Thursday, January 30

UMNO PERMATANG PAUH PULAK MEROYAN #PRKKAJANG


Sehingga kini rakyat Marhean yang tinggal serta mengundi di Permatang Pauh membisu seribu bahasa. Mungkin dah mendapat azimat serta amanah dari langit Anwar akan membela rakyat didalam apa jua kesusahan yang mereka hadapi.

MKP gelak sampai sakit perut bila yang memperjuangkan nasib orang melayu serta UMNO permatang pauh bersuara. Masih relevan lagikah UMNO disana. Rakyat memandang serta melihat apa saja yang dilakukan oleh pemimpin. Mendapat kepercayaan rakyat amat sukar sekali jika masih ditakuk lama dan tidak mahu berubah. Kalau dah berubah memang bagus. Menyakinkan Pengundi di Permatang Pauh diibaratkan bermimpin disiang hari.

Keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding PRK DUN Kajang merupakan satu lagi 'perlekehan demokrasi' secara terang-terangan yang di tunjukkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.Selepas Permatang Pauh , Penanti kini menjalar pula ke Kajang.Segala yang berlaku ini adalah semata-mata memenuhi nafsu serakah insan bernama Anwar Ibrahim yang tidak ada batas kepuasannya. 
Seluruh negara juga mengetahui saat ini bahawa PKR terpalit dalam pergolakan dalaman yang amat serius.Perbalahan isu PKNS-AZMIN-KHALID , Larangan kemasukan Anwar ke negara matahari terbit dan di tambah pula isu tuntutan fasakh Naib Presiden PKR yang juga anak kesayangan Anwar telah memaksa Ketua Umum ini mengalihkan percaturan politik beliau.Sehari dua ini Anwar berjaya memadamkan semua kisah berikut di dada akhbar harian mahupun media alternatif.Inilah Anwar Ibrahim. 
Ahli-ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh seramai 17 ribu orang dan 70,760 ribu pengundi , sudah semestinya merasa terkilan dengan keputusan Dato Seri Anwar ini.Seluruh masyarakat Permatang Pauh menyedari bahawa selama beliau menjadi MP Permatang Pauh beliau GAGAL melaksanakan amanah yang diberi. 
Pencapaian beliau amat teruk sekali.Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat.Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh. 
Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan , ketika BN Permatang Pauh turun ke padang menyampaikan bantuan pada 300 masyarakat Tionghua baru-baru ini , Anwar dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau terpaksa menawar diri bertanding di Kajang kerana itu adalah kehendak Parti kononnya.Masyarakat Tionghua Permatang Pauh pasti tidak akan merasai manisnya limau mandarin Anwar Ibrahim Ahli Parlimen mereka yang mungkin mereka rindui. 
Sekian lama orang Permatang Pauh hanya mampu bertanya 'dimana Anwar?' ketika mereka memerlukan khidmat Ahli Parlimen yang selama ini menanam tebu di bibir , contohnya ketika musibah kebakaran dan banjir baru-baru ini , Anwar lesap entah ke mana.Percayalah wahai orang Kajang bahawa anda juga akan menjadi seperti kami di Permatang Pauh andai termakan janji manis beliau.Anwar tidak boleh berubah lagi , dia meletakkan dirinya atas kasta yang amat tinggi berbanding pengundi-pengundi yang mengangkat darjatnya itu 
Menyedari hakikat itu , kami di Permatang Pauh berharap pengundi-pengundi Kajang tidak akan tertipu dengan agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya.Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya BN membuat keputusan untuk bertanding maka UMNO Bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar seramai 30 orang petugas sepenuh masa yang akan terlibat sepanjang kempen berlangsung.Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh di menangkan di Kajang. 
Dalam masa yang sama sebuah lagi pasukan akan berkempen di Permatang Pauh dengan berkunjung ke segenap kampung dan taman perumahan dalam Parlimen Permatang Pauh bagi mendapat dan mendedahkan segala masalah rakyat di Permatang Pauh yang Anwar tidak selesaikan sekian lama. 
Moga segala pendedahan , kejutan dan kempen yang akan kami lakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi DUN Kajang untuk menolak insan bernama Anwar Ibrahim ini. 
Sekian,
Mohd Zaidi Hj Mohd Said
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh




MKP Ayat Sempoi: Bila Chegu Zaidi nak Dapat DATUK.

