Thursday, March 6

KENAPA ORANG PENANG KEJAM SANGAT TERHADAP PEREMPUAN...... @Huan2U

Teresa Kok mendakwa hampir dicederakan dalam satu insiden selepas beliau mengakhiri ceramah isu semasa di padang awam, Taman Cermai, Sama Gagah, di sini tengah malam tadi.

Dipos oleh APT.

Sebaik saja Teresa mengakhiri ceramah dan mahu mengambil tempat bersama-sama dengan pimpinan yang lain, seorang lelaki berpakaian baju Melayu dalam usia awal 40an meluru ke arah beliau seolah-olah untuk berjabat salam.

Namun begitu keadaan menjadi kelam kabut apabila lelaki tersebut telah memecahkan sebiji telur di tapak tangan Teresa di hadapan hadirin yang membanjiri padang awam itu.


Insiden telah mencetuskan pergelutan apabila lelaki tersebut cuba melepaskan diri. Dia bagaimana pun berjaya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis PERDA untuk disoal siasat.

Wakil Rakyat DAP itu kemudian telah dibawa keluar dari tempat kejadian oleh sekumpulan pengawal keselamatan. Belliau kemudian diiringi penganjur sehingga ke surau Taman Cermai untuk membersihkan diri.

Menurut penganjur, mereka tidak menduga lelaki tersebut akan meluru ke arah Teresa kerana ia hanya muncul ketika Ahli Parlimen tersebut selesai menyampaikan ceramah dan mengambil tempat untuk duduk.

Teresa ketika berucap turut menyatakan ada usaha sesetengah pihak untuk menamparnya apabila adanya tawaran sehingga RM1200 oleh NGO Islam berikutan isu klip video beliau sempena Tahun Baru Cina dipertikaikan.

Sejak itu, katanya beliau telah membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadap pihak yang membuat ugutan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.