Tuesday, April 29

Pemuda Umno Tubuh Majlis Ulama @Azwanbro @ustazfathulbari @onnhafiz


Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda Umno yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya. Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda Umno bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada Umno selepas tamat pengajian.


Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda Umno mengadakan lawatan ke Turki, Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di negara berkenaan.



Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Selangor melaksanakan satu referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri itu menyelesaikan krisis air.


2 comments:

  1. Sayap pmuda Nak tubuh majlis agama...rasanya lepas ni bila semua dah setle..puak2 dlam majlis ni akan tuntut nak bertanding politik plak..klau tak dapat..majlis akan keluar umno..sama macam dulu jgak..asal pas pun dari umno..asal dari ulamak2 yg gilakan kuasa..maka tertubuhlah pas...jadi kalau yang terbaru ni mgulangi cerita yg sama..maka tertubuhlah parti 'pas' yg baru satu lagi..insyaallah.......

    ReplyDelete
  2. anon 4.47... too negative.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.