Wednesday, January 29

PIMPINAN PAS MASIH ADE TELOQ LAGI KE............?


Ini Natijahnya bila terlampau nak sangat berkuasa. Pepatah Melayu ada mengatakan jika terlalu gelojoh dan bernafsu serakah nanti bakal menjahanamkan diri dan negara. "Apa yang dikejar tak dapat Yang dikendong pulak berciciran"
“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi. 
“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat. 
“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN”  Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 
“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan 
“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan. 
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman 
“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP. Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat” - Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.

 Ketika ini wujud desas-desus yang kuat bahawa Sultan Selangor berkemungkinan tidak akan memberikan perkenan baginda jika wujud permintaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru andai beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Sebaliknya, wujud kemungkinan calon PAS yang akan diperkenan oleh baginda.

Antara faktor adalah kerana Anwar bukan anak jati Selangor (walaupun Undang-Undang Tubuh Selangor 1959 membenarkan) dan keadaan bukan begitu terdesak sehingga perlu mengambil calon kelahiran negeri lain menjadi Menteri Besar.

PAS sebaliknya pula memiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih ramai berbanding PKR dan hampir kesemuanya berasal dari Selangor yang menimbulkan persoalan apa perlunya mengambil Anwar sebagai Menteri Besar.

Dengan PAS membuat bantahan secara terbuka apabila diperkudakan Anwar, kemungkinan besar perkenan tuanku tidak akan jatuh kepada Anwar, sumber memberitahu Mynewshub.

Tuanku juga dikatakan memahami sentimen rakyat yang sebahagian besar tidak mahu Anwar manakala sebahagian lagi mahu calon PAS mengantikan Khalid Ibrahim.

Kesilapan terbesar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu itu adalah kegagalan Khalid Ibrahim dan Anwar merafak sembah memaklumkan kepada Sultan Selangor akan rancangan parti itu.

Tindakan membelakangkan Sultan itu dikatakan tidak dapat diampunkan dengan mudah.

Sehingga semalam, baginda masih memperlihatkan kecenderungan menyokong Khalid dalam kemelut merebut jawatan Menteri Besar negeri berkenaan.

Walaupun laluan ke tahap sama ada Anwar berjaya menjadi Menteri Besar masih jauh dan belum tentu Anwar akan berjaya, namun tindakan istana Selangor perlu mula diberikan perhatian dari sekarang .

Kerana peranan istana rasanya yang akan menjadi kunci kepada penyelesaian di Selangor dalam masa beberapa minggu akan datang.

Tuesday, January 28

RAHSIA #PRKJUBOR DIDEDAHKAN.... INI TIDAK ADIL...


Semua orang sudah tahu, Khalid Ibrahim sudah umumkan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi N25, DUN Kajang dalam satu sidang akhbar pada jam 11.00 pagi, 28 Januari 2014 di Ibu Pejabat Keadilan.

 Mengikut syarat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar gantikan Khalid Ibrahim.

Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim? Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014. Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang?

Kenapa ADUN Kajang yang perlu meletak jawatan? Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor.

Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.

Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadang untuk menjadi MB Selangor. Apa kata jika Tuanku Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor?

Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat Anti Institusi Raja di Selangor.

Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei. Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jgn dengar titah Sultan & Agong.

Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? Siapa yg baling molokov cocktail di gereja? Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan war cry Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam.

Apakah sudah terpadam cita cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar?

Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor.

Monday, January 20

Saya Menteri Luar Paling Pailang Jika Sekat Anwar..........


Negara Jepun dikejutkan dengan kehadiran adiwira baru di Lapangan Terbang Narita hari ini. Adiwira tersebut yang terkenal dengan kuasa anti arsenik dan kuasa kebal skandal hanya dikenali dengan nama Ultraman BlakangTaro. Pihak imigresen Jepun yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Kyusyu terpaksa menafikan kemasukan adiwira baru tersebut dengan DUA alasan iaitu:

1) Jepun sudah pun mempunyai begitu banyak Ultraman, termasuklah dari kelompok adik beradik Taro dan kemasukan Ultraman yang baru ini bakal menjadikan negara pulau tersebut semakin sesak; dan

2) Ultraman BlakangTaro ini dikesan mempunyai Skandal China DollGate yang dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi hubungan Jepun dengan Negara China.

