Friday, March 7

ULTRAMAN HARAM ATAU HARAMJADAH....


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ yang didapati mengandungi unsur-unsur memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

Buku terbitan berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Warta Perintah Larangan berkuat kuasa 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
 “Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,”

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Alasan kenapa buku ini dikenakan Perintah Larangan:

1.Ini adalah kerana kandungan buku ini mengunakan watak Ultraman King yang digambarkan seperti Allah.

2.KDN mengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi watak idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah yang disamakan dengan Ultraman King.

3.Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah yang sentitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh mengemparkan fikiran orang ramai.

4.Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

5.Watak Ultraman tidak haram, tetapi yang haram adalah terbitan edisi ini sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.