Wednesday, March 12

PERANG @NajibRazak DAN ANWAR DEMI........? #KajangMove


MKP tertanya-tanya apakah pandangan rakyat Malaysia dengan tindakan Anwar memutar-belitkan isu demi kepentingan peribadi serta nafsu berpolitik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia....? Tapi sampai bila Anwar mampu memperdayakan rakyat Malaysia.....?

Apabila beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari 2012, Anwar dan penyokong-penyokongnya amat bangga diadili oleh hakim yang saksama dan bijaksana. Inti penolakan iaitu sampel DNA Anwar didapati tercemar kerana dikatakan tidak diurus simpan dengan baik. Mahkamah adil.

Bagaimanapun apabila Mahkamah Rayuan yang dihakimi tiga hakim merumuskan bahawa soal urus-simpan sampel itu tidak menurut kaedah operasi standard, tidak boleh mengenepikan hakikat bahawa sampel DNA itu milik Anwar, integriti badan kehakiman pula dituduh sudah tercemar.

Lantas Anwar dihukum lima tahun penjara. Itu keputusan menurut undang-undang. Sebelum itu, Anwar menikmati kebebasan sepenuhnya sebagai warga Malaysia selama 24 bulan kerana beliau dibebaskan oleh mahkamah jua.

Apabila perbicaraan kes meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, menyebelahinya, badan kehakiman disenangi dan dipuji. Bagaimanapun apabila badan kehakiman memutuskan sebaliknya, Anwar dan penyokong-penyokong bangkit dan mengeji.

Secara terbuka Anwar menuduh ia adalah komplot yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Ini keluar dari mulut Anwar dan penyokong-penyokongnya seperti Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Penghukuman Anwar dibuat oleh mahkamah. Bagaimanapun penghukuman terhadap Najib, Ketua Hakim Negara, Suruhanjaya Pilihanraya dibuat tanpa perbicaraan dan bukti; semuanya untuk memuaskan hati yang hasrat tidak dipenuhi.

Anwar Ibrahim, tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang. Beliau juga mungkin kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan hilang kedudukan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Bekas timbalan presiden Umno itu juga akan kehilangan peluang untuk menjadi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sah apabila pemilihan pucuk pimpinan parti itu diadakan Mei depan.

Bekas presiden Angkatan Belia Islam (Abim) itu juga akan hilang hak untuk berkecimpung aktif dalam politik Malaysia untuk sekurang-kurangnya lima tahun yang akan datang. Semuanya kerana “fitnah” yang dilemparkan ke atasnya enam tahun lalu.

Kini pemberontakan terhadap institusi kerajaan akan digerakkan. Sasaran pertama ialah protokol negara. Kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memulau Majlis Santapan Diraja sempena perasmian persidangan Parlimen.

Anwar yang dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan Jumaat lalu berkata, tindakan itu diambil kerana majlis itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang dituduh beliau sebagai berkomplot untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Senang saja Anwar menuduh Najib Razak berkomplot untuk menjatuhkan kerjaya politiknya tapi kita tahu dan faham adalah sebaliknya. Pengajaran yang boleh diambil dari isu ini adalah salahkan orang lain supaya pembohongan yang kita lakukan berjaya. Peduli apa apa orang nak kata janji apa yang apa yang dihajati tercapai.

)

1 comment:

  1. INI MALAUN MANA BOLIH ORANG LAIN JADI PM. KALAU BUKAN NAJIB SEKALIPUN JADI PM...PASTI DIA SERANG JUGAK.
    KATAKANLAH HAJI HADI JADI PM....DIA PUN AKAN SERANG JUGAK. INI ORANG BUKAN BOLIH PAKAI... DIA PERASAN HANYA DIA SORANG JER PALING BAIK.
    PERGI MAMPOS LA LAGI BAIK. HIDUP KAT DUNIA CUMA MENYUSAHKAN MASYARAKAT. CUBA MUHASABAH DIRI SIKIT. KAT MANA YANG TAK KENA PADA DIRI .
    KALAU ALLAH TAK BERKENAN BUAT MACAMANA PUN TAK AKAN JADI PUNYA. MATI KEMPUNANLAH JAWAPNYA.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.