Ultraman BlakangTaro telah selamat dihantar pulang semula hari ini.



Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan, khususnya Wisma Putra mendalangi kejadian beliau dilarang memasuki Jepun adalah tidak berasas dan tidak masuk akal.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, setiap negara termasuk Jepun mempunyai kedaulatan dan hak untuk memberi kebenaran atau menafikan mana-mana individu masuk atau keluar ke negara masing-masing.

“Keputusan itu adalah perogatif pihak berkuasa atau kerajaan sebuah negara berdaulat mengikut undang-undang negara berkenaan. Keputusan tidak mengizinkan seseorang warga asing masuk seperti yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar tidak mungkin boleh dipengaruhi mana-mana kuasa luar atau asing,” kata Anifah dalam sidang media di ibu negara petang Isnin.

Menurut Anifah, sebagai menteri luar, beliau tahu bidang kuasa dan peranannya dalam konteks menjaga hubungan diplomatik serta pelbagai hala antara Malaysia dengan semua negara sahabat.

Katanya, percubaan untuk mengarah atau mempengaruhi mana-mana negara untuk menghalang individu seperti Anwar masuk ke negara berkenaan adalah biadap dan keterlaluan.

“Jika saya selaku menteri luar Malaysia mampu meminta atau mempengaruhi Tokyo atau mana-mana kerajaan asing untuk berbuat demikian memang sangat besarlah kuasa saya dan jelas saya tentunya seorang menteri luar paling berpengaruh di di dunia,” kata Anifah sinis mengulas dakwaan Anwar.

Anifah menjelaskan, undang-undang Jepun membolehkan pihak imigresen negara itu menafikan kemasukan atas sebab antara lainnya jika individu berkenaan pernah disabitkan kesalahan jenayah, berada dalam senarai orang yang diburu, atau maklumat risikan menyenaraikan individu terbabit sebagai pengganas atau ancaaman keselamatan terhadap negara itu.

“Bagaimanapun saya tidak tahu kenapa Anwar dinafikan kebenaran masuk, kerajaan Jepun juga tidak bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada saya mengenai punca Anwar dihantar pulang.

“Malah saya juga tidak tahu mengenai bila dan kenapa Anwar ke Tokyo selain tidak berminat dan bukan tanggungjawab saya mengawasi pergerakan ketua pembangkang itu,” jelas beliau lagi.

Anwar, kata Anifah, selaku bekas timbalan perdana menteri dan anggota Kabinet kerajaan Malaysia sepatutnya arif mengenai prosedur serta protokol hubungan antarabangsa, justeru tindakan beliau yang seolah mmelatah membuat tuduhan melulu mempersalahkan kerajaan jelas tidak matang serta tindakan terdesak bagi menutup malu diusir pulang.

Anifah turut memberikan contoh mengenai Senator Australia, Nicholas Xenophon yang dinafikan kebenaran masuk ke negara ini pada Februari 2013.

Anifah berkata, dalam kes Xenophon pihak berkuasa Imigresen Malaysia, Wisma Putra dan Kerajaan tidak perlu membuat penjelasan atau tunduk kepada tekanan mana-mana pihak di Australia.

“Dan saya tentunya merasa jengkel jika ada pihak di Australia cuba mengarah, mempengatruhi atau campurtangan dalam bidang kuasa perundangan negara kita yang merdeka dan berdaulat ini,” katanya.

Anwar dilapurkan terkandas di Lapangan Terbang Narita, Jepun setelah dihalang masuk dan diarah balik dengan pesawat pertama ke Malaysia atas alasan rekod Imigresen Jepun.

“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu ‘kerana laporan terkini’ kemungkinan pada 2013,” kata Anwar yang berkata beliau sendiri tak pasti mana laporan mana yang dimaksudkan.

Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang.

