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Paduka Diraja Mukhriz Mahadir. Projek yang dinamakan ZIPY ini bakal mengambil tanah penduduk kampung untuk perlaksaannya. Akan tetapi MKP sempat menunjukkan keratan janji yang telah dibuat oleh Menteri Besar Kedah baru-baru ini.


Selepas melihat dan mendengar penjelasan kelegaan Penduduk kampung nampaknya lega dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh MB kedah ini. Sememangnya Rakyat Kedah terhutang budi pada Mantan Perdana Menteri Tun Mahadir. Elok jugak benda sebegini bakal mengukuhkan Barisan Nasional di Kedah Darul Aman.

Thursday, October 24

@MukhrizMahathir TAHLIL BUAT ARWAH AZIZAN #PRKSgLimau


Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razak, tetapi bagi orang-orang PAS, waktu berkabung telah tamat. Malah, kita tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhi Allahyarham.

Sebelum arwah meninggal juga, terdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan berita beliau jatuh sakit. Apabila beliau tenat, mereka mempersendakan pula dan membuat tuduhan yang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yang berbaik-baik dengan UMNO.

Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO.

Malah, dalam PRU yang lalu arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO. Namun, hubungan UMNO-PAS di Kedah di bawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umat Islam. Malangnya, sikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yang menganggap beliau sebagai ‘pembelot’ kepada parti.

TANGKAP AJE SAPA YG SEBAR GAMBAR/VIDEO.......... @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia


Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.

Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.

"Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Korang nie nak hambat apa pun jangan sampai menguris hati orang lain, Bayangkan kalau terjadi pada keluarga korang. Mesti sedih bukan. Jangan rosakkan kreditbiliti diri sendiri.

GADUH JANGAN TIDAK PULAK @MukhrizMahadir @HishammuddinH2O @Zahid_hamidi @TunFaisal


Sungai Limau menjadi medan untuk mentautkan kembali hubungan pemimpin UMNO selepas melalui pemilihan yang sengit.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai tuan rumah walaupun tewas pada perebutan jawatan Naib Presiden menerima tetamu yang terdiri daripada naib-naib presiden yang baru iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan lawan beliau yang begitu sengit Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Sebagai ahli politik yang matang pertandingan secara budiman telah selesai, kini mereka mempunyai misi untuk merobohkan kubu kuat Pas di Sungai Limau. Tun Faisal Ismail Aziz yang gagal merebut slot selaku ahli Majlis Tertinggi turut kelihatan. Kesepakatan yang ditunjukkan pemimpin UMNO itu memberi keyakinan kepada ahli di akar umbi. Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum kembali. Biduk berlalu kiambang bertaut.

Pihak lawan pula iaitu Pas memang tidak dapat menyembunyikan pergeseran antara pemimpin mereka, khusus pemimpin Pas Kedah. Ketika wartawan menemubual Datuk Pahrolrazi Nawawi, Mahfuz Omar selaku pengarah PRK Sungai Limau asyik menjeling-jeling ke arah rakan seperjuangannya itu seolah-olah tidak berpuas hati kerana media tidak memberi perhatian kepada beliau selaku Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru.

Pelantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah adalah ekoran kematian Tan Sri Azizan Razak memang menimbulkan kontroversi kerana beliau melangkah tiga Timbalan Pesuruhjaya termasuk Pahrolrazi yang ketika itu Pesuruhjaya Pas 1 Kedah. Pahrolrazi yang kecewa dengan keadaan itu telah meletakkan jawatan.

Semalam ketika penamaan calon PRK Sungai Limau yang berlangsung di Dewan Dato' Madi, Yan, memang jelas hubungan mereka belum pulih. Pahrolrazi bukan sahaja tidak mesra dengan Mahfuz, bahkan beliau kelihatan tersisih daripada para pemimpin Pas yang lain.

Pahrolrazi hanya duduk sekejap di sebelah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Itu pun ketika Hadi duduk seorang diri. Selepas bertemu Hadi, Pahrolrazi terus menghilangkan diri. Pahrolrazi tentunya tidak selesa berada di kawasan Allahyarham Azizan kerana beliau antara yang dikatakan cuba menjatuhkan Azizan ketika pemimpin Pas itu menjadi Menteri Besar Kedah.

Begitulah perbezaan UMNO dan Pas. Para pemimpin UMNO walaupun menyedari perpecahan di dalam Pas Kedah, mereka tidak ghairah untuk mencerca lawan, berbanding di kem Pas yang begitu gemar mempersendakan UMNO yang kononnya telah menolak Mukhriz.

