Monday, March 17

MATI TRAGIK PUN NAK SALAHKAN.........? @Khairykj


Ini natijahnya bila semua kesalahan diletakkan dibahu kerajaan.Memang mudah nak salahkan orang lain dan tak payah keluarkan modal pun. Tapi menuduh tanpa bukti yang sahih dan sah ianya boleh mendatangkan fitnah. Fitnah itu lebih berat hukumnya dari membunuh manusia. Memang setiap program anjuran mana pihak tidak akan ada yang terbaik mesti ada kekurangan sana dan sini.

Anak muda sekarang sukar dijangka perwatakan mereka. Ianya bermula dari rumah serta didikan ibubapa mereka. Tapi nak salahkan ibubapa pun tak patut jugak. Anak zaman sekarang pandai berlakon dideoan ibubapa. Pengaruh kawan-kawan lebih kuat. Ini adalah proses pembesaran setiap anak muda mahu mencuba benda yang baru. NAMUN ADA KALANYA TERSILAP LANGKAH JUGA AKHIRNYA.


Saya dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert Future Music Festival Asia. 
Saya amat bimbang jika pengambilan dadah menjadi trend dan pilihan anak-anak muda untuk berhibur kerana kita sendiri telah menyaksikan daripada enam yang telah meninggal dunia serta tiga lagi yang kini kritikal di hospital, mereka masih muda. 
Mereka sudah tentunya mempunyai masa depan yang cerah, jika kehidupan mereka tidak berakhir begitu.
Oleh kerana kematian mereka sudah dikaitkan dengan kes dadah berlebihan, saya amat berharap agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini, khususnya dalam insiden Future Music Festival Asia sehingga mengakibatkan kematian. Sindiket-sindiket ini tidak boleh dilepaskan. 
Dalam hal ini, saya mengingatkan warga belia agar tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan dadah tidak kira untuk sebarang tujuan. Saya sedar terdapat individu yang bukan sahaja mengambil dadah rekreasi (recreational drug) semasa mengunjungi kelab-kelab malam atau pesta muzik berbentuk electronic dance music atau trance, tetapi mereka juga sudah ketagih kepada dadah yang membolehkan mereka berjaga untuk berhari-hari semata-mata untuk kerja atau pembelajaran. 
Saya ingin menasihatkan semua warga Malaysia terutama belia agar sedar bahawa penyalahgunaan dadah adalah salah di sisi undang-undang dan akhirnya membawa padah kepada diri sendiri dan orang tersayang. Kalau bukan diakhiri dengan kematian, penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan kemerosatan kepada kesihatan tubuh badan yang mungkin kesan-kesannya hanya akan dirasa beberapa tahun kemudian. 
Pada masa yang sama, saya telah berbincang bersama Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, untuk sama-sama menangani gejala ini. 
Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KDN seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia dan juga NGO-NGO lain untuk mengadakan kempen kesedaran kepada warga belia tentang betapa bahayanya dadah sebegini. 
Saya juga akan berbincang dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta KDN untuk mengetatkan lagi peraturan-peraturan serta kriteria penganjuran dan pemberian permit untuk konsert-konsert pada masa depan. 
Kami akan mengkaji setiap aspek penganjuran agar konsert dalam negara pada masa depan bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat. Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja dengan potensi untuk berulang. 
Berkenaan pula dengan FMFA, ada beberapa tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Ini termasuk mengaitkan saya dengan pengajur. Ini langsung tidak benar. 
Penganjur FMFA pernah datang pejabat saya untuk memaklumkan kepada saya tentang konsert FMFA. Mereka minta untuk menyewa perkarangan Stadium Bukit Jalil. 
Saya kata jika mereka mendapat semua kelulusan permit yang diperlukan, mereka boleh mohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). 
Apabila PSM menyewa premis kepada mana-mana penganjur, aspek keselamatan adalah tanggungjawab penganjur. 
Itulah sebab saya perlu bincang perkara ini dengan kementerian-kementerian yang lain yang terlibat dalam pemberian permit supaya satu dasar dapat dipersetujui agar insiden yang berlaku di FMFA tidak berulang. 
Menteri Belia dan Sukan
17 Mac, 2014

2 comments:

  1. Budaya kuning memang patut dihapuskan. Budaya kuning merosakkan ugama dan bangsa.

    Pak menteri-pak menteri yg bertanggungjawap patut letak jawatan.

    Di negara lain dah lama menteri berkenaan letak jawatan. Cuma di negara malaysia depa ni buat selamba aje. Cer cuba contohi negara yg berintegriti tinggi.

    ReplyDelete
  2. KJ sepatutnya menjadi penasihat PM merangkap Menteri BS. Tak perlu berbelanja lebih sbb KJ tahu dan efisyen dlm membuat semua kerja.....TAHNIAH KJ!!

    TEGAS, PANTAS, FLEKSIBEL n BIJAK membuat keputusan adalah tanda2 pemimpin yg baik....teruskan melatih diri utk menjadi PM Malaysia pd masa akan dtg.....HIDUP KJ!!!!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.