“Rekod-rekod seperti kes mahkaamah dan sebagainya adalah dokumen awam yang boleh diakses sesiapa sahaja. Bukan kerja menteri luar atau Wisma Putra untuk menyenaraikan segala kesalahan dan aktiviti Anwar untuk diposkan kepada semua kerajaan di dunia,” kata Anifah lagi.

TUNTUTAN TIDAK MUNASABAH SRJK CASTLEFIELD @ShahrilMokhtar @MyRapidKL


Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana Zulkifli Mohd Yusof memaklumkan bahawa meskipun pihaknya mempunyai perintah mahkamah dan kelulusan berkaitan daripada pihak berkuasa, kumpulan itu yang terdiri daripada anggota lembaga sekolah berkenaan, masih enggan membenarkan kerja pembinaan dilakukan.

Beberapa orang, termasuk anggota polis tambahan dan Naib Presiden Kanan Jabatan Keselamatan Prasarana Abdul Rahim Shariff, cedera dalam pergelutan yang berlaku, menyebabkan mereka membuat laporan  polis.

Sikap pihak dari CASTLEFIELD ini boleh dianggap sebagai sikap tamak haloba dan “selfish” dengan hanya memikirkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan dan kesenangan penduduk kawasan sekitar.

Untuk memudahkan pembaca, MKP akan ceritakan “chronology of event” rundingan syarikat PRASARANA dengan SRJK CASTLEFIELD:

RUNDINGAN PERTAMA PRASARANA & CASTLEFIELD

Antara “demand” dari pihak CASTLEFIELD adalah untuk PRASARANA memasang perkara berikut:

1. Sound proof barriers

2.Hawa Dingin disetiap bilik darjah.

3. Membaiki kemudahan sekolah

Ketiga demand diatas telah dipersetujui oleh pihak PRASARANA. Selain itu sebagai tanda “goodwill” kepada pihak sekolah, PRASARANA juga telah komited untuk mencantikkan landscape sekolah dengan menanam pelbagai jenis pokok dan bunga untuk kebaikan dan keselesaan para pelajar.

Rundingan pertama telah dipersetujui kedua belah pihak. Namun,

 CASTLEFIELD BUAT PUSINGAN – U, KELUARKAN DEMAND BARU

Setelah bersetuju dengan rundingan yang dilakukan oleh pihak PRASARANA,  CASTLEFIELD telah membuat U-Turn dengan menukar demand mereka. Kini mereka telah demand PRASARANA untuk membina untuk mereka satu sekolah baru yang berharga RM 20,000,000.00 (20 Juta). Ini merupakan satu demand yang tidak munasabah dimana pada artikel sebelum ini MKP telah menulis bahawa tanah yang diperlukan oleh PRASARANA hanya 20m2.

Selain itu, pihak CASTLEFIELD mahu project sekolah baru ini diuruskan oleh pihak sekolah sendiri. Mereka sendiri mahu memilih kontraktor, membeli barang dan segala pembayaran kepada kontraktor yang mereka pilih ini melalui pihak CASTLEFIELD dan bukan PRASARANA.  Dalam bahasa yang mudah mereka mahu PRASARANA beri kepada meraka RM 20 juta dan mereka akan urus sendiri pembinaan sekolah baru ini. Persoalan MKP:

1. Apa kemahiran yang pihak CASTLEFIELD ada untuk mereka menguruskan projek RM 20 juta ini?

2. Kenapa pihak CASTLEFIELD mahu memilih kontraktor mereka sendiri? Apa kelebihan kontraktor mereka berbanding kontraktor yang dipilih pihak PRASARANA?

3. Kenapa pihak CASTLEFIELD yang hendak buat procurement untuk construction? Bolehkah mereka mendapat diskaun dan harga yang lebih baik daripada PRASARANA?

4. Kenapa pihak CASTLEFIELD mahu segala pembayaran kepada kontraktor ini melalui mereka? Adakah mereka mahu “mark-up” invoice yang mereka terima daripada kontraktor dan charge PRASARANA lebih dari harga invoice?