Memang Mukhriz kalah tetapi dengan perbezaan jumlah undi yang kecil dan dengan undi popular yang besar. Ini bermakna akar umbi UMNO tidak menolak Mukhriz, namun memang menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang tidak seharusnya menang segala-galanya dan yang kalah pula tidak pula wajar kehilangan segala-galanya.

Sebab itulah UMNO menjadi parti yang terus kukuh walaupun selepas melalui pelbagai dugaan dan terus menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini.

BN membawa agenda pembangunan. Pas pula memang tidak pernah mempunyai sebarang agenda pembangunan untuk rakyat. Agenda mereka hanya mencerca lawan.

Tanggal 4 November ini pengundi Sungai Limau harus menunjukkan protes besar-besaran kepada politik adu domba yang dimainkan Pakatan Rakyat dengan meletakkan masa hadapan mereka di tangan pemimpin yang bukan sahaja ikhlas berkhidmat untuk rakyat, tetapi mempunyai kemampuan membela nasib mereka.

SKETSA ORANG KUAT UMNO #PRKSgLimau


Hujan renyai-renyai mengiringi majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Dewan Dato Madi pagi tadi.

Dingin kabus Gunung Jerai seakan-akan tidak terasa. Ribuan orang memenuhi pekan Yan. Kesesakan luar biasa di sana lebih teruk dari Jalan Tun Razak di ibu kota pada waktu puncak.

Kedai makan penuh sampai ada yang minum berdiri. Hiruk pikuk jangan cerita. Wajah-wajah ahli politik terkenal yang sebelum ini hanya tengok melalui televisyen kini ada depan mata.

Di satu sudut gerai roti canai, tiga ahli veteran UMNO berbincang mengenai isu calon sambil pekena kopi. Mereka mahu dikenali sebagai Pak Kob, Pak Mat dan Pak Mid.

Menurut Pak Kob, bukan mudah calon BN, Dr. Suhaimi Lazim merampas DUN Sungai Limau jika berdasarkan senario semasa.

“Dia ni dulu dah lama tinggalkan tempat ni jadi lecturer kat Tanjung Malim (UPSI). Tiba-tiba mai jadi calon. Walaupun dia orang sini, ada rumah kat sini tapi orang tak berapa nak `kenai',” katanya sambil menyalakan rokok.

Lagi pun, katanya, Suhaimi bukan calon pilihan boleh menang BN kerana ramai orang Cina dan India di Yan mahu bekas ketua Bahagian UMNO Jerai, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah.

Pak Mid senyum sambil hirup kopi dengar cerita Pak Kob.

Menurut Pak Mat pula, Mohd. Suhaimi disukai kerana dia sentiasa ada ketika rakyat di sini mahukan pertolongan tapi kerana dikatakan tidak sebulu dengan ketua bahagian baharu, Datuk Seri Jamil Khir Johari, namanya tidak naik.

“Dulu masa PRU-13, UMNO sini suggest nama dia (Mohd. Suhaimi) untuk Parlimen Jerai tapi kena reject. Bila Jamil Khir nasib baik menang tapi majoriti seribu lebih ja. Patut boleh dapat dua ribu lebih kalu ada sokongan Cina dan Hindu,” katanya.

Mengenai calon Pas, kata Pak Mat, Mohd. Azam Abdul Samad memang hari-hari kelihatan dan berpeluang mengekalkan kerusi yang ditinggalkan mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Lagi pun, katanya, Mohd. Azam yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Jerai itu belajar agama dan disukai ramai. Pak Mid masih tersenyum sambil mencarik-carik roti canai di depan mata.

“Patutnya Suhaimi jadi calon ada harapan sikit nak menang. Kalu ni susah nak habaq la. Tau la, sini kubu kuat bulan. Tapi kita sebagai orang UMNO mesti nak menang walau kat kubu lawan,” katanya sambil menepuk-nepuk meja.

Bab calon, kata Pak Mat, UMNO ikut pendapat pemimpin bukan pengundi.

“Mukhriz (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir) kena jaga ni. Jangan sebab kalu kalah sini kerajaan tak berubah. Kita tak peduli nak menang ka tidak. Kalah pun takpa,” katanya.

Pak Mid dari tadi diam tiba-tiba bersuara: “Mana tau menang ka kalah? Kita kena kerja la.”

