Monday, August 18

AKHIRNYA!!! AMANAH RAKYAT MALAYSIA #GAZA @AzeezPutera @NajibRazak


Alhamdulilah syukur pada Allah misi Kemanusian Gaza KP1M telah berjaya dilaksanakan. Semua ini atas usaha serta keberanian Datuk Sri Abdul Azeez Abdul Rahim bertarung nyawa demi melaksanakan tugas serta amanah yang dipikulnya. Jika gagal maka tanggungjawabnya tidak terlaksana. Amanah yang ditanggung amatlah besar.

Bagi MKP ini semua tidak tercapai jika tidak dibantu oleh Datuk Seri Najib Razak  Perdana Menteri Malaysia yang telah membantu dari mula misi sehingga kini. Walaupun usaha DS Najib tidak diketengahkan oleh media namun tulang belakang pada misi ini adalah DS Najib Razak. Ini adalah sikap DS Najib Razak berdepan pelbagai dugaan. Biar tidak menonjol namun apa yang dihajati tercapai.Berkerja didalam diam adalah lebih mulia daripada banyak menghebohkan..... 


Gambar diatas adalah yang diambil kira-kira 3jam yang lalu. Barangan bantuan sumbangan dari Rakyat Malaysia dibawa kepada Rakyat Palestin yang memerlukan. Jangan pulak nanti ada yang mengatakan Sumbangan ini tidak disampaikan. 



Dua pemuda ini adalah Sukarelawan dari OiC. Pertubuhan NGO dari Negara Liga-Liga Arab yang telah lama berada Palestin. Sepatutnya tugas ini diamanatkan kepada Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia namun ianya tidak tercapai kerana tidak dibenarkan masuk semalam.  Ianya kerana faktor berikut 

Mereka terkandas di Qantara iaitu 230km dari Gaza. Mereka sekarang ditahan oleh pihak tentera Mesir dari memasuki Gaza di atas faktor keselamatan.

Pihak tentera memaklumkan semalam ada berlaku kes penculikan oleh puak pemisah di Utara Sinai yang melibatkan warga China. Puak pemisah tersebut menuntut untuk menukar mangsa dengan banduan yang ditahan.

Sekadar makluman, untuk ke Rafah kita perlu melalui Utara Sinai. Dan kawasan Utara Sinai pada waktu ini pula adalah kawasan yang agak merbahaya untuk dilalui.

Pihak tentera cuma memberi kebenaran untuk tiga orang yang dari rombongan misi ini masuk iaitu Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai ketua misi, Dato Ku Jaafar Ku Shaari Duta Malaysia ke Mesir dan Dr Anwar H Al Agha Duta Palestin ke Malaysia. Mereka telah meneruskan perjalanan menaiki kenderaan khas tentera APC.


Walaupun sukarelawan lain hampa kerana tidak dibenarkan untuk masuk oleh pihak tentera, perkara yang melegakan, kesemua barang termasuk ubat-ubatan dan barangan bantuan seberat 20 tan dibenarkan masuk.

Ucapan terima kasih kepada Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dato Ku Jaafar Ku Shaari di atas usaha diplomasi sehingga pihak tentera Mesir memberi kelonggaran kepada rombongan misi bantuan kemanusian KP1M dari Malaysia untuk masuk. 


Gambar diatas adalah ucapan selepas Datuk Sri Azeez sebaik tiba di sempadan Rafah semalam. Semua pihak banyak membantu demi menjayakan misi #RoadToGaza KP1M pada kali ini.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.