Aksi DS Azeez ketika memberikan amaran pada Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong @ Wong Sze Phin. Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen Kota Kinabalu ini bersikap kurang ajar didalam dewan tapi sudah kali kedua. Sebelum ini Ahli Parlimen ini pernah menghina Umat Islam.
Cina DAP cakap azan bising dan tak bagi bina masjid Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong @ Wong Sze Phin yang telah menang dikawasannya pada PRU13, sebelum ini telah bertindak dengan tidak memberi kebenaran serta melarang pembinaan masjid dibuat di kawasan Bandar Sri Indah Batu10, Sabah kerana dikatakan Azan selama 2 minit adalah punca tidak dapat tidur dan menyebabkan tidak ada ruang langsung untuk parking kenderaan.
Paling lantang ahli parlimen Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit. Azeez menegur Jimmy kerana kenyataan di Dewan Rakyat menuduh UMNO parti haram
Jimmy sebelum itu membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.
Beliau mengaitkan pemberian wang haram itu oleh ahli parniagaan Michael Chia dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.Wang itu kemudiannya dikatakan sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah.
Ahli parlimen DAP itu seterusnya mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO menghentikan politik wang kepada rakyat Sabah.
Katanya, jika gagal memberi penjelasan tentang wang haram itu, ini bermakna UMNO adalah parti haram kerana menggunakan wang haram.
Kenyataan beliau segera di sanggah Azeez dan ahli parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan meminta Jimmy menarik balik kenyataannya itu. Jimmy cetus kemarahan ahli-ahli Parlimen BN
Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee turut menegur Jimmy supaya mengajukan soalan yang akan dijawab oleh kerajaan bukannya UMNO.
Bagaimanapun, Jimmy masih mengulangi tuduhan sama dengan menyatakan, jika kerajaan gagal memberi penjelasan, bermakna BN adalah parti itu.
Kenyataan berbelit-belit oleh beliau menimbulkan kemarahan ahli-ahli parlimen BN dan Azeez bangun meminta laluan lalu membidas kenyataan Jimmy.
Walaupun tidak diberikan laluan, Pengerusi Tabung Haji itu terus mengecam Jimmy dan menggelarnya sebagai ‘apek’.
“Saya tunggu lama…ini bukan parlimen China, (Jimmy) sesuka hati cakap BN, UMNO (haram). Kalau nak hujah, hujah betul-betul. Jangan cabar BN, kalau cabar, susah nanti,” tegur Azeez.
Beliau menyifatkan tuduhan Jimmy melampau selain berhujah dengan kenyataan tidak difahami ahli-ahli Dewan.
Ahli parlimen DAP Siputeh, Teresa Kok bangun mencelah cuba bantu Jimmy tetapi turut dibidas oleh ahli-ahli parlimen BN.
“Lu cakap serupa apek,” kata Azeez kepada ahli parlimen Kota Kinabalu itu.
Dalam masa sama kedengaran ahli-ahli parlimen menjerit mendakwa DAP lagi haram dan menggunakan wang haram.
Azeez kemudian meminta timbalan speaker mengarahkan Jimmy duduk kerana berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi.
Ronald kemudian mengingatkan Jimmy jangan membuat kenyataan politik dalam Dewan serta tidak berterusan menuduh UMNO.
Azeez yang masih tidak berpuashati terus mengecam Jimmy kerana terus masih mengaitkan UMNO dalam hujahnya
“UMNO parti keramat tau ..UMNO tak kacau orang,” katanya.
Sementara itu, di luar Dewan selepas selesai berhujah, Jimmy yang berada di bilik rehat ahli-ahli parlimen ditegur oleh Shahidan dan Azeez ekoran kenyataannya ketika perbahasan.
Kedua-dua mereka percaya Jimmy hanya membawa teks perbahasan yang disediakan pihak lain.
Ikutan rakaman perdebatan ahli parlimen Kota Kinabalu dengan ahli-ahli parlimen BN ekoran tuduhan beliau bahawa UMNO dan BN terima wang haram.
Tak bagi sebut UMNO, jadilah "Kerajaan BN parti yang haram". Haram betoi la dia ni hahaha
ReplyDeleteDia ni buat kacau dalam Parlimen je. Halau balik la. Buang masa Parlimen.
Suara Parti aselam semalaysia mana? Pas barua Dapig!
ReplyDeletesi kitol abad 20...kah kah kah
ReplyDelete