Pak Kob buat muka cemuih dengar cakap Pak Mid.

Tiba-tiba pekerja kedai datang kira makan dan minum. Pak Kob tanya siapa suruh kira, pekerja berkenaan tunjuk seorang lelaki pakai songkok, cermin mata hitam di depan mereka.

“Semua Datuk  bayar. Ni berlebih lagi, dia bagi RM50,” kata pekerja itu. Pak Kob, Pak Mat serentak sebut terima kasih. Pak Mid tersengih-sengih sahaja.


Wednesday, October 23

TANAH RUNTUH 2 MAUT DI CAMERON HIGHLAND....


Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.

GEMPAK: PAS DAH SEDIA KENDERAAN RASMI #PRKSgLimau @MahfuzOmar @DPPNKedah


Comel tak Kak Ton motor nie? Esok pagi adalah hari penamaan Calon bagi PRK Sungai Limau. PAS dah bersedia dengan kenderaan rasmi untuk menipu orang kampung konunnya Merhean tidak berduit nak beri pada rakyat. Depa nie macam Along bukan nak tolong tapi pelingkup lagi ada.


Calon PAS nie nak menipu agaknya!!! Tolong bagitau kat mana serta menjawab apa yang telah ditanya seperti gambaq kat atas nie?......

Takkan orang yang belajaq ilmu Agama nak menipu kot? Tak takut nanti bila disoal didalam Kubuq. Dengan Manusia boleh jugak nak menipu tapi dengan Allah takkan boleh pejam mata kot?

Tuesday, October 22

CALON #PRKSgLimau MINTA DERMA UNTUK BERTANDING........


Sejak Azali lagi derma serta kutipan wang dari rakyat atau penyokong tegarnya tidak dapat dipisahkan. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebingnya. Itu jika belum menang kalau dah menang entah apa pulak nasib yang bakal menimpa pengundi yang telah memberikan amanat untuk mewakili mereka kelak. Lama dah kena tipu. Kadang kala MKP pun agak sinikal bila yang cerdik pandai pun kena tipu hidup-hidup dengan depa nie. 

Barisan Nasional pulak ambil pendekatan labuq duit dekat rakyat. Selalunya bila nak pilihanraya sudah pasti banyak benda yang diberi. Mulanya boleh nampak jalan tar diturap cantik-cantik mengalahkan litar lumba F1. Memang depa cakap Tranfomasi tapi benda yang sama jugak berlaku. Kalau orang lain cakap nanti kata memandai pulak tapi yang BODO nie mau kena tendang lagi baik. 

Ayat harami yang dok pukul canang perjuangan adalah Fisabilliah tapi geng atau Kroni depa saja yang sakau. Kalau bangkai burung boleh ditutup dengan daun pisang tapi kalau bangkai Gajah nak tutup dengan daun pisang buatkan orang gelak sampai Guling-Guling....

Seandainya Pas menang dengan majoriti undi yang lebih besar daripada sebelum ini, saya teruja hendak melihat bagaimana muka-muka orang BN yang sentiasa angkuh apabila bercakap tentang kemenangan apabila mereka kalah nanti.

Pemimpin-pemimpin BN seharusnya sedar diri dan letakkan diri di bawah bersama rakyat. Bukan bersikap sombong dan bangga dengan apa juga kemenangan yang dicapai. Kalau kalah, siapa yang malu?

Tidak kira dalam bentuk apa sekali pun, BN pasti akan terus berusaha berkempen habis-habisan untuk menawan semula kerusi yang semua orang tahu berada dalam kubu kuat Pas.

BN boleh buat apa sahaja yang mereka mahu untuk mendapatkan kerusi DUN Sungai Limau tetapi jangan fikir pengundi di sana mudah termakan dengan janji-janji manis BN. 

BARISAN NASIONAL BAKAL TUNGGING #PRKSgLimau


MKP hanya menunggu dan melihat gelagat rakan-rakan dari Sungai Limau. Apa saja yang hampa buat pasti ada saja yang memberikan laporan. Tak tau la lepas nie gambaq sapa nak kena terbalik. Tungu dah lihat tak rugi kan....

Memilih anak jati Sungai Limau, kedua-dua parti mempertaruhkan harapan yang besar terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan berikutan kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Razak pada 26 September lalu kerana komplikasi jantung.