5. Mengapa mereka tidak mahu pihak PRASARANA yang menguruskan pembinaan sekolah ini walhal PRASARANA mempunyai kebolehan untuk manage project infrastruktur yang bernilai berbillion ringgit?

6. Persoalan paling penting adalah kenapa Pihak CASTLEFIELD mahu pegang duit RM 20 juta sedangkan mereka tiada kebolehan, pengalaman dan kredibiliti untuk manage project yang sebesar ini?

Pendapat peribadi MKP adalah pihak Castlefield merupakan pihak yang sangat tamak yang hanya mahu membuat duit daripada Projek Jajaran LRT (LEP) ini.

BACA JUGAK DISINI REZQEEN HILL

Kumpulan Individu Halang Projek Jajaran LRT @ShahrilMokhtar @MyRapidKL


Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana Zulkifli Mohd Yusof (kanan) menunjukkan pelan susun atur kejuruteraan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield, Puchong.Turut hadir Naib Presiden Kanan Jabatan Keselamatan Prasarana Abdul Rahim Shariff (kiri). Pembinaan laluan bagi projek penyambungan jajaran LRT (LEP) Ampang sekali lagi terbantut selepas pekerjanya dihalang sekumpulan individu yang bertindak liar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield, Puchong.

LATAR BELAKANG KES PRASARANA DENGAN SRJK CASTLEFIELD

MKP merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syarikat PRASARANA Negara Berhad (PRASARANA) yang kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu di Klang yang telah menghalang kontraktor PRASARANA memulakan kerja construction di tapak pembinaan yang telah disediakan.

Tindakan kumpulan ini telah melanggar perintah mahkamah yang diterima oleh PRASARANA dimana mahkamah telah membenarkan PRASARANA memulakan construction ditapak SRJK CASTLEFIELD.  Bukan itu sahaja malah kumpulan individu ini telah bertindak ganas sehingga mencederakan anggota polis bantuan PRASARANA bagi MKP individu ini harus disiasat dan ditangkap oleh pihak PDRM.

LATAR BELAKANG

Pada tahun 2009, kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penambahbaikkan system LRT di Kuala Lumpur. Keputusan yang dibuat ialah untuk memanjangkan line LRT Ampang (AMG) dan Kelana Jaya (KLJ) untuk menampung permintaan dari rakyat yang inginkan kemudahan awam yang lebih inclusive dan integrated.

Line AMG ini akan dipanjangkan sejauh 17.7 KM dan akan melalui kawasan Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Puchong, Kg Sri Aman dan Putra Heights. Disinilah bermula masalah dengan pihak SRJK CASTLEFIELD.

Sebanyak lima tiang (pillar) Line AMG ini akan memasuki kawasan SRJK CASTLEFIELD dan sebab itu pihak sekolah telah membangkang pembinaan Line AMG dan telah mula “demand” macam-macam daripada pihak PRASARANA.

JUMLAH LUAS KAWASAN YANG TERLIBAT

Jumlah keluasan tanah kosong di SRJK CASTLEFIELD adalah 2.8 hektar. Untuk membina laluan Line AMG ini PRASARANA memerlukan  0.47 acres  iaitu 16% sahaja. Selepas siap pembinaan kelima-lima tiang line AMG ini, pihak PRASARANA hanya akan menggunakan kawasan seluas 20m2    iaitu (5 tiang x (luas 2m x 2m/per tiang).

MKP berharap para pembaca telah faham isu SRJK Castlefiled ini. Dalam bahasa mudah:

1. Line AMG masuk kawasan sekolah CASTLEFIELD.

2. PRASARANA nak guna 16% kawasan kosong sekolah, bila siap kawasan yang akan digunakan Cuma 20m2    iaitu (5 tiang x (luas 2m x 2m/per tiang).

3. Pihak sekolah tak bagi, demand macam-macam.

ARTIKEL KEDUA BAKAL MENYUSUL...........

BACA JUGAK DISINI REZQEEN HILL

Saturday, January 18

BILA PEMIMPIN UMNO BERSUARA MEMPERTAHANKAN HAK............?


Beberapa NGO dan parti politik menggerakkan ahlinya untuk berarak dan berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sunway Carnival hari ini bagi membantah tindakan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina perdana menteri.


