Thursday, April 3

Pesanan @mpkotabelud Dato Rahman Dahlan Kepada ahli UMNO @GoTeamRD


Di kesempatan ini saya selaku ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, ingin mengucapkan selamat bermesyuarat pada Persidangan Tahunan Cawangan dan Pergerakan Sayap-sayap 2014 terutama kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara, yang bermula semalam sehingga 18 Mei 2014. 
Lebih 20,000 cawangan UMNO dari Perlis sehingga ke Sabah akan bersidang bagi menyuarakan idea dan pandangan untuk kepentingan Bumiputera, dan menentukan arah tuju parti keramat ini. Diharapkan suara ahli-ahli UMNO akan diambil perhatian bagi menjamin kelangsungan perjuangan parti ini, yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional (BN). 
Saya juga berharap ahli-ahli UMNO menggunakan kesempatan ini bagi merapatkan kembali saf kesepakatan dan kebersamaan, selepas musim pemilihan parti yang lepas. 
Jernihkan keadaan dan pupuk kembali kerjasama berpasukan, serta gandingan mantap antara semua pihak, bagi mengukuhkan lagi pergerakan parti demi kepentingan bersama. 
Akhir kata, saya berharap persidangan kali ini dapat dijalankan secara teratur dan penuh dengan suasana harmoni bagi memperkasakan lagi UMNO, sebagai parti tulang belakang kepada Kerajaan BN dan melindungi kepentingan agama Islam. 
Semoga UMNO terus dilimpahi keberkatan Allah SWT demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. 
DATO' ABDUL RAHMAN DAHLAN
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.