BN menamakan bekas pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) , Dr Ahmad Sohaimi Lazim manakala Azam Samat yang merupakan Ketua Pemuda Pas Jerai menjadi pilihan Pas dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang telah lima penggal menjadi milik parti itu.

Kedua-dua calon merupakan anak jati Sungai Limau. Perbezaan ketara antara mereka adalah usia, di mana Dr Ahmad Sohaimi yang berusia 52 tahun dianggap calon matang manakala Azam yang dikenali Ustaz Azam pula pastinya berdarah muda. Latar belakang akademik keddua-dua calon tidak boleh disangkal kehebatannya.

Sebanyak 27,222 pemilih berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung pada 4 September ini. Tentunya, kedua-dua anak jati Sungai Limau menggalas tanggungjawab yang amat besar dalam memastikan misi parti dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun Pas pemilik kerusi DUN Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut sejak 1995, namun pilihan raya kecil kali ini membawa cabaran berbeza. ini kerana pengalaman yang dilalui Azizan di tahun-tahun akhir perkhidmatannya sebagai menteri besar terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 sedikit sebanyak mendedahkan kemelut kepimpinan parti itu.

Kejayaan BN merampas semula Kedah dari pakatan pembangkang turut menunjukkan kelemahan Pas dan tidak mustahil akan ada kesannya terhadap pilihan raya kecil di Sungai Limau.

Di pihak BN pula, ramai percaya bahawa tiada ruang kemenangan untuk parti itu malah ada pihak mencadangkan BN tidak perlu membuang masa meletakkan calon untuk pilihan raya kecil tersebut. Namun tidak semudah itu BN mahu memberikan kemenangan percuma kepada Pas, apatah lagi dalam keadaan sentimen kemenangan parti itu memiliki Kedah masih panas.

PRK Sungai Limau bakal menjadi penanda aras pertama sokongan penduduk tempatan terhadap kedua-dua parti selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu. Ketika itu Azizan terus menjadi hero Sungai Limau apabila menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

Oleh itu turun naik majoriti yang diperoleh amat penting malah menjadi petunjuk awal kepada BN dan Pas sejauh mana mereka mendapat tempat di hati rakyat. Jika undi kepada Pas meningkat maka BN mesti bersiap sedia meramalkan apa akan terjadi pada PRU-14.

Jika undi Pas merosot maka BN mesti melipat-gandakan usaha untuk terus memenangi hati rakyat. Ini kerana dalam sebuah negara, rakyat adalah raja.

Monday, October 21

Calon BN Gugup Di Sungai Limau


Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, gugup kerana bertanding di kubu kuat Pas.

Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mengakui perasaan gugup itu tidak dapat dielakkan kerana bakal berdepan tentangan kuat pembangkang selain menjadi perhatian media dari seluruh negara.

Bagaimanapun beliau yakin BN akan mencapai kemenangan kerana pengundi di kawasan berkenaan dahagakan pembangunan serta pembelaan.

Sokongan kuat keluarga dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir telah memberi keyakinan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab yang diserahkan oleh Pengerusi BN Kedah yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai anak jati Sungai Limau beliau faham kerajaan kawasan itu tidak pernah pinggirkan kerajaan walaupun dimenangi Pas dari tahun 1995 lagi.

Bagaimanapun situasi itu, kata beliau menyebabkan, suara rakyat di kawasan berkenaan tidak dapat dibawa ke atas kerana wakil rakyatnya adalah dari parti pembangkang.

''Masalah pesawah dan nelayan tidak mendapat pembelaan kerana ia tidak dibawa kepada pengetahuan kepada peringkat negeri dan pusat,'' katanya.

Ahmad Sohaimi yakin beliau diterima baik oleh penduduk setempat yang telah mengenalinya dan beliau berjanji akan memperbaiki kemudahan asas di kawasan berkenaan termasuk jalan yang rosak dan jambatan runtuh yang menjadi rungutan masyarakat di kawasan tersebut.

Anak Kampung Sungai Lintang itu juga memberi jaminan tidak akan membawa politik provokasi yang dapat merenggangkan hubungan sesama penduduk.

Beliau yang meletakkan jawatan sebagai Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, memang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat dan sanggup mengorbankan jawatan yang dipegang sebelum ini.

Sementara itu Muhyiddin menganggap Ahmad Sohaimi adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan terkenal sebagai seorang yang kuat agama.

Muhyiddin ketika berucap mahu jentera BN bersatu-padu dan memastikan kemenangan calon BN.