Perhimpunan yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu bermula di Jalan Todak sebelum berarak hampir satu kilometer sambil membawa pelbagai sepanduk ke pusat beli-belah terbabit.

Turut menyertai perarakan ialah Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said dan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.


Reezal Merican berkata, perhimpunan yang diadakan adalah untuk menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemimpin PKR yang menyumbat kangkung ke dalam karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pemimpin diangkat oleh rakyat dan dipilih berteraskan demokrasi bagi mewakili suara kita semua.

"Tindakan dia (Khai Loon) bukan hanya mempersenda malah menyakitkan hati kami semua kerana tidak menghormati pemimpin negara.

"Justeru, satu lagi perhimpunan akan diadakan esok di Alma bagi memastikan suara umat Islam di negeri ini didengari semua pihak," katanya.

Rabu lalu, Khai Loon memuat naik gambar terbabit melalui akaun Twitternya menerusi program flash mob "I Love Kangkung" bagi membantah kenaikan harga barang di tapak pasar malam Alma.

Sunday, January 12

RAMAI YANG SAKIT HATI BILA @KhairyKJ BUKA MULUT..... TAPI????



Boleh dikatakan kebanyakkan Pemimpin UMNO melompat sakan dengan apa yang telah diluahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia di laman Akhbar Berita Harian. Mana tidaknya Khairy kata pemimpin BN Syok sendiri......Mesti Panas telinga toqqqq. Selalunya manusia spesis yang telinga nipis aje tak tahan ibarat siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Mesti pemimpin UMNO banyak buat PROGRAM SYOK SENDIRI.....



Yang nie pulak ibarat AYAM JANTAN BERKOKOK TAPI EKOR PENUH TAHI..



Friday, January 10

GST KEDAI KOPI, TAK ORDER MINUM KENA BAYAR RM-1.00


Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang kelak berhati-hati dengan tipu daya peniaga dikawasan Georgetown. Trend Kini nampak gayanya peniaga yang berpaksikan kitab DAP telah menekan pengguna yang berkunjung ke premis mereka. Pembaca blog MKP boleh mencuba sendiri berkunjung ke kedai kopi peniaga yang MKP paparkan gambar diatas. Katakan anda dan rakan-rakan pergi kekedai kopi tersebut salah seorang tidak minum apa dan sengaja mahu meneman rakan-rakan minum bakal dikenakan servis charge sebanyak 30sen atau RM1 bergantung pada budi bicara peniaga tersebut.

Ini adalah amalan tidak patut dan tidak oernah dibuat mana-mana peniaga kedai kopi di Malaysia. Ini adalah keindahan apabila terlalu berlembut dengan kaum yang kurang bersyukur mendiami Malaysia. Apabila ditanya kenapa dan mengapa........ jawapannya agak mengejutkan.... Pecaya atau tidak ini adalah taktik halus berkempen bertujuan memburukkan kerajaan Barisan Nasional.

Alasan yang diberi tidak munasabah langsung. Kerajaan Barisan Nasional yang terajui oleh Najib Razak menekan rakyat dengan mengenakan cukai GST. Kenapa peniaga kopi seperti mereka tidak boleh menekan rakyat dengan mengenakan kadar bayaran berlebihan kepada pelanggan. Bagi peniaga cina DAP ini adalah tindakan yang adil. Taktik halus untuk memesongkan rakyat supaya pemimpin TOKONG terus berkuasa.

Apa lagi yang boleh dibuat jika Kerajaan Pusat meletakkan pemimpin yang salah dan tidak progesif mahu mengembalikan kepercayaan rakyat pada Barisan Nasional pada PRU-14 yang akan datang.

Nanti bila hampir pada PRU-14 kelak maka ramai pulak yang hadir memberikan macam-macam idea yang mengarut pada Najib Razak padahal merekalah gunting didalam lipatan.

Friday, January 3

@CMLimguaneng KINI DIBURU SPRM..... RASUAH KERETA MERC...


