Friday, April 4
BUKTI @CmLimGuanEng LIDAH BERCABANG.....
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri supaya tidak meneruskan langkah menaikkan tarif air kerana ia akan menambah bebanan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Ketua pergerakan itu, Rafizal Abd. Rahim berkata, tidak sampai setahun rakyat di negeri itu dibebani dengan kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air, kini mereka bakal berhadapan dengan kenaikan tarif air yang dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas sekali bercanggah dengan manifesto DAP yang tidak akan menaikkan tarif air sekiranya pakatan pembangkang terus menerajui Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas.
"Sebelum ini kita telah dijanjikan (Ketua Menteri) Lim Guan Eng bahawa tidak akan berlaku kenaikan tarif air. Tetapi apabila beliau telah menang pada pilihan raya umum yang lalu, tarif air dijangka naik.
"Ini satu lagi janji palsu, lidah bercabang daripada pihak kerajaan negeri. Pemuda UMNO negeri mendesak agar kajian kenaikan tarif air ini tidak diteruskan dan walaupun diteruskan, kenaikan ini tidak akan berlaku," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.
Pada Rabu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.
Guan Eng yang juga Pengerusi PBAPP berkata, sekiranya tarif air di negeri ini dinaikkan, kadarnya masih merupakan yang terendah berbanding di negeri lain, iaitu RM0.31 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama.
Menurutnya langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini, gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.