Menurut beliau, Sungai Limau penting untuk BN bagi memastikan kerajaan negeri Kedah kukuh dan sekali gus dapat menjadikan negeri itu sebagai negeri maju dalam tempoh yang singkat.

Muhyiddin juga mengingatkan jentera BN supaya menjaga perilaku semasa berkempen kerana parti UMNO dan Pas adalah sama memperjuangkan Islam dan keadilan, jadi tidak wajar masyarakat berpecah-belah kerana perbezaan fahaman politik.

Mukhriz semasa berucap berkata, apa yang dibawa UMNO bukan ideologi berlainan, tetapi mahu membawa pembangunan  dan kerjasama kedua-dua pihak kerajaan negeri dan pusat akan dapat merealisasikannya.

''Kita sedar ini kubu kuat Pas dan ini menjadi cabaran kepada jentera BN bersatu padu untuk memastikan kemenangan,'' kata Mukhriz.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan wakil rakyatnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.

BIAR BETUL INI @MukhrizMahadir MB KEDAH.....


Ini adalah gambaran sebenar yang mengatakan bahawa Menteri Besar Kedah memang ikhlas membantu rakyat Kedah yang dilanda musibah Banjir ketika ini.Kalau dulu MB boleh bersenang lenang tapi tidak sekarang kena turun padang membantu rakyat. Ini adalah satu pendekatan yang inklusif bukannya Ekslusif. 

Rasanya hanya MB kedah sekarang nie sahaja kot yang boleh macam nie. MB negeri lain MKP tak pasti pulak. Lepas pemilihan UMNO masa untuk tumpukan pada PRK Sungai Limau.

Di Sungai Limau secara umumnya kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Biasanya, di mana ada cawangan PAS di situ ada cawangan Umno. Kewujudan sokongan PAS dan Umno berlaku secara tradisi. Persaingan utama politik pun cuma berlaku antara PAS dan Umno sejak berzaman. 

Pengalaman melalui beberapa pilihan raya  kecil, kekuatan antara Pakatan dan BN selalunya tidak seimbang. Banyak tempat di mana Pakatan tiada cawangan, berbanding BN.  Jika BN berjaya mengepung ahli-ahlinya sahaja cukup untuk menang. Dan itulah yang mereka lakukan.

Untuk PRK Sungai Limau, kerja 'mengepung ahli' sendiri untuk pertahankan kemenangan terbeban kepada PAS. Bagaimana cara untuk melakukannya ke tahap maksimum, terserah kepada kebijaksanaan jentera PAS.  Itulah rahsia besar kejayaan PAS pertahankan Sungai Limau - secara teorinya.

PENANG BANJIR, WA BERENANG AJE............


Hebat Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang nie siap boleh berenang pakai pelampung bebudak lagi. Lepas menang pada PRU-13 apa peduli lagi pada rakyat Pulau Pinang. Korang nak mampus atau tenggelam itu masalah korang. Kecuali ada kena mengena dengan Kaum Sebangsa dengan Guan Eng.

Korang tengok sendiri sikap Guan Eng bila belum menang pada 2008 dan selepas menang pada 2013. Takkan benda mudah macam nie pun masih ramai melayu Haprak masih nak sokong. Mungkin lepas nie boleh bagi rasuah sama korang hanya dengan rm200 aje untuk kembali sokong DAP. Mudahkan melayu Pulau Pinang dibeli DAP.



Kalau pemimpin UMNO depa kata nie semua Drama Melayu. Memang dasar harami. Yang melayu UMNO nie pun kurang pandai berdrama namun demi rakyat yang telah mengundi nak tolong walaupun kena angkat Kain atau seluaq.

Tapi MKP tabik spring pada Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh Cikgu Zaidi yang turun padang pada hari pertama menang Kerusi panas nie. Parlimen paling panas tue. Kalau macam nie punya buat kerja sudah pasti pada PRU-14 boleh merampas Permatang Pauh. Bukan berkerja ikut musim aje. Mana Anwar masa rakyat sedang dilanda musibah. Memang kamjat Anwar nie kalau nak mengkongkek cepat. Nak tolong rakyat kawasan sendiri pun tidak.

Tapi MKP musykil jugak dengan Cikgu Zaidi nie. Biasalah penyapu baru memang solid sapu bersih. Jangan pulak hanya hangat taik ayam pulak. Apa pun Tranformasi telah bermula jangan pandang belakang dah.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive