Friday, February 21

Chew Mei Fun Sah Calon BN Tanding #PRK #Kajang


Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.

2 comments:

  1. pandangan akulah. aku ni org umno dan penyokong BN. Aku dah kata dulu letak calon cina mca confirm kalah punya. x dak fight punya. kena berani buat transform la. jgn dok kira kerusi tradisi sj. mca la dah hanyut. cina dah tak sokong mca. kena berani la. cuba la letak calon melayu lak. dari umno. aku yakin ada harapan boleh menang. tp sapa la aku ni. org kata grass root ja. anda setuju dgn aku?

    ReplyDelete
  2. Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

    Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.

    Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.

    Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

    Sekian, Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.