Wednesday, March 19

GANGGUAN PERKHIMATAN MONOREL DEMI #Tranformasi @NajibRazak @MyRapidKL


Perkhidmatan monorel RapidKL akan diberhentikan sementara pada 12 dan 13 April ini untuk membolehkan perlaksanaan kerja-kerja naik-taraf sistem semboyan.

Bermula daripada 12.01 pagi pada 12 April sehingga pukul 4 pagi pada 14 April, kerja-kerja naik-taraf sistem semboyan itu melibatkan tempoh ujian 52 jam tanpa henti.

Perkhidmatan monorel RapidKL dijangka kembali normal pada pukul 6 pagi, 14 April.

Rapid Rail Sdn Bhd, operator perkhidmatan LRT dan monorel RapidKL, dalam satu kenyataan hari ini, berkata penutupan itu telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Haji Khairani Mohamed berkata perkhidmatan bas pengantara khas akan disediakan berhampiran dengan semua stesen monorel untuk memudahkan para pengguna pergi ke destinasi-destinasi yang terletak di sepanjang laluan Monorel.

Tambang sebanyak RM1 dikenakan bagi penumpang untuk setiap perjalanan.

Khairani berkata penutupan 52 jam itu adalah perlu bagi membolehkan ujian tanpa gangguan untuk sistem semboyan baru.

“Kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para para penumpang.

“Penutupan ini, bagaimanapun, adalah perlu untuk melaksanakan ujian penting ini dan sebagai persiapan untuk untuk masa depan,” katanya, sambil menambah bahawa sistem yang ada sekarang digunakan sejak monorel mula beroperasi pada 2003 di bawah KL Infra Sdn Bhd.

Diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) pada 2007, syarikat milik penuh kerajaan ini melaksanakan projek pembesaran KL Monorail pada 2011, yang meliputi pembelian 12 tren empat gerabak baru, penaikan taraf stesen-stesen monorel, pembinaan depoh baru dan menaikkan taraf sistem semboyan.

“Sistem semboyan baru ini perlu sejajar dengan program pembesaran KL Monorail ini,” kata Khairani, yang juga Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana, syarikat induk Rapid Rail Sdn Bhd.

Tambah Khairani: “Kami akan membuat pengumuman awam dari masa ke semasa melalui pelbagai saluran bagi memaklumkan kepada penumpang dan orang ramai tentang perkhidmatan pengangkutan awam alternatif termasuk perkhidmatan bas pengantaran.

“Sasaran kami adalah untuk memastikan keselesaan di tahap paling minima terhadap orang ramai,” katannya, sambil menambah para penumpang boleh mendapatkan butiran terkini di laman web rasmi RapidKL di www.myrapid.com.my atau di laman Facebook RapidKL atau melalui twitter RapidKL di @MyRapidKL.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.