Tanggapan MKP mengatakan bahawa isu pembelian kereta ini bakal dilenyapkan, Almaklum Guan Eng pakar putar belit bersama Red Bean Armynya amat hebat namun pendapat MKP ternyata salah dan merosot. Pepatah lama menyatakan bahawa sepandai-pandai Tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap pembelian sebuah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan Lim Guan Eng yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini berikutan terdapatnya kaitan diantara syarikat pembekal kereta terbabit iaitu Lowe Motor Sdn Bhd dengan "taikun" Tan Sri Tan Kok Ping yang difahamkan mempunyai saham didalam syarikat tersebut. 

Tan Kok Ping juga difahamkan mempunyai "hubungan istimewa" dengan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang terutamanya hubungan Tan dengan Lim Guan Eng berikutan faedah-faedah yang diberikan oleh Ketua Menteri tersebut pada Taikun terbabit.

Sebelum ini Kerajaan negeri hebat mengkritik Kerajaan Pusat mengenai rasuah dan menubuhkan CAT, Nampak gayanya CAT ini hanya tinggal nama serta publisiti murahan menipu rakyat.

Kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes tersebut yang harga sebenarnya ialah RM 657'218. Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap pembelian tersebut.


Dedahan yang bakal mengejutkan rakyat Pulau Pinang adalah mengenai Skuad Peronda Sukarela yang telah ditubuhkan DANA sebanyak SEJUTA RINGGIT telah dilaburkan oleh Taikun Tan Kok Ping. Memang banyak dana dilaburkan berbanding harga kereta yang telah diberikan pada Ketua Menteri.


Thursday, January 2

HEBAT LAKONAN KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO MALAYSIA @JamawiJaafar

Sebelum MKP ulas lanjut ada lebih Afdal Korang tengok Video nie terlebih dulu....




Cerita macam nie memang banyak pengajaran serta contoh buat kita semua terutama MKP tujukan pada Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Saudara Jamawi Jaafar. MKP bukan berniat tidak baik dan mempunyai agenda tersembunyi seperti penasihat 25% yang ada disekeliling beliau. Cuma sekadar menegur untuk kebaikan Pemuda akan datang.


Kenyataan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM), Jamawi Jaafar yang mencadangkan sambutan ambang tahun baru ditukar kepada program keagamaan dan berbentuk kerohanian sememangnya disambut baik oleh semua pihak. Manakan tidak, cadangan tersebut telah keluar front page akhbar.

Pada dasarnya MKP sendiri bersetuju dengan pandangan beliau tetapi sejauh mana bagusnya cadangan yang nampak terbaik ini jika tiada pelaksanaannya?

Cadangan cuma tinggal cadangan tapi dimanakah perlaksaan yang telah dibuat oleh Jamawi. Kalau setakat hanya nak buat Program Syok Sendiri macam didalam Instagram beliau MKP rasakan Ketua Penerangan PEMUDA UMNO Cawangan pun layak anjurkan. 

Takkan Jamawi nak Downgrade dirinya sebegitu rupa........... Ehhhh Peninglah dengan KETUA PENERANGAN  PEMUDA UMNO MALAYSIA NIE... Bersembang macam KLCC nak runtuh tapi bila buat kerja macam kepala BUTUH. Mungkin ayat sebegini layak pada mereka yang berkokok seperti ayam jantan tapi Ekor penuh dengan taik...


Jamawi Jaafar selaku Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO seharusnya berbincang dahulu dengan Ketua Pemuda Saudara Khairy Jamuddin atau Azwan bro dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan media beliau yang berbunyi:
"Pemuda Umno (Note kata diri yang digunakan adalah Pemuda UMNO jadi ini adalah official statement) mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api. 
Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kehadiran tahun baharu sebaliknya lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara."
BACA SETERUSNYA ULASAN thekl-chronicle


Cuma apa yang saya inginkan kepastian daripada Jamawi ialah apakah nama-nama 70% Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO yang terlibat dalam program keagamaan pada malam sambutan Tahun Baru. UMNO mempunyai sebanyak 191 Bahagian dan 70% daripada mewakili sebanyak 130 Bahagian.

Saya ulangi di sini, saya bukan nak cari salah tetapi jika beliau nyatakan 70% Bahagian UMNO yang berbuat demikian, menunjuk kata beliau telah mempunyai maklumat tersebut secara bertulis ataupun nota kecil sebagai rujukan.

