SPAD adalah pihak berwajib dan patut dipersalahkan kerana eksiden BAS jatuh didalam longkang pada pagi tadi..... Takkan tragedi macam masih berulang jika mereka komited didalam penguatkuasaan undang-undang....
Peranan utama penubuhan SPAD yang ditubuhkan pada 3 Jun 2010 adalah bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam tanah air yang merupakan salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang telah digariskan oleh kerajaan sebelum ini.
Tahun ini dah masuk tahun ke Empat penubuhan SPAD takkan masih lagi lemah didalam penguatkuasaan Undang-Undang, Jika tahun pertama atau kedua alasan yang diberikan mungkin dapat diterima akal. Tapi dah Empat tahun.
Kalau kanak-Kanak berusia empat tahun boleh mambaca A,B,dan C dengan Fasih. Takkan SPAD masih tidak dapat membaca..... Kesian dah pada Pengerusi SPAD Hamid Albar yang kini bertongkat mungkin lepas nie terbaring atas katil...
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang ditubuhkan setelah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen.
SPAD bertanggungjawab mengawal selia dan merancang perkhidmatan pengangkutan awam termasuk rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya.
Pembentukan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh SPAD akan mencakupi rangka kerja menyeluruh iaitu melibatkan aspek keselamatan pengguna, kecekapan perkhidmatan, rangkaian bersepadu, pengawasan yang berkesan, perancangan bersepadu dan pelaksanaan yang mapan.
Suruhanjaya yang terletak di bawah pemantauan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri itu akan membawa hampir semua aspek berkaitan pengangkutan darat di Malaysia di bawah pentadbiran satu badan induk yang bermula dengan pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia pada peringkat permulaan pelaksanaannya.
Ini termasuk usaha menggabungkan agensi berkaitan pengangkutan iaitu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Jabatan Keretapi di bawah SPAD.
Langkah itu bertujuan bagi memastikan tidak berlaku pertindihan tugas antara agensi-agensi tersebut dengan SPAD.
Ucapan paling melekat dihati MKP dari Pengerusi SPAD Syed Hamid;
"Peranan utama kita di sini adalah memastikan setiap perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini menepati kehendak dan keperluan setiap rakyat Malaysia,"
Bagi MKP ayat serta kenyataan Pengerusi SPAD adalah ayat yang retorik dan tidak dipratikkan.
Kata beliau, SPAD juga akan mengkaji sistem pengangkutan darat yang dibangunkan di beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong, Shanghai dan London dan menjadikan ia sebagai contoh kepada pembangunan pengangkutan awam di negara ini.
Haaa3 lagi Ayat pukulan Maut takkan dah Empat tahun masih lagi tidak mencapai matlamat serta tujuan asal penubuhan. Bila bercakap memang senang tapi sampai BAS boleh masuk longkang itu adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Rakyat Malaysia. Dekat London ada BAS atau Tren masuk longkang.....
MKP Ayat Sempoi : Mana Blogger SPAD....................?
Helo Pak Najib. Tolong retire kan x-ministers yang dah expire tu. Kalau kumpulan ni dah over umur 65 tahun, suruh jer duduk rumah. Tak kan nak cari makan lagi kot? Kalau dah bertongkat, terketaq-ketaq,dah tak leh nak beri ide-ide, baik suruh bersara jer. Tak kan PAk Najib tak dengar kelohan staf agensi? Duit pencen tak cukup ker? Rakyat expect the old guards take good rest and biar lah orang-orang muda, say 50+ years take over with new ideas and methodology fir good of nation.
ReplyDeleteHeee...bas masuk longkang salah SPAD ker??OKU salah UMNO... Xpatut bro
ReplyDeleteSemua menteri bee end dah expired sebenarnya..
ReplyDeleteAku kesian dengan SPAD ni,SPAD boleh diumpamakan tangan tak sentuh langit kaki tak jejak dibumi....itulah SPAD.Pengendali yang diberikan lesin oleh SPAD lagi berkuasa dari pihak SPAD sendiri.....inilah yang terjadi sekarang ini.Rujuk perkara laluan kereta api dari gemas kegua musang...landasanya amat teruk sekali dan sudah tidak selamat.Merngikut laporan SPAD mengarahkan KTM menutup landasan tersebut untuk kerja kerja baikpulih dan itu adalah arahan dari pihak SPAD .....Tapi KTM dan RAM ugut SPAD untuk berpiket kerana membantah Tindakan yang dikeluarkan oleh SPAD.Rintitan dari ugutan dari RAM tersebutpagi tadi diadakan sidang Akhbar dan SPAD mengambil keputusan untuk membenarkan KTM meneruskan operasi.....dengan bersyarat jika ada kemalangan KTM akan tanggung dan SPAD lepas tangan ......Persoalanya boleh ke macam itu?Kalau dah didapati tak selamat......maka ianya tetap tidak selamat......Disini dapat dilihat pemegang lesin dan pengendali amat kebal dan kuat sampaikan pihak SPAD sendiri tak mampu mengambil tindakan .....ITU baru cerita KTM...belum masuk lagi cerita Prasarana yang tak kurang juga hebatnya melawan SPAD.....Mentang mentanglah merika ni syarikat besar dan merupakan anak mas kerajaan apa dia ingat itu syarikat bapak dia punya .....Segala peraturan boleh dilangar .....Tolonglah kita rayaat sekarang ni dah celik dan tau apa nak buat......Segala macam kemalangan yang berlaku samada melibatkan orang awam SPAD buat tak nampak ...buat buta ,buat pekak.......sebut saja apa yang tak berlaku keatas kereta api kendalian prasarana ,dari barang jatuh hingalah kelewatan perjalanan.....Inilah jadinya bila segalanya dipolitikan ...hingakan pihak berkuasa nak ambil tindakan pun ada pihak masuk campur.
ReplyDeleteSPAD gagal dihormati kerana SPAD sendiri tidak menghormati undang undang yang dibuatnya .