Yang memeningkan kepala saya apabila Jamawi meminta saya untuk mendapatkan pengesahan daripada Ust. Azmir iaitu Biro Keagamaan PPUM dan memeriksa sendiri melalui laman Facebook. Wow ianya sesuatu yang amat hebat untuk saya sendiri katakan. Mengapa?

BACA SETERUSNYA REZQEEN HILL

MKP Ayat Sempoi : Pada Blogger Jamawi yang pernah merasa Ketukan Power MKP, sila buat lagi kesilapan yang serupa nanti tempat lain pulak yang BOCOR..... Sehingga hari ini MKP masih mencari pemutar jam yang mungkin tertanam dikepala seseorang..... Jamawi sediri tak melompat seperti Kera Kena Belacan korang pulak yang melampau......

Wednesday, January 1

SMS PALSU LAPORAN POLIS BUAT PENFITNAH @MyRapidKL @ShahrilMokhtar


Semalam telah tersebar satu gambar SMS palsu telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dilaman sosial. Pekara sebegini memang dipandang serius oleh pihak pengurusan Prasarana dan satu laporan polis telah dibuat untuk mengekang dari dari kejadian sebegini berulang.

Perbuatan menyebarkan sms palsu menerusi pengendali telco tempatan adalah berniat tidak baik dan sengaja menimbulkan kekecohan di kalangan warga kota Kuala Lumpur.

Menurut Masnizam Hisham Pengarah Kumpulan Perkhimatan Infrastruktur, Pihaknya memandang serius tomahan yang telah dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab sebegini mencemarkan nama baik Syarikat Prasarana. Setiap tahun pihak Prasarana tidak pernah gagal memberikan perkhimatan terbaik kepada penduduk di kuala Lumpur serta lembah Kelang. Sememangnya perkhimatan LRT dan Monorel menjadi pilihan utama penduduk Kuala Lumpur menghadiri sambutan tahun baru untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Laporan Polis telah dibuat oleh  Tuan Rahim Sharif , untuk makluman Tuan Rahim adalah Ketua Jabatan Keselamatan syarikat Prasarana Negara Berhad.


Pihak Prasarana telah membuat pengumuman lanjutan perkhimatan LRT dan Monorel RapidKL sejak seminggu lalu.Tujuan utama adalah untuk memudahkan orang ramai merancang pergerakan untuk menyambut tahun baru.


Berikut kenyataan akhbar yang baru dikeluarkan oleh pihak pengendali LRT & Monorel, Prasarana.

KENYATAAN AKHBAR

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan LRT dan monorel RapidKL, menyangkal dakwaan bahawa perkhidmatannya diberhentikan pada jam 6 petang untuk urusan penyelenggaraan seperti yang disebarkan melalui SMS hari ini.

Dakwaan berkenaan adalah palsu dan amat tidak bertanggungjawab kerana ia mungkin mengakibat kan keadaan panik di kalangan masyarakat ibukota dan pihak Prasarana akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Prasarana menuntut tindakan keras diambil terhadap SMS berkenaan, yang menyebut bahawa ia memetik laporan Bernama.

Kami berharap Bernama akan mengambil tindakan yang sama dengan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya.

Kami ingin menegaskan bahawa perkhidmatan LRT bukan saja akan beroperasi seperti biasa tetapi turut dilanjutkan sehingga jam 2 pagi di stesen utama dan 1 pagi di stesen-stesen lain bersempena dengan sambutan Tahun Baru 2014.

Untuk maklumat penuh tentang perkhidmatan LRT dan monorel, sila layari www.myrapid.com.my.

Dikeluarkan oleh

MASNIZAM HISHAM
Pengarah Kumpulan Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana.

Jika pengguna ingin akses ataupun makluman yang lebih cepat dan tepat. Sila LIKE & FOLLOW..

Facebook http://facebook.com/RapidKL
Twitter @MyRapidKL

Untuk sebarang makluman tambahan ataupun pertanyaan, sila hubungi ;-

Azhar Ghazali